Melissa Maureen Dirompak Dicabul Malique Ditetak
Kejadian berlaku pada 2 Oktober lalu, jam 10 malam. Pelakon Melissa Maureen dan suami, Malique (bekas ahli Too Phat) bersama anak perempuan, Inca Medina, lima bulan, didekati empat orang lelaki yang menaiki dua buah motosikal, apabila sampai di rumah di Section 6, Kota Damansara. Dua daripada lelaki itu membawa sebilah parang seorang.
Tidak puas dengan mengambil dompet, telefon bimbit, rantai dan jam tangan mereka, dua dari perompak itu mula mencabul Melissa. Apabila Malique menolak tangan mereka, kepalanya ditetak sebelum perompak-perompak itu memecut pergi.

Melissa Maureen Rizal
Dalam akhbar Malay Mail semalam, Melissa memberitahu keadaan Malique dan anaknya sudah okay. Walaupun kehilangan kira-kira RM5,000 dalam bentuk wang tunai dan barangan, yang membuatkan Melissa paling terkilan ialah apabila kes mereka seakan tidak mendapat perhatian pihak polis.
Menurut Melissa, pihak polis hanya sampai di tempat kejadian 45 minit selepas panggilan dibuat. Selepas itu, disuruh Melissa dan suami ke balai polis Kota Damansara untuk membuat laporan. Di sana, pegawai polis bertugas dikatakan mengambil masa satu jam untuk mengambil laporan mereka, sambil menonton TV dan dengan keadaan kepala Malique yang berdarah.
Tambah Melissa, pegawai berkenaan gagal memasukkan butir-butir seperti dirinya dicabul serta nombor plat motosikal perompak. Selepas itu, mereka diberikan nama seorang inspektor dari cawangan Mutiara Damansara untuk dihubungi tetapi tiada nombor telefon yang diberikan. Selang beberapa hari kemudian, apabila mereka berjaya mendapatkan nombor inspektor berkenaan, mereka dimaklumkan beliau sendiri bahawa dia sedang bercuti. [sumber]
Tags: Malique Too Phat, Melissa Maureen RizalBaca artikel lain yang berkaitan:












October 14th, 2009 at 12:33 pm
adoi polis malaysia…
October 15th, 2009 at 12:11 am
biasela polis malaysia-lembab dan bodoh…rasuah no 1 dalam rantau asia…ketua polis negara paling byk makan…
October 15th, 2009 at 9:24 am
Biasela tu…camnela penjenayah nak takut…tp kesian dgn Maueen & hubby dia…sbr jela…
October 16th, 2009 at 3:04 am
Ai..jangan pandang semua polis sama. Most of them, buat keje bagus..cuma ada segelintir yg kureng skit. Polis2 yg bermasalah ni kita kena tau handle la. Report pd org atasan diorg. G direct, tunjuk yg kita ni jenis yg berani. Diorg ni takut ngan org atasan je. Kalau kita pun setakat x peduli kalau diorg x buat keje betul2, mmg naik kepala la jdnya diorg ni. Hmm..mimie..ketua polis negara paling byk makan rasuah??? Fitnah besar tu? Ada bukti ke?? Sanggup bertanggungjwb dgn ur statement? Pd melissa n malique, buat report lg, this time jumpa org atasan. Ini yg slalu my husband buat, bila nampak polis yg x jalankan tugas elok2, terus kata nk jumpa org atasan, tergagap2 la diorg nanti..
October 16th, 2009 at 1:30 pm
Tiada manusia yg sempurna ..
Tul tu Suhana .. brhati2 bila nk kuar sttmnt kt intrnt ni .. padah kata, dtg bala kang ..
October 16th, 2009 at 8:41 pm
polis malaysia mmg mcm tu…now I know why people say we are third class country :’( I’m so going back to london!
December 16th, 2009 at 3:26 am
tol kata mimie….rasuah no 1 rantau asia…bila polis tngkap je suspek mak bapak yg syang ank ni berkira la ngan polis kena sribu dua da bole bebas..
January 4th, 2010 at 2:46 am
Untungnya prompak tu dpt main dgn melissa,msti best..