Media Prima Television Networks Screening 2009
Salam semua pembaca Sensasi Selebriti, semoga korang sihat dan bahagia sentiasa dan selamat berhujung minggu.
Pada jam 3 petang tadi, telah berlangsung Media Prima Television Networks Screening 2009 di Dewan Plenary, Pusat Konvensyen Kuala Lumpur, KLCC. Budiey kira, lebih 1,500 orang pembeli media, pengiklan, pelanggan korporat, media dan selebriti membanjiri dewan yang begitu canggih dan nyaman itu. Memang seronok sekali sekala menikmati mutu bunyi dan visual yang dipaparkan di layar dewan ternama ini.

Budiey nak ucapkan syabas dan tahniah buat Media Prima kerana telah melangkah lebih jauh dalam dunia penyiaran tanahair. Apa tidaknya, boleh dikatakan siaran TV di Malaysia dimonopoli oleh Media Prima.
Siang tadi, pelbagai program menarik di stesen TV3, ntv7, 8TV, dan TV9 telah dipertontonkan. Ada yang baru, fresh dan lebih mengancam. Yang Budiey paling teruja, program Roda Impian akan kembali berpusing di TV3 dan ada satu program realiti yang akan menghadiahkan peserta dengan hadiah wang sejuta RM. Wow… program apa… korang kena tunggu.

Baca artikel lain yang berkaitan:











November 29th, 2008 at 12:57 am
Haa….. yg tu ke gewe nya Budiey? Tetttt ….
November 29th, 2008 at 1:03 am
comey !
November 29th, 2008 at 1:34 am
Honeybee, itu bukan gewe Budiey tu.. yg tu wartawan online gak tu… kitorang gelar dia Foziah latif sbb muka dia sejibik mcm Gee.
Kalau nak tahu, gewe Budiey lebih lawa, lebih comey lotey, lebih gebu dan menarik, tertarik lagi hehehehe….
November 29th, 2008 at 7:45 am
Oh ye ke … sowieeeee ..
November 30th, 2008 at 3:57 am
wartawan on9 gak??apa lmn web nya??
November 30th, 2008 at 7:23 am
gubu, huhu, budiey dapat anugerah ke ni,hu