Maya Karin Bakal Bertemu Al Gore di Persidangan Asia Pasifik Projek Iklim
Maya Karin teruja ingin bertemu Al Gore
SATU perkara yang sudah sinonim dengan aktres jelita ini ialah perjuangannya dalam aktiviti pemuliharaan alam sekitar. Pencinta alam ini saban hari dilihat semakin aktif mengikuti kempen bagi membina kesedaran kepada masyarakat tentang isu-isu penting berkenaan alam semulajadi.

Meskipun jadual aktiviti seninya cukup padat, seboleh mungkin Maya Karin akan memastikan dia tetap berpeluang menyertai mana-mana aktiviti berkaitan alam sekitar.
Terbaru, aktres berusia 29 tahun ini bakal menghadiri Persidangan Asia Pasifik Projek Iklim di Melbourne, Australia pada 11 hingga 13 Julai ini, yang merupakan anjuran bersama Pertubuhan Pemeliharaan Australia dan bekas Naib Presiden Amerika Syarikat, Al Gore.
Akui Maya, dia amat teruja untuk menghadiri persidangan itu apatah lagi dia terpilih sebagai salah seorang daripada 300 peserta daripada 2000 pemohon yang rata-ratanya dari Australia dan wilayah Asia Pasifik.
“Saya memang seronok sangat bila dapat tahu terpilih ke persidangan ini. Bukannya mudah untuk dapat peluang seperti ini, apatah lagi dapat bertemu dengan Al Gore yang juga seorang aktivis persekitaran. Saya memohon untuk hadiri persidangan ini selepas saya terbabit dengan kempen mengurangkan penggunaan beg plastik sekitar Mei lalu dan tidak sangka pula saya diberi peluang ini kerana mengikut kepada kriteria, mereka memang akan memilih individu yang benar-benar berminat dengan iklim dan alam sekitar,” kata Maya.
Pada persidangan berbentuk forum itu nanti, ujar Maya, peserta akan dilatih tentang sains dan penyelesaian kepada isu perubahan iklim yang semakin mengancam kehidupan sejagat.
Para peserta juga akan akan dilatih oleh Al Gore sendiri dan panel antarabangsa seperti kemahiran mempengaruhi rangkaian dan komuniti masing-masing berkaitan kesedaran tentang krisis perubahan iklim.
Persidangan ini merupakan satu usaha dalam mewujudkan satu suara antarabangsa untuk Persidangan Iklim UNCCC yang dijadualkan berlangsung di Copenhagen pada bulan Disember nanti.

Ujar Pelakon Wanita Terbaik Festival Filem Asia Pasifik ke-49 ini lagi, meskipun pada awalnya dia turut terfikir tentang penularan virus Influenza A (H1N1) di Melbourne ketika ini, namun kata Maya, dia tidak mahu perkara itu menghalang hasratnya untuk menghadiri persidangan itu.
“Bagi saya, itu tidak ada masalah. Di Malaysia juga virus ini semakin menular. Apa yang penting, kita kena berhati-hati dan mengambil langkah keselamatan,” tuturnya.
Sekembalinya Maya dari Melbourne kelak, kata isteri kepada Muhammad Ali Abdullah ini, dia akan cuba berkongsi ilmu dan pengalaman yang dikutip sepanjang berada di persidangan tersebut.
“Pihak penganjur sememangnya tidak mahu para peserta hanya datang dan dengar saja. Selepas habis nanti, kami digalak menyerbarkan maklumat yang kami perolehi sewaktu persidangan itu kepada masyarakat di tempat masing-masing. Mungkin bagi saya sendiri, apa yang boleh saya lakukan ialah dengan bercakap kepada media tentang pengalaman tersebut dan mungkin juga saya akan mengadakan acara-acara tertentu berkaitan dengan apa yang saya perolehi kelak,” katanya yang ketika ini sedang di dalam proses penghasilan album terbarunya.
Album ketiganya itu akan diterbitkan oleh Audi Mok dan ketika ini, mereka sedang meneliti lirik-lirik lagu yang sesuai untuk melodi-melodi yang telah siap dihasilkan.
Sebelum ini, Maya yang juga sedang menantikan tayangan filem terbaru lakonannya bersama Fazura iaitu Pisau Cukur, pernah menghasilkan dua buah album iaitu Erti Cinta (2001) dan Bukan Qalamaya (2004). [sumber]
Tags: Maya Karin
Tags: Maya KarinClick on the following buttons to share this article with your friends:
Baca artikel lain yang berkaitan:





July 3rd, 2009 at 12:56 pm
Wah!, biar betul Maya..jumpe Al-Gorela..betul2 gempak ni…
July 3rd, 2009 at 1:25 pm
apa yg hebat tentang bekas Timbalan AS tu??Pernah disatu persidangan diAsia dimana Tun Mahathir ada, dia dgn kurang ajarnya meninggalkan majlis semasa Tun sedang berucap.Talking about American GOOD MANNERS!!ini kah makhluk yg artis kita teruja sgt nak bertemu??A**H***
July 3rd, 2009 at 2:01 pm
i like maya karin
July 3rd, 2009 at 6:19 pm
intan – if you talk bout good manners,then why are you saying the word ASSHOLE?
July 3rd, 2009 at 11:13 pm
oooooooooopsie…….
July 14th, 2009 at 1:52 pm
yang pastinya, maya ni sebenarnya sesuai jadi model di malaysia.. tapi jangan kita ikut buadaya dia… Tak wajar untuk kita jadikan dia duta untuk alam sekitar kita .. dia bukan sahaja mencemarkan budaya melayu kita… tapi dia sedikit sebanyak mencemarkan kemelayuan kita dengan pemahaman dia. kITA SEPatutnya nampak budaya melayu ini penuh adat yang sopan dan terjaga personaliti dan penampilan selain agama itu sendiri. Satu lagi, perlu la kerajaan nak buang masa untuk jadikan maya ini duta alam sekitar kerana ramai lagi rakyat kita yang bijak dan boleh dicontohi. Kenapa harus artis jika hanya ada rupa? Aku bukan tak suka maya, tapi macam buang masa saja kita menjadikan contoh seperti orang yang tidak memberikan faedah pada masyarakat lain. jika hanya setakat belajar kat limkokwing kita kata pandai, lebih baik cari pelajar yang belajar kat cambridge atau cemerlang.. itu baru betul dijadikan contoh.. Aku simpati pada industri hiburan yang mempengaruhi masyarakat kini dan mereka semakin tidak boleh menilai sesuatu…. Kerajaan ni kan pilih la peserta yang betul2 sesuai… jika beri kerana dia popular, rugi jer.. ramai rakyat yang boleh pegi untuk buat penyelidikan..
August 3rd, 2009 at 10:17 am
Ratu alam sekitar sebenarnya layak pada mereka yang muda supaya generasi muda berminat.. Tidak sesuai diberikan pada mereka yang hanya menjadi peserta dan cari populariti untuk berkempen.. Bagus maya berkempempen, tapi ratu wajar diberikan pada mereka yang remaja supaya remaja lain berminat dan menyukainya.. Dan beri pada mereka yang boleh menjadi contoh golongan yang berpendidikan bukan artis hanya ada populariti.. walaupun pegi hanya sekejap dan tangkap gambar , itu sebab kita beri gelaran ratu, thats y tidak mendapat sambutan yang sepenuhnya dari golongan belia. Tidak menggalakkan remaja menyukainya. Hanya syok sendiri jer nanti.