in ,

Media Prima Tunda Jom Heboh & Tukar Program TV

Berikutan dengan pengumuman terbaharu tentang penerbangan pesawat MH370 yang telah berakhir di Lautan Hindi Selatan oleh Perdana Menteri Malaysia, Yang Amat Berhormat Datuk Seri Najib Tun Razak pada 24 Mac 2014 pukul 10.00 malam, Karnival Jom Heboh 2014 yang bakal berlangsung di negeri Terengganu pada 28 & 29 Mac 2014 telah ditunda sehingga satu tarikh yang akan diberitahu nanti.

“Kami di Media Prima Berhad turut berkongsi kesedihan dan bersimpati dengan tragedi yang berlaku terhadap penumpang dan anak kapal pesawat MH370. Oleh itu, kami telah menundakan penganjuran karnival Jom Heboh di negeri Terengganu kerana tidak wajar bagi TV3 untuk meneruskan penganjuran pada hari Jumaat dan Sabtu ini ketika satu Malaysia dan juga satu dunia berada dalam kesedihan.”

PROGRAM TV DITUKAR, JOM HEBOH DITUNDA SEBAGAI TANDA PENGHORMATAN KEPADA TRAGEDI MH370

[dropcap]B[/dropcap]agi pihak penganjur Jom Heboh, kami memohon maaf terhadap segala kesulitan yang berlaku kepada pihak Kerajaan Negeri Terengganu, Majlis Bandaraya Kuala Terengganu, pihak penguasa Terengganu serta para penaja dan tetamu jemputan yang terlibat.

Walaupun Karnival Jom Heboh Terengganu telah ditundakan, namun majlis bacaan yasin yang telah diaturkan oleh pihak TV3 di Masjid Tengku Tengah Zaharah, Kuala Terengganu pada 27 Mac 2014 masih diteruskan. Selain itu, Media Prima turut mengadakan majlis bacaan yasin di Masjid Wilayah Persekutuan Kuala Lumpur pada hari yang sama pada pukul 7.00 malam. Marilah kita sama-sama berdoa dan mengharapkan kesejahteraan penumpang dan anak kapal pesawat MH370,” – Encik Ahmad Izham Omar, Ketua Pegawai Eksekutif Rangkaian Televisyen, Media Prima Berhad.

Bermula 24 Mac 2014, rangkaian televisyen di Media Prima telah melakukan beberapa perubahan dalam susunan program dengan menggugurkan program-program hiburan yang tidak bersesuaian. Kini program-program yang disiarkan diTV3, ntv7, 8TV dan TV9 adalah lebih tertumpu kepada laporan khas tentang tragedi MH370 serta program-program ilmiah dan keagamaan.

Berikut adalah program-program siaran langsung yang dimuatkan dalam rangkaian televisyen Media Prima Berhad. program berita dan bual bicara bagi setiap stesen telah dilanjutkan untuk mendapat laporan lebih terperinci dalam Bahasa Malaysia menerusi TV3 dan TV9. Sementara laporan dalam Bahasa Mandarin boleh didapati menerusi ntv7 dan 8TV.

TV3
25 Mac (Selasa)
→ 7.00 pagi – 9.00 pagi : Malaysia Hari Ini (siaran langsung)
→ 9.00 pagi – 10.00 pagi : Buletin Pagi (siaran langsung)
→ 10.00 pagi – 12.30 tengah malam : Laporan Khas Tragedi MH370 (siaran langsung)
*Merangkumi Buletin 1.30 dan Buletin Utama pada jam 8.00 malam serta sidang media MH370

26 Mac (Rabu)
→ 7.00 pagi – 9.00 pagi : Malaysia Hari Ini (siaran langsung)
→ 9.00 pagi – 9.30 pagi : Buletin Pagi (siaran langsung)
→ 9.30 pagi – 10.30 pagi : Al Kuliyyah
→ 10.30 pagi – 11.30 pagi : Bismillah (episod Ampunkan Dosa & Alam Transit)
→ 11.30 pagi – 12.00 tengahari : Al-Fatihah & Bacaan Al-Quran: Surah Yasin
→ 12.00 tengahari – 1.00 petang: Wanita Hari Ini (siaran langsung)
→ 1.00 petang – 1.30 petang : Al Hidayah
→ 1.30 petang – 2.00 petang : Buletin 1.30 (siaran langsung)
→ 2.00 petang – 3.00 petang : Bacaan Al-Quran: Surah Ar-Rahman & Muhammadku
→ 3.00 petang – 5.00 petang : Telefilem: Bahagia Bukan Milikku
→ 5.00 petang – 6.00 petang : Bismillah
→ 6.00 petang – 8.00 malam : Malaysia Hari Ini (siaran ulangan)
→ 8.00 malam – 9.00 malam : Buletin Utama (siaran langsung)
→ 9.00 malam – 11.00 malam : Telefilem: Demi
→ 11.00 malam – 12.00 tengahmalam: Soal Jawab (siaran langsung)
→ 12.00 tengahmalam : Nightline

ntv7
25 Mac (Selasa)
→ 11.00 pagi – 1.00 petang : Bella (siaran langsung)
→ 1.00 petang – 2.00 petang : Edisi 7 (siaran langsung)
→ 2.00 petang – 4.00 petang : 7 Edition (siaran langsung)
→ 4.00 petang – 6.00 petang : Mandarin 7 (siaran langsung)
→ 7.00 malam – 8.00 malam : Edisi 7 (siaran langsung)
→ 8.00 malam – 10.00 malam : 7 Edition (siaran langsung)
→ 10.00 malam – 12.30 tengahmalam: Mandarin 7 & Global Watch (siaran langsung)

26 Mac & 27 Mac (Rabu & Khamis)
→ 8.00 pagi – 10.00 pagi : Good Morning Tai Tai (siaran langsung)
→ 11.00 pagi – 1.00 petang : Bella (siaran langsung)

28 Mac (Jumaat)
→ 11.00pagi – 1.00 petang : Bella (siaran langsung)

8TV
25 Mac (Selasa)
→ 8.00 malam – 10.00 malam : Mandarin News (siaran langsung)

26 Mac (Rabu)
→ 8.00 malam – 9.00malam : Mandarin News (siaran langsung)

TV9
25 & 26 Mac (Selasa & Rabu)
9.00 pagi – 11.00 pagi : Khas Tragedi MH370 (siaran langsung)
12.00 tengahari – 1.00 petang : Berita Tengahari (siaran langsung)
1.30 petang – 2.30 petang : Tanyalah Ustaz Khas (siaran langsung)
5.30 petang : Sidang Media MH370 (siaran langsung)
8.00 malam – 9.00 malam : Berita TV9 (siaran langsung)
9.00 malam – 10.00 malam : Tanyalah Ustaz Khas (siaran langsung)

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

David Correy & Artis Malaysia Nyanyi Lagu Tema Piala Dunia

Berita MH370 Jadi Laporan Utama Portal Berita Dunia