in

MENANGI HADIAH LUMAYAN at GATSBY DEODORANT STREET FAIR

Panas betul dua tiga menjak ni kan? Fuuh! Panasnya sampai berpeluh-peluh kat bahagian bawah lengan. Basah!

Kalau sekali sekala hujan turun kan best. Nyaman je.

Bila berpeluh, faham-faham sendiri la, baunya… mashhhhaaammm!

Isssshhh! Tak suka!

Tapi Budiey dah tahu tips & petua macamana nak kasi bau yang lebih fresh… walaupun pada hari yang sangat panas dan kita pun berpeluh, kita tetap maintain fresh!
Cuba guna Gatsby Deodorant!

Okay, haruman ni untuk lelaki sahaja ya! Tapi kalau wanita nak guna, tak kisahlah. Takde sape nak larang!

Ada dua jenis Gatsby Deodorant Double Protection iaitu Deodorant Roll On dan Deodorant Perfume Spray.

Bagi Budiey, kedua-duanya satu keperluan. Setiap kali keluar untuk pegi ke event atau ke mana sahaja, pasti kedua-duanya menjadi ‘teman setia’.

Yang penting, deodorant ini mengandungi 2 bahan aktif iaitu Anti-Perspirant Agent dan Triclosan di mana gabungan bahan ini dapat melindungi badan kita dari berbau. Harumannya juga kekal sepanjang hari.

Gatsby Deodorant Roll On Double Protection & Deodorant Perfume Spray ni ada 7 haruman yang semuanya sangat menawan dan memang harum. Anda boleh pilih wangian dan citarasa yang anda sendiri gemari. Antaranya, Crystal Musk, Fresh Fougere, Clear Ocean, Lime Green, Ozone Blue, Cool Aroma dan Woody Fougere. Pilihan Budiey ialah Ozone Blue. Baunya nyaman dan segar. Kalau tak percaya, kenalah cuba!

Percaya atau tidak, sebenarnya dah 3 bulan Budiey menggunakan Gatsby Deodorant ni. Rasa macam dah serasi dan rasanya tak nak bertukar dengan jenama lain.

Dalam banyak-banyak jenama deodorant di pasaran, Budiey pilih Gatsby Deodorant – Double Protection Perfume Spray sebagai pewangi yang ‘wajib’ setiap hari. Setiap pagi, sebaik sahaja selesai mandi, kena pakai Gatsby Deodorant. Memang tak sah kalau tak pakai.

Minggu lalu, jadual Budiey memang padat dengan event. Ini membuatkan badan senang jadi lesu dan tak segar.

Bila badan segar, barulah dapat pergi event dan menulis entri blog pun lancar dengan idea mencurah-curah. Betul tak?

Dalam negara kita yang panas dan lembap ini, kita mudah berpeluh sebaik sahaja kita melangkah dari rumah.

Jadi, cara baru untuk meningkatkan kehidupan yang berkualiti dan kita boleh menikmati rasa segar dan dilindungi sepanjang masa adalah dengan memakai deodorant.

Yang penting sekali bagi Budiey, kalau korang nak cuba, kena tahu kesan tindakannya samada ianya anti peluh atau tidak.

Ini ada ramuan aktif anti peluh yang memastikan ketiak anda semua rasa segar dan kering.

Tak kiralah di mana pun anda, samada dalam lrt ke, kat gym ke, dalam kesesakan kat pasar ke atau di tempat kerja, dengan Gatsby Deodorant anda semua tak perlu risau dengan bau badan dan tidak selesa di bawah lengan (ketiak).

Apabila diteliti kandungannya, patutlah, apa tak wanginya, ia diadun dengan bahan seperti SD Alcohol 40-B, Butane, Propane, Fragrance, Triclosan, O-Cymen-5OL, Menthol, TOcopherol. Ramuan inilah yang buat rasa kesegaran tu bertahan lama.
Ianya rasa cooling. Sejuk! Rasa macam letak ais jek!

Bila anda rasa diri anda sentiasa segar dan tak berbau…. kita pasti akan rasa yakin. Betul tak?

Deodorant Gatsby boleh didapati di semua kedai farmasi dan pasaraya utama di seluruh negara.

Jadi, segera dapatkannya untuk menikmati kesegaran sepanjang hari, seperti anda baru mandi!

GATSBY DEODORANT STREET FAIR

Mahu menang hadiah? Okay boleh! Tapi kenalah datang ke Gatsby Deodorant Street Fair!

Kat sana, akan diadakan macam-macam permainan & cabutan bertuah dengan hadiah besar-besar!

Korang yang dapat jemputan berpeluang untuk memenangi gadget, komputer, notebook, telefon bimbit dan semuanya berjumlah RM15,000! Wow! Lumayan gak tu!

Tapi macamana nak dapatkan jemputan & menang hadiah lumayan ini?

Okay, senang sahaja, anda yang nak menang & hadir mestilah menulis satu blog entri dengan menggunakan tajuk “I’m Going to the Gatsby Deodorant Street Fair’.

Perkara yang perlu ada dalam entri blog ialah:

1. Tajuk Blog Entri
2. Mestilah menyatakan tarikh, masa dan lokasi event ini iaitu:
Tarikh: 17 April 2010
Masa: 10 pagi hingga 5 petang’
Lokasi: Front Foyer, Ground Floor, Berjaya Times Square, Kuala Lumpur.

3. Menangi hadiah berupa gadget berjumlah RM15,000 melalui permainan & cabutan bertuah.
4. Bergembiralah & have fun dengan pelbagai aktiviti dan permainan seperti Sumo Wrestling (in air bag suits), gladiator battles dan macam-macam lagi.
5. Akhir sekali, korang perlulah meletakkan link: www.gatsby.com.my/streetfair

Setelah selesai, hantarkan email kepada [email protected] dengan menyertakan:
1. Blog Entri – Gatsby permalink
2. Nama Penuh Anda
3. Nombor IC

Senang bukan? Jadi, apa tunggu lagi, tulislah blog anda sekarang tentang event ini dan manalah tahu, anda akan membawa pulang gadget yang semuanya gempak-gempak!

Untung beb! Takde ruginya!

Untuk info lanjut, sila layari:
www.gatsby.com.my/streetfair

Anda bukan penulis blog tapi nak join event ni? Okay, jangan risau. Anda masih boleh join Gatsby Deodorant Street Fair dengan melayari www.gatsby.com.my/streetfairr dan sertai permainan yang sangat fun kat situ. Jadi, kepada anda yang menang dan mendapat markah tertinggi setiap minggu dalam mana-mana game, anda bakal memenangi sepasang pass percuma untuk menyertai event ni.

Budiey tak sabar nak try permainan Sumo Wrestling ni sebenarnya. Memang tak pernah try lagi. Jomlah lawan! Ada berani?

Ada berani?

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Fara Fauzana Menang Anugerah Artis ARTIS HIP Highly Intelligent Popular

Gambar Dato’ Siti Nurhaliza di Sidang Media AIM 17