Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me











Media Prima & RTM: Stesen TV Mana Lebih Popular?



Baru-baru ini, TV3 yang dimiliki oleh syarikat konglomerat media terbesar Asian, Media Prima, telah mengeluarkan statistik berhubung rating rancangan yang disiarkan di TV3 sepanjang tahun 2007. Melalui saluran Buletin Utama, TV3 telah memaparkan senarai 20 buah rancangan yang mempunyai rating tertinggi dan kesemuanya adalah rancangan yang disiarkan oleh TV3. Samada dari rancangan majalah, dokumentari, berita hinggalah ke Anugerah Juara Lagu, semuanya mengungguli senarai 20 tangga tertinggi rating. Senarai rating ini telah dikeluarkan oleh firma AC Nielsen, satu syarikat penentu ukur dalam sesuatu produk, rancangan dan lain-lain.

Kemudian, sebagai satu persaingan, Radio Televisyen Malaysia RTM telah mengumumkan pencapaian rancangan yang disiarkan di saluran RTM samada RTM 1 atau RTM 2. Melalui senarai rating yang dikeluarkan oleh NMR Media Index, terdapat enam rancangan yang mengungguli tempat teratas dalam senarai.

Mana kedudukan rancangan RTM dalam senarai AC Nielsen dan dimanakah kedudukan rancangan TV3 dalam senarai yang dikeluarkan oleh NMR Media Index yang dipaparkan oleh RTM. Apakah kebaikan yang didapati oleh penonton jika terdapat fakta yang mengelirukan seperti ini.

Persoalannya, siapakah sebenarnya yang mengungguli senarai rating? Siapakah yang sepatutnya menentu ukur rating rancangan yang disiarkan? Kenapa terdapat percanggahan fakta berkaitan rating sesuatu rancangan? Perlukah RTM sebagai saluran media kerajaan mengejar rating dari mencapai matlamat sebagai penyampai maklumat serta aspirasi kerajaan kepada penonton?

Jika rancangan yang dihasilkan bermutu, terbaik dan mencapai matlamat yang diinginkan, maka persetankanlah apa dan di mana letakknya rancangan tersebut di dalam rating. tetapi jika rancangan yang dihasilkan tidak bermutu, biarlah rating itu di nombor wahid (satu) pun, maka matlamat yang ingin disampaikan pasti tidak tercapai.

[tags]rating program tv3, perang rtm, tv1 intisari rancangan, buletin utama, rancangan popular, dunia baru, drama saka, impak maksima the series, dunia anita, penonton teramai[/tags]

Tags: ,

Tags: , , , , , , , , , , ,

Comments

comments

Powered by Facebook Comments



Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Gambar Lisa Surihani di Media Prima Open House
  • Gambar Selebriti di Media Prima Television Networks Screenings 2011
  • Media Prima Television Networks Screening 2009
  • Gambar Siti Nurhaliza di Rumah Terbuka Media Prima 2010
  • Ujibakat Pencarian Cinta di ntv7
  • Maya Karin Pengacara Baru Nona TV3
  • Anugerah Seri Angkasa 2010
  • Malam Gema Puisi Gaza TV9
  • Kempen Zoom Malaysia Rangsang Industri Pelancongan
  • Radio Hot FM Radio Nombor Satu di Malaysia



  • 7 Komen untuk entri “Media Prima & RTM: Stesen TV Mana Lebih Popular?”

    1. angel_baik kata:

      yang pentingnya bukan rancangan mana paling popular… tapi rancangan mana yang paling bagus pengisian dan juga meninggalkan efek pada penonton. pd sy, drama2 RTM masih lagi yang paling bagus dan berkualiti. cuma kurang promosi, dan juga waktu tayangan yang kurang sesuai…

    2. papadom kata:

      a’ah drama mcm Janji Diana..Sembilu..Gerak Khas..dan yg seangkatan..mmg dahsyat la citer2 cam 2..

    3. efa's kata:

      hey.. bole tak tunjukakn rating yang btol2 tepat.. just senarai kan program mane yang dapat rating yang tinngi nad bape dia pnye share.. huh..

    4. Honeybee kata:

      Stuju dgn ANGEL_BAIK .. dua2 ok …

    5. escia kata:

      Saya ingin mendapatkan apakah(nama) craft yang ditunjukkan oleh 3R pada 21 June 2009.

      Thanks.

    6. siti kata:

      boleh x ulang program She Wolf. rncgn tv3 jam 3 ptg sblm ni yg br je tamat. citer dr filipina ni best sgt2. tp sy x b’ksmptn nk tgk sume citernye. klu blh ulang pd wktu mlm la.

    7. aries arian kata:

      pada pandangan saya,kebanyakan,tapi bukan semua rancangan2 di RTM adalah tidak berupaya menarik minat para penontaon khasnya golongan remaja.kenapa?walaupun rancangan berkualiti,tetapi teknik penyampaian ataupun pengacaraan yg tidak mampu menarik minat para penonton juga akan melemahkan RTM.sementara itu,MEDIA PRIMA mempunyai pengisian rancangan yg lebih trendy dan menarik apalagi ditambah dengan grafik yg menarik dan canggih.itu yg memikat para penonton.saya xnak sebut banyak lagi.tetapi satu hal yg paling saya kagum dengan RTM,iaitu RTM semakin memperbanyakkan rancangan2 mengenai masyarakat Malaysia,amnya program2 yg berunsurkan 1 Malaysia.apapun,saya amat berharap RTM akan lebih berusaha memajukan imejnya serta segala kelemahan yg ada(sound system,montaj,grafik).beribu maaf saya pohon sekiranya komen ini agak keterlaluan.

    =========================
    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM

    Sila tinggalkan komen anda di sini:































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK