in

Meet Uncle Hussain, One Buck Short, Tempered Mental & Deja Voodoo Spells di Unzipped

Tontoni Unzipped di 8TV Jumaat Ini!

Berita baik untuk semua peminat dan pencinta muzik tempatan tanahair! Dari tenaga kerja dan gabungan idea-idea kreatif, 8TV mempersembahkan sebuah lagi produksi tempatan terbarunya – Unzipped! Saksikan persembahan-persembahan hebat dan karya-karya terbaik dari artis dan kugiran terpilih kegemaran anda bermula 14 November 2008 jam 10.30malam hanya di 8TV!

Unzipped ialah sebuah siri persembahan muzik istimewa yang mengketengahkan kugiran-kugiran dan artis-artis hebat di Malaysia. Rancangan terbaru ini bakal mempersembahkan 12 bakat kugiran tempatan pada setiap minggu.

Unzipped bukan sahaja bertujuan untuk mengketengahkan bakat-bakat muda pemuzik tempatan tetapi juga menyediakan platform bagi mengembangkan lagi bakat muzik yang sedia ada  dalam darah mereka. Pada masa yang sama, peluang ini tentunya dapat meningkatkan lagi jumlah peminat dan menarik perhatian penyokong baru.

“Saya berasa sungguh teruja dengan penambahan  terbaru kepada program kami yang sedia ada. 8TV sentiasa menyokong muzik tempatan dan ini adalah salah satu lagi usaha kami dalam menyokong pemuzik-pemuzik muda ini memajukan muzik mereka dan mengiktiraf bakat yang ada,” ujar Pengurus Besar Pengurusan Penjenamaan Kumpulan, Pemasaran dan Komunikasi di 8TV, Cik Lam Swee Kim.

Tambah Kim Lagi, “Saya pasti para peminat muzik dan penonton 8TV gembira dengan berita ini dan teruja untuk merasai sendiri pengalaman menjayakan rancangan terbaru ini. Duduk, relaks dan hayatilah musik-musik terbaik.”

Rancangan Unzipped ini bakal bersiaran selama sejam, mempamerkan persembahan oleh kumpulan pilihan pada setiap minggu. Penonton juga berpeluang untuk menonton rakaman dan klip video artis kegemaran yang menjadi idola mereka serta pendedahan tentang kisah peribadi dan pengalaman masing-masing.

1
Meet Uncle Hussain
14 November 2008

2
Gerhana Ska Cinta & Friends &
They Will Kill Us All
21 November 2008

3
Estranged
28 November 2008

4
One Buck Short
5 Disember 2008

5
Jaclyn Victor
12 Disember 2008

6
Hujan
19 Disember 2008

7
Nitrus
26 Disember 2008

8
Tempered Mental & Deja Voodoo Spells
2 Januari 2009

9
Love Me Butch
9 Januari 2009

10
Bittersweet
16 Januari 2009

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Majlis Resepsi Ashraf Sinclair & Bunga Citra Lestari

Gambar Pengambaran Video Klip Sindarella