in

Maya Karin Tangguh Pelancaran Album Teka-Teki

Maya Karin menangguhkan pelancaran album terbaru berjudul Teka-Teki dan showcase untuk menghormati kehilangan pesawat MH370 dan khabarnya, beliau begitu bersimpati dengan tragedi MH370 sehingga terpanggil untuk menangguhkan pelancaran album terbaru. Sidang media terkini tentang perkembangan kehilangan pesawat MH370 telah diadakan pada 4.45 petang tadi dan apa yang Budiey dapat khabarkan di sini, pesawat MH370 yang hilang masih belum ditemui. Sekarang ini, usaha mencari adalah fokus utama dan misi penyelamat sudah berusaha sehabis baik dan usaha mencari akan berterusan sehinggalah pesawat ditemui.

Maya Karin Teka Teki

Majlis pelancaran album terbaru Maya Karin yang dijangka akan berlangsung pada 25 Mac 2014 ini telah ditangguhkan ke 1 April 2014. Hal ini adalah kerana rasa simpati Maya Karin di atas tragedi yang menimpa pesawat MAS MH370. Beliau ketika itu yang berada di kota London atas urusan keluarga, terasa amat terkejut dan berdukacita apabila terlihat berita tersebut di kaca televisyen.

“Saya terasa amat terkejut apabila mendapat tahu tentang berita ini. Saya rasa amat simpati sekali dan berharap kita semua dapat mendoakan agar penumpang dan anak-anak kapal MH370 semuanya selamat.” –kata Maya Karin.

Berikutan kejadian tersebut, Maya Karin telah berbincang dengan pihak pengurusan dan syarikat rakaman beliau agar showcase dan majlis pelancaran album terbarunya di tangguhkan pada bulan hadapan.

Bagus! Inilah yang dikatakan artis yang prihatin.

Pada 8 Mac lalu, MAS mengesahkan penerbangan MH370 telah terputus hubungan dengan Menara Kawalan Trafik Udara di Subang selepas berlepas dari Kuala Lumpur ke Beijing pada pukul 12,41 pagi. Penerbangan MH370 yang menggunakan pesawat B777 -200 itu sepatutnya mendarat di Beijing pada pukul 6.30 pagi hari yang sama. Pesawat yang membawa seramai 227 penumpang (termasuk 2 bayi) dan 12 anak kapal itu masih gagal ditemui sehingga ke hari ini.

Dalam pada itu, Maya yang kini berada di London memberitahu dia mendapat tahu mengenai perkara berkenaan selepas menonton berita dan berharap semua pihak dapat mendoakan agar penumpang dan anak-anak kapal MH370 selamat.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Lenovo Vibe Z Dilancarkan Secara Rasmi di Malaysia

Gambar Awal Ashaari & Scha Alyahya Melancong di Birmingham