in ,

Memperkenalkan Snapshot Artis Terbaru SRC

Imran dan Haizi – pasangan duo yang menggunakan nama komersial Snapshot, kini merupakan artis baru Suria Records Sdn Bhd. Dua anak muda berbakat besar ini sedang mengatur langkah meneruskan bidang yang baru diceburinya kini bagi mengisi ruang di persada muzik tanahair, mereka juga ingin berkongsi ilmu yang masih mentah dengan nama nama besar dalam industri dengan harapan dapat memberi sedikit sumbangan dari hasil karya mereka sendiri.

Kisah bermula di awal pembabitan mereka bermula dengan minat dan ianya terus membawa dua anak muda ini menyertai beberapa pertandingan nyanyian dimerata tempat sekitar Kuala Lumpur. Snapshot ingin mengutip seberapa banyak pengalaman supaya mendapat pendedahan awal disamping memberi keyakinan apabila muncul di khalayak ramai.

Snapshot Artis Baru SRC

[dropcap]P[/dropcap]eluang agak mudah bagi mereka berdua dalam mencari ruang untuk bertapak. Segalanya adalah nasib menyebelahi dua anak muda ini, bak kata pepatah, ‘Tuah Datang Bergolek’ apabila saat mereka pada awalnya hanyalah suka suka memasuki sebuah pertandingan nyanyian “Pencarian Remaja Berbakat” melalui chanel youtube anjuran salah satu majalah hiburan popular dengan kerjasama syarikat rakaman Suria Records (SRC).

Pertandingan seperti ini merupakan salah satu cara bagi syarikat rakaman SRC mencari bakat2 baru untuk di ketengahkan. Memandangkan remaja kini lebih tertumpu di laman youtube, maka ianya adalah idea terbaik yg kami rasa untuk strategi syarikat rakaman SRC mencari talent baru.

Sebanyak 300 klip video yang kami terima, setelah dipilih pada peringkat saringan, hanya 50 klip video yang terpilih ke peringkat semi final. Pemilihan terus dilakukan dan 12 perserta bertuah terpilih ke peringkat akhir.

Kelibat Snapshot sebagai finalis menarik minat wakil SRC apabila mereka muncul dipentas. Konsep yang mereka tampilkan memberi satu idea menarik buat SRC untuk menawarkan kontrak artis rakaman. Pertemuan pihak SRC dengan setiap keluarga masing2 diatur, akhirnya mereka setuju dengan segala perjanjian kontrak yang kami tawarkan.

Single Pertama Snapshot Kau Yang Satu

Sebagai langkah permulaan sebuah single berjudul Kau Yang Satu telah dilancarkan buat pengenalan kepada peminat muzik. Budiey difahamkan, Snapshot  juga telah pun menyiapkan muzik video lagu ini. Peminat Snapshot boleh menyaksikan aksi serta wajah dua anak muda melalui muzik video di laman youtube.

 

snapshot

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

SHEILA MAJID

Sekitar Post Party Konsert Sheila Majid & Harvey Malaihollo Anjuran DFP

Gambar Alyah di Pelancaran Lagu Pengakuan Tiga