in

Mega Bazaar 2014 Hari Pertama Dapat Sambutan

Semalam, jadual Budiey sangat sibuk dari pagi hingga malam. Paginya, sibuk bersiap untuk buka booth di Mega Bazaar 2014 yang diadakan di MAEPS, Serdang. Sebelum ke sana, Budiey ada meeting di Common Thread untuk menerima sepasang selipar limited edition terbaru jenama Havaianas. Memang ohsem sebab Budiey antara blogger selebriti yang menerima produk edisi terhad ini.

Okay berbalik kepada Mega Bazaar 2014. Sesampai di MAEPS Serdang, Budiey lihat ramai sekali orang kat sana. Ini baru hari Sabtu ya, hari terakhir iaitu hari Ahad mesti la lagi ramai dan lebih happening kan? Dengarnya, seramai 40 ribu “serang” Eh Eh Mega Bazaar 2014 hari pertama! Wow meriah.

Kepada Budieyators dan pembaca blog ini yang nak datang ke booth Budiey.com jangan lupa datang ke booth nombor LG14 untuk mendapatkan Marie Cheese, Lapis Daging Cheese dan banyak lagi.

Bukan cerita orang atau laporan di laman sosial, tapi ini memang pengalaman saya sendiri yang sempat berkunjung ke bazaar online terbesar Malaysia, EH EH MEGA BAZAAR 2014 yang berlangsung di Hall A MAEPS Serdang semalam.

Memang “havoc” rasanya sejak awal jam 10 pagi ketika majlis perasmian yang dilakukan oleh Timbalan Ketua Pengarah MARA (Usahawan), Puan Salmah Hayati dan Timbalan Presiden Dewan Peniaga Melayu Malaysia, Datuk Ayaluddin Che Hassan hinggalah ke jam 10 malam, pengunjung masih penuh bershopping.

Paling seronok apabila kesemua pengunjung yang datang langsung tak serabut kerana laluan shopping disusun kemas dan laluan pejalan kali di antara booth luas membuatkan kesemuanya selesa untuk memilih barangan.

Malah ramai pengunjung juga turut memuji pihak penganjur yang menyediakan perkhidmatan TRAM secara percuma dari parking untuk terus ke pintu masuk dewan. Dua buah bas juga turut dikhaskan untuk membawa pengunjung dari stesen komuter Serdang untuk terus MAEPS. Jadi tak jadi masalah untuk sesiapa yang menggunakan kenderaan perkhidmatan awam untuk sama shopping.

Selebriti yang datang seperti Neelofa, Adi Putra, Anita Baharom, Arja Lee, Rosyam Nor dan ramai lagi turut sempat beramah mesra dengan peminat selain sempat mengadakan persembahan khas untuk peminat-peminat. Memang seronok!

Esok adalah peluang terakhir kepada mereka yang masih belum berkesempatan mengunjungi EH EH MEGA BAZAAR 2014 hari ini. Lebih gila diskaun yang disediakan oleh lebih 1000 vendor dan paling penting, lebih banyak hadiah-hadiah istimewa untuk CABUTAN BERTUAH yang disediakan untuk semua pengunjung.

Jangan tunggu lagi, pastikan anda menjadi sebahagian daripada sejarah fenomena bazaar terbesar di Malaysia ini bermula jam 10 pagi ini!

Jangan lupa ok!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Piala Dunia 2014 Lebih Happening Dengan Astro

Gambar Erin Malek & Farriz Fauzy Selamat Bertunang