in

Media Prima Digital & Senheng Meterai Usahasama Strategik

Media Prima Digital (“MPD”), kumpulan Media Digital no. 1 di Malaysia yang juga merupakan sayap digital Media Prima Berhad (“Media Prima”) sebuah konglomerat media terulung di Malaysia kini melangkah setapak lagi menerusi usahasama baharu bersama Senheng® Electric (KL) Sdn Bhd, sebuah rangkaian perniagaan elektronik utama negara dalam memperkasa dan memperluas capaian akses untuk akhbar digital milik The New Straits Times Press (M) Sdn Bhd.

[pullquote]Kerjasama ini telah termeterai melalui satu majlis menandatangani Memorandum Persefahaman (MoU) yang telah diadakan awal pagi ini bertempat di SenQ, 1 Utama. Kolaborasi ini bakal menyaksikan keseluruhan edisi digital akhbar New Straits Times, Berita Harian dan Harian Metro bakal dipromosikan secara meluas menerusi siri promosi di seluruh rangkaian stor Senheng® di Malaysia.[/pullquote]

Dengan kemudahan skim pembayaran EZ yang ditawarkan oleh Senheng®, pelanggan mempunyai pilihan untuk melanggan secara pukal atau lebih daripada satu pilihan akhbar digital melalui pembelian gajet pintar terpilih dan Samsung SMART TV.

Kemajuan teknologi yang meningkatkan keselesaan dan kecekapan urusan harian, turut disumbang dengan kewujudan gajet pintar yang membolehkan maklumat dicapai hanya di hujung jari. Kami teruja untuk berkolaborasi bersama-sama kumpulan digital no. 1 di Malaysia dalam menawarkan pengalaman bacaan akhbar digital buat para pelanggan.

Pelbagai berita terkini dapat diketahui pada bila-bila masa, di mana sahaja menerusi keselesaan bacaan secara digital. Kerjasama ini turut memberi peluang kepada para pelanggan menikmati perkembangan teknologi digital menerusi penggunaan telefon pintar, tablet dan perkakasan sambungan internet yang lain dengan cara yang paling mudah,” kata Lim Kim Heng, Pengarah Urusan, Senheng Electric (KL) Sdn Bhd.

“Kami amat gembira dapat bekerjasama dengan sebuah syarikat yang begitu dihormati dalam mengembangkan lagi capaian untuk akhbar digital terbitan Kumpulan Media Prima. Senheng® mempunyai jaringan pelanggan yang meluas dan kami yakin kerjasama yang terjalin ini bakal membantu dalam mewujudkan pengalaman terbaik buat para pelanggan, bukan sahaja melalui penggunaan gajet pintar malah termasuk penggunaan Samsung SMART TV. Akses capaian yang mudah dan fleksibiliti bakal menawarkan pengalaman terbaik dan merupakan kunci kepuasan pelanggan,” ujar Dato’ Zainul Ariffin, Ketua Pegawai Eksekutif, Media Prima Digital.

Menerusi kerjasama ini, Senheng bakal menawarkan 3 promosi khas buat para pelanggan. Promosi menarik ini termasuk :

1. Sebuah telefon pintar Android dengan paparan skrin 4 inci secara PERCUMA dengan langganan akhbar digital New Straits, Berita Harian atau Harian Metro selama 2 tahun.

2. Ekslusif untuk ahli PlusOne: Nikmati diskaun 25% untuk langganan setahun bagi akhbar digital New Straits Times, Berita Harian atau Harian Metro dengan pembelian sebarang telafon pintar, gajet atau
komputer bimbit.

3. Ekslusif untuk ahli PlusOne: Nikmati diskaun 10% untuk langganan setahun bagi akhbar digital New Straits Times, Berita Harian atau Harian Metro.

*Tertakluk kepada terma dan syarat

Promosi ini sah bermula 26 Februari 2014 sehingga 30 April 2014 di stor Senheng & SenQ seluruh negara.

Untuk maklumat lanjut mengenai Senheng dan pelbagai tawaran hebat lain, layari www.senheng.com.my

Langgan akhbar edisi digital New Straits Times, Berita Harian dan Harian Metro hari ini di www.e-papers.com.my

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Nat Geo People Mendedahkan Indentiti On-Air Yang Baru

Dato’ Siti Nurhaliza Bakal Berduet Dengan Cakra Khan