in ,

Meet Uncle Hussain Masih Cari Vokalis

Kumpulan band indie, Meet Uncle Hussain sampai sekarang masih bergantung dan meminjam suara daripada vokalis luar. Kalau dulu dengan Hazama, sekarang ini suara power Black pula yang menjadi taruhan. Namun, persoalannya, sampai bilakah Meet Uncle Hussain mahu kekal dengan imej begini.

Budiey rasa, kat luar sana, masih ramai lagi vokalis yang lebih mantap dan terbaik. Untuk cari bukan main susah. Padahal, ramai yang mahu join MUH untuk jadi penyanyi utama yang bersifat kekal. Tapi kumpulan ini dikatakan tidak mahu mengambil mudah dalam soal memilih vokalis.

Penyampaian Cek AJL25

Budiey sempat mendengar kata-kata ketua kumpulan Meet Uncle Hussain, Taja sejurus selepas majlis penyampaian cek Anugerah Juara Lagu ke-25 semalam. Kata Taja, MUH sekarang ni memang masih mencari vokalis dengan mengadakan sesi ujibakat. Sebenarnya, sesi ini adalah satu projek utama grup ini bersama dengan organisasi luar untuk mencari bakat baru yang bakal bermula pada bulan April ini.

Menurut Taja, bagi MUH sendiri, mereka tak nak tunggu lama untuk mencari pengganti Lan yang kini menyertai Lan & The Typewriter sebab banyak peluang akan terlepas. Dengan adanya vokalis utama yang kekal bersama MUH, kumpulan ini akan lebih maju ke depan.

Semasa AJL baru-baru ini MUH mempertaruhkan vokal dari Black untuk lagu Drama King. Setidaknya, MUH membantu menaikkan nama Hazama dan Black dengan kemunculan mereka berdua bersama MUH di mana-mana persembahan.

Hakikatnya, benar juga, kalau dulu Hazama tak dikenali, sekarang penyanyi yang lahir dari Akademi Fantasia makin popular. Namun, Taja mengakui, pendapatan Hazama dan Black sebenarya lebih banyak berbanding dengan MUH.

Sepanjang buat ujibakat mencari penyanyi utama, MUH menerima tak sampai 100 orang. Namun yang hadir tu, mempunyai suara yang hampir sama dengan vokalis mereka sebelum ini. Jadi, apa yang mereka nak ialah keunikan suara penyanyi yang tak meniru mana-mana artis lain. Jadi, sebelum datang ke ujibakat, vokalis kena tahu apa yang MUH mahu.

Prinsip Meet Uncle Hussain memang mahu cari vokalis dengan cepat tapi dalam masa yang sama mereka pilih untuk lebih radikal tapi kena mengikut procedure dan step by step.

Buat masa ini, menurut Taja, beliau akui suara Lan adalah vokalis yang terbaik ada di Malaysia.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Program Menarik Sempena Maulidur Rasul

Sinopsis Drama PENGANTIN UNTUK DIJUAL