in ,

Maya Karin Teruja Jadi Hos Program Gossip

Jawapan kepada Trivia: Kasut Tumit Tinggi Pelakon Wanita yang Budiey siarkan beberapa jam lalu ialah MAYA KARIN.

Hadir di Soft Launch Filem CUN di Restoran Enak KL, Starhill Gallery, Jalan Bukit Bintang, Kuala Lumpur pada tengahari 14 Februari 2011, Maya Karin tampil sederhana dan ringkas. Namun, mestilah class! Siap dengan kasut tumit tingginya yang berwarna pink cerah ni.

trivia

Event ini juga diadakan sempena dengan Hari Kekasih yang mempertemukan pelakon utama filem CUN iaitu Maya Karin dan Remy Ishak. Serta diserikan dengan kehadiran pelakon-pelakon lain. Filem CUN turut didokongi oleh pelakon pembantu yang lain seperti Ning Baizura, Faezah Ilai, Jehan Miskin, Kartina Aziz, Mislina Mustaffa, Nadiya Nisaa serta dibantu oleh ramai pendatang baru.

Filem CUN adalah sebuah filem komersial bercorak komedi dan cinta terbitan Tayangan Unggul Sdn Bhd & Nuansa Sdn Bhd. Filem ini akan ditayangkan di pawagam seluruh Malaysia pada 31 Mac 2011.

Maya Karin membawa watak seorang gadis dari bandar yang bekerja sebagai pengacara sebuah program TV berbentuk gossip.

Tema filem arahan Osman Ali ini adalah mengenai cinta dan kasih sayang serta pengorbanan dalam perhubungan setiap insan antara kekasih, sahabat sejati dan keluarga. Kos keseluruhan untuk bikin filem ini sekitar RM1.2 juta.

Tarikh penerbitan bermula pada hujung tahun 2009 dan siap sepenuhnya pada awal tahun 2011.

Lokasi dan jamuan tengahari ini ditaja sepenuhnya oleh Restoran Enak KL Starhill Gallery.

Maya Karin

Maya Karin

Maya Karin

Maya Karin

Maya Karin

Maya Karin

Maya Karin

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Trivia: Kasut Tinggi Seorang Pelakon Wanita

Ana Raffali Meet Uncle Hussain Faizal Tahir Hafiz Terima Cek AJL25