in

Menangi Hadiah Lumayan Di Everyoneconnects Open House

MENANGI HADIAH LUMAYAN DI EVERYONECONNECTS OPEN HOUSE

Hari ini dah pun masuk hari ke-12 kita semua berpuasa di bulan Ramadan. Cepat betul, rasanya kan? Macam rasa baru semalam je kita mula berpuasa. Amacam puasa korang? Okay ke tidoook? Haha, Budiey harap kita semua berpuasa genap ye tahun ni, barulah dapat keberkatan.

Budiey percaya sekarang ni anda juga sedang sibuk fikir macam-macam camna nak buat persiapan raya. Maklumlah, tahun ini pasti ada yang nak beraya sakan, kan? Nak tukar itu, nak tukar ini, pendek kata, semua nak tukar dengan yang baru dan cantik. Barulah raya tahun ni meriah. Budiey pasti ramai di kalangan pembaca yang nak buat rumah terbuka, jangan lupa jemput Budiey ya.

Okay sebut pasal rumah terbuka ni, Budiey dapat tahu EveryoneConnects juga tak lepas peluang mahu sediakan rumah terbuka untuk korang, tapi rumah terbuka ni sangat unik dan lain sikit sebab korang dah boleh hadir sebelum tiba raya lagi. Eh eh, ni apa ni, puasa tak habis lagi dah nak beraya ni, apa kes? Haaa, rileks, jangan cepat melatah sebarangan pulak ye sebelum korang singgah dulu di lokasi open house tu dulu Haaa… lokasinya juga memang korang tak percaya iaitu di Facebook.

EC_Raya_app

Jadi, Budiey jemput korang semua ke Faceboook dan cuba guna applikasi EC Open House di Facebook Everyoneconnects. Apa yang istimewanya ialah kat sini korang boleh hias rumah dalam apa juga gaya dan citarasa korang. Kemudian, jemputlah ahli keluarga, sahabat handal atau teman istimewa untuk menikmati hidangan juadah Syawal yang telah anda masak. Selain itu, apa kata singgahlah juga di rumah rakan anda untuk melihat dan menikmati suasana rumah terbuka diorang pulak.

Apa yang bestnya, Budiey rasa la kan, sambil buat rumah terbuka, anda juga dapat pulak mata permainan dan berpeluang untuk memenangi hadiah-hadiah istimewa setiap minggu. Memang lumayan habis la Budiey tengok hadiahnya tu. Ada kamera Sony, iPod, dan iPad pun ada. Kalau dapat memang syioklah raya tahun ni. Jadi, tak rugi untuk korang join EC Open House ni.

Caranya sangat senang, hanya layari http://www.facebook.com/everyoneconnects sekarang! Selamat mencuba dan selamat berpuasa untuk pembaca semua!

EC_Raya_prizes

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Siti Nurhaliza Kini Bersama Universal Music Malaysia

Musim Kedua LIE TO ME di NTV7