in

Mega Bazaar Usahawan Melayu Online Terbesar di Malaysia

Fenomena baru bakal tercipta Jun depan apabila syarikat Eh Eh Bazaar Sdn Bhd dengan kerjasama strategik Dewan Perniagaan Melayu Malaysia (DPMM) WP Putrajaya menganjurkan acara jualan secara besar-besaran sekali gus menghimpunkan lebih 1000 usahawan internet ini menerusi MEGA BAZAAR: Bazaar Usahawan Melayu Online Terbesar di Malaysia.

Acara yang berlangsung pada 21 dan 22 Jun depan bertempat di Hall A, Malaysia Agro Exposition Park Serdang (MAEPS) ini mengangkat objektif bagi memegang rekod sebagai satu perhimpunan besar-besaran bagi usahawan online dengan menjadi online bazaar terbesar di Malaysia selain menggalakkan aktiviti keusahawanan terutamanya di kalangan bumiputera dan membantu meningkatkan ekonomi ummah serta mempromosi produk dan perniagaan usahawan melayu online kepada rakyat.

Kerjasama strategik ini adalah untuk menggalakkan usahawan melayu online menjadi ahli DPMM WP Putrajaya bagi memastikan perniagaan online mereka diberi perhatian khusus dan peluang yang lebih besar untuk memasarkan produk mereka ke tahap yang lebih tinggi.

Mega Bazaar Usahawan Melayu Online Terbesar di Malaysia

Tak perlu untuk diperkenalkan lagi, sebaliknya semua sedia maklum akan hashtag #sayajual dan #visitmyig yang begitu popular dan sinonim dengan pembangunan zaman moden hari ini.

Sesiapa saja yang mempunyai akaun laman sosial instagram pasti tidak terlepas daripada pelbagai mesej berbentuk sebegini. Itulah realitinya yang mana semua bentuk perniagaan dan jual beli kini hanya di hujung jari saja. Laman sosial ini dijadikan medium untuk sesiapa saja menjalankan aktiviti perniagaan dan lebih mengejutkan, mereka mendapat sambutan baik dan mampu mengaut keuntungan berlipat ganda berbanding mereka yang membuka premis atau menyewa kedai di luar.

Kebanyakan daripada peniaga online atau lebih dikenali sebagai vendor ini beroperasi sepenuhnya secara atas talian terutamanya dari rumah. Setiap satu daripada mereka mempunyai pelanggan dan pengikut setia masing-masing.

Atas alasan sama, Eh Eh Bazaar Sdn Bhd memberi peluang dengan menyediakan tapak perniagaan kepada usahawan-usahawan online bagi mempromosi barangan
”MEGA BAZAAR: Bazaar Usahawan Melayu Online Terbesar di Malaysia”.

Bukan setakat pakaian dan makanan saja yang dijual, malah pelbagai produk dan keperluan boleh dibeli dengan hanya melayari laman sosial. Seakan sebuah kedai serbaneka dan pusat membeli-belah, sistem perniagaan moden ini lebih menjurus kepada golongan muda yang kesemuanya bersungguh-sungguh menjual barangan mereka.

Aksesori seperti beg tangan, cermin mata, kanta lekap, kasut hinggalah kepada produk kesihatan, produk kecantikan dan kelengkapan rumah turut dijual. Malah hari ini, pelbagai perkhidmatan juga ada disediakan termasuk sistem penggera rumah, pakar runding majlis dan bermacam-macam lagi antara paling mendapat sambutan.

Bayangkan, kesemua mereka yang sebelum ini menjual produk secara online kali ini akan berhimpun, bertemu dan berdepan pelanggan masing-masing secara offline.

Menurut Pengarah Urusan Eh Eh Bazaar Sdn Bhd, Iffah Zaimi, penganjuran Mega Bazaar ini akan menjadi satu sejarah tersendiri kepada kesemua pengusaha perniagaan online di Malaysia.

“Saya sendiri tidak dapat bayangkan kemeriahan pada acara ini nanti kerana kesemua pengusaha yang bergiat aktif ini akan berhimpun dengan menjual produk mereka pada harga paling rendah dengan menawarkan pelbagai promosi istimewa sepanjang dua hari di MAEPS nanti.

“Ini adalah satu usaha dan inisiatif yang pihak kami fikirkan terbaik untuk menyuntik semangat kepada usahawan Melayu dan anak muda yang selama ini menjadikan laman sosial masing-masing sebagai tapak membuka perniagaan. Selain mampu menyediakan satu bazaar yang akan menempatkan pelbagai produk dijual, Mega Bazaar ini juga akan menjadi satu lokasi membeli-belah paling murah dengan pakej pembelian yang menarik.

“Lebih 1000 usahawan Melayu akan berada di situ dan lebih menariknya terdapat lebih 50 artis dan selebriti akan turut sama menjual pelbagai produk mereka. Jika kita lihat hari ini, golongan selebriti juga tidak melepaskan peluang untuk menjalankan perniagaan mereka di laman sosial masing-masing.

“Antara selebriti yang akan hadir menjaga booth mereka pada 21 dan 22 Jun depan termasuk pelakon jelita, Neelofa yang akan bertemu peminat selain menjual produk kanta lekap, LofaLens dan beberapa produk lain, Mila Jirin, Afdlin Shauki, Mawi dan Ekin, Adira, Yana Shamsuddin, Eira Syazirah, Nabil Raja Lawak, Mizz Nina dan suaminya, Noh Hujan, Ameer (Fourteen), bintang bola sepak, Fahmi Apex dan ramai lagi.

“Justeru saya boleh bayangkan kemeriahan sambutan Mega Bazaar ini nanti,” katanya yang sebelum ini pernah menganjurkan bazaar lain termasuk “CarBonet sale” pada Disember lalu di Bangi dan Eh Eh Bazaar Outstation S.E 1.0 di Mydin MITC Ayer Keroh Melaka.

Sehubungan itu, Eh Eh Bazaar Sdn Bhd berbesar hati ingin mengundang kesemua anak muda yang menjalankan aktiviti perniagaan secara online di laman sosial masing-masing untuk bersama memeriahkan Mega Bazaar ini bagi mengembangkan lagi perniagaan selain berdepan sendiri pelanggan secara offline.

Tambah Iffah, dengan harga serendah RM400, mereka akan berpeluang untuk menempah booth untuk dua hari berniaga dengan pelbagai kelengkapan lain turut disediakan.

“Pihak kami menyediakan lokasi berniaga paling strategi dengan penghawa dingin, kemudahan meletak kenderaan selain booth yang lengkap dengan meja dan kerusi. Saya rasa, harga booth yang kami tawarkan begitu rendah berbanding sambutan yang sudah kami jangkakan. Ini adalah pelaburan terbaik bagi meletak perniagaan online anda ke tahap jauh lebih baik.”

Sesiapa yang berminat bolehlah menghubungi nombor 012-2920131 untuk keterangan lanjut atau menempah gerai anda.

Sekilas fakta mengenai syarikat penganjur, Eh Eh Bazaar ditubuhkan sebagai syarikat pengurusan acara dengan memfokuskan penyediaan tapak perniagaan atau bazar bagi vendor yang dikenali sebagai Eh Eh Bazaar!.

Disebabkan lokasi bazar sedia ada kebanyakannya lebih tertumpu di sekitar Kuala Lumpur dan Lembah Klang. Oleh itu, Eh Eh Bazaar melihat peluang ini dan pemilihan lokasi di bahagian Selatan Lembah Klang terutamanya di Putrajaya dan Bandar Baru Bangi.

Mega Bazaar Usahawan Melayu Online Terbesar di Malaysia

Mega Bazaar Usahawan Melayu Online Terbesar di Malaysia

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Liyana Jasmay Selamat Melahirkan Anak Perempuan

Video Sekitar Pelancaran Sidang Media & Pelancaran Program H Live!