in

Maya Karin Pengacara Baru Nona TV3

Penat! Budiey baru sahaja pulang dari Media Prima Television Networks Screenings 2010 yang diadakan di Planery Hall, Pusat Konvesyen Kuala Lumpur. Jenuh juga mendengar presentation dari orang kuat Media Prima. Tapi taklah mengantuk macam Screening tahun lepas. Tahun ini, seronok tengok client Media Prima yang datang dapat kejutan besar. Hadiah besar dalam THE BIG GIFT. Banyak juga hadiah besar, antaranya melancong ke Hollywood dan wang tunai beribu-ribu ringgit.

Dan yang penting sekali, banyak info tentang program baru yang akan disajikan pada tahun 2010 di TV Media Prima. Antara yang boleh Budiey kongsikan bersama pembaca semua ialah Nona pada tahun depan akan diacarakan oleh pelakon Maya Karin.

Tahniah Maya Karin!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Movie Day Out Sensasi Selebriti – SORORITY ROW

Sinopsis Majalah 3 Misi Mencari dan Menyelamat