in

Media Meet & Greet bersama PAWN STARS Hari Ini

Hari ini jam 10 pagi, Budiey akan berpeluang untuk bertemu dengan bintang Porn Stars… eh silap sorry. Bukan pornstars la, tapi PAWN STARS. Haa, eja betul-betul ya, takut lain pulak jadinya. Pertemuan Media Meet & Greet bersama PAWN STARS pada pagi ini dikatakan sangat unik kerana ia berlangsung di sebuah litar lumba yang terkenal. Wah, Budiey dah tak sabar nak jumpa diorang sebab Budiey suka tengok program mereka.

Pawn Stars in Malaysia

Kepada anda di luar sana yang juga jadi penonton setia, haa, Budiey dikhabarkan ada peluang untuk anda bertemu mereka juga.

[pullquote align=”right”]Anda peminat setia Pawn Stars? Teruja melihat barangan antik, vintage mahu pun koleksi lama yang mempunyai nilai berganda di kedai pajak paling popular di Las Vegas?[/pullquote]

Andai anda pengikut tegar program siaran saluran History, pastinya anda mengenali karakter tiga generasi iaitu The Old Man, Rick ‘The Spotter’, Corey ‘Big Hoss’ selain petugas premis berkenaan, Chumlee. Ya, mereka akan berkongsi pengalaman dengan peminat di Malaysia dalam rangka Asia Tour Pawn Stars.

Rick Harrison dan anaknya, Corey telah pun tiba di Kuala Lumpur bersempena siri jelajah mereka di Asia. Selain Malaysia, bintang berpengalaman hampir tiga dekad dalam industri jual beli barangan berharga itu turut menjelajah Jepun, Singapura, Filipina dan India.

Pawn Stars in Malaysia

Menariknya, pada pertemuan dengan peminat The Gardens pada 28 Ogos ini, pelbagai aktiviti dirangka untuk peminat setia mereka.  Mereka juga dijangka berkongsi pengetahuan dan pengalaman bersama orang ramai.

Cuma, sebagai penonton setia rancangan ini, agak rugi apabila datuk mereka yang suka mengenakan kedua-duanya tiada bersama, begitu juga dengan Chumlee, yang sentiasa menjadi bahan usikan keluarga terbabit.

Sejak disiarkan pada 2009, siri berkenaan meraih jumlah tontonan tinggi kerana membabitkan barangan premium serta koleksi bersejarah, tidak ketinggalan perkongsian maklumat mengenai sesuatu barang yang cuba dijual orang ramai.

Pawn Stars in Malaysia

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kuala Lumpur International Jazz Festival KLIJF 2013

Review Travel Singgahan Romantis di Sala Phuket