in ,

Maxis Telco Pertama Tawar Blackberry Z10 di Malaysia

MAXIS ADALAH SYARIKAT TELEKOMUNIKASI PERTAMA UNTUK MENAWARKAN TELEFON PINTAR BLACKBERRY Z10 DI MALAYSIA

• BlackBerry Z10 akan ditawarkan secara eksklusif oleh Maxis
• BlackBerry Z10 yang dinanti-nantikan ini ditawarkan bersama pelan kadar nilai-untuk-wang yang dipertingkatkan dan aplikasi eksklusif Maxis

Maxis Berhad (Maxis), peneraju perkhidmatan komunikasi bersepadu Malaysia, hari ini melancarkan telefon pintar BlackBerry® Z10 yang baru, dikuasakan oleh BlackBerry® 10 di Malaysia. BlackBerry Z10 yang baru ini akan ditawarkan secara eksklusif oleh Maxis, dan boleh didapati di semua Pusat Maxis di seluruh negara mulai 9 Mac 2013.

Maxis

Sandip Das, Ketua Pegawai Eksekutif Maxis Berhad kata

“Kami semua tahu bahawa Blackberry telah menjadi satu peranti yang penting kepada pelanggan korporat selama lebih daripada satu dekad. Sejak beberapa tahun yang lalu, peranti ini juga telah menawan pengguna muda terutamanya dengan aplikasi yang ditawarkan. BlackBerry Z10 yang baru adalah titik perubahan dalam sejarah syarikat dengan sistem operasi baru yang direka untuk menetapkan semula standard dalam arena peranti terminal.”

“Di Maxis, kami gembira untuk membawa Blackberry baru Z10 secara eksklusif kepada pelanggan kami yang telah menunggu dengan sabar untuk model ini. Dengan pelbagai aplikasi dan tawaran istimewa Maxis, para pelanggan menggunakan BlackBerry dengan Perkhidmatan Maxis akan menikmati pengalaman komunikasi yang berbeza!”

[pullquote align=”right”]Maxis terus menjadi yang pertama dalam membawa telefon pintar terbaru kepada pelanggan, membina asas yang kukuh untuk memacu masa hadapan perkhidmatan data.[/pullquote]

Maxis adalah yang pertama untuk memperkenalkan pelbagai peranti BlackBerry di Malaysia pada tahun 2004, dan terus menerajui pasaran dalam membawa telefon pintar terbaru kepada pelanggan. Maxis telah menawarkan pelbagai jenis peranti dalam tempoh dua hingga tiga tahun yang lalu.

BlackBerry Z10 yang baru ini adalah telefon pintar BlackBerry yang pertama untuk dilancarkan dengan platform BlackBerry 10 yang direka bentuk semula, diperkaya dan dicipta semula, memberikan pelanggan pengalaman mudah alih pengkomputeran baru yang kuat dan unik. Telefon pintar BlackBerry Z10 ini adalah telefon pintar BlackBerry yang terpantas dan paling canggih, dan menawarkan pengalaman yang lebih pintar yang sentiasa dapat disesuaikan dengan keperluan pelanggan.

Annamalai Muthu, Pengarah Negara Malaysia di BlackBerry berkata,

“Telefon pintar BlackBerry Z10 menyampaikan satu platform baru yang berkuasa untuk pelanggan BlackBerry. Digabungkan dengan rangkaian dan pelan perkhidmatan dari Maxis, pelanggan BlackBerry Z10 akan gembira dengan pengalaman komunikasi yang dicipta semula, multitasking yang lancar, akses mudah kepada pelbagai rangkaian sosial, dan ketenangan fikiran dengan keselamatan BlackBerry.”

Selain itu, Hotlink akan memberi ganjaran kepada semua pelanggan setia BlackBerry Prabayar dengan harga istimewa sebanyak RM1,888 untuk BlackBerry Z10, yang ditawarkan bersama dengan 1.5GB data percuma. Tawaran ini adalah sah dari 9 Mac hingga 30 April 2013 sahaja. Hotlink juga akan memberikan pengguna BlackBerry Pas BlackBerry 1-hari percuma bagi mereka untuk terus berhubung secara online sepanjang hari, hanya pada 8 Mac 2013.

Berikut adalah butiran-butiran harga dan pelan untuk BlackBerry Z10:

maxis

Dengan BlackBerry Z10, pelanggan juga boleh menikmati aplikasi-aplikasi eksklusif Maxis. Ini termasuk:

• MyMaxis, aplikasi bantu diri yang membolehkan pelanggan Maxis untuk mendapatkan maklumat akaun, melanggan kepada perkhidmatan tambah nilai dan hubungi Maxis melalui pelbagai saluran pilihan.
• Maxis PayPal, yang membolehkan pelanggan untuk membayar bil Maxis mereka dengan mudah dan lebih selamat melalui telefon bimbit mereka, bila-bila masa dan di mana sahaja.
• MyHealthy Heart, aplikasi yang ditawarkan bersama dengan alat pengesanan kesihatan interaktif seperti pedometer, kaunter kalori makanan Malaysia, kalkulator risiko kesihatan dan keupayaan peringatan ubat serta akses kepada berita kesihatan terbaru dari portal Kesihatan MYLAUNCHPAD Maxis.
• FINDER 301, aplikasi berasaskan lokasi yang menyediakan pengguna maklumat mengenai makanan, restoran, ATM, bank, klinik, balai polis dan banyak lagi di sekeliling mereka.
• Maxis BPL 2013, yang menawarkan pelanggan maklumat terbaru mengenai musim BPL 2012/2013. Ini termasuk pemberitahuan masa-sebenar (kick-off, skor langsung, separuh masa, sepenuh masa), liputan penuh perlawanan masa-sebenar, ulasan secara langsung, pratonton perlawanan dan laporan selepas perlawanan dan banyak lagi.
• Maxis Rewards, satu aplikasi yang menawarkan perkhidmatan khas, keistimewaan, baucar diskaun dan lebih – eksklusif untuk pelanggan Maxis.

Dengan BlackBerry 10, setiap ciri, setiap pergerakan, dan setiap perincian direka untuk menolong pelanggan sentiasa bergerak dan termasuk kemajuan seperti:

• ‘Megintai’ dan ‘Mengalir’ ke BlackBerry Hub – Satu paradigma pengkomputeran mudah alih baru di mana apa yang penting kepada pelanggan sentiasa boleh didapati dengan hanya satu sapuan
• Keyboard – Memahami dan menyesuaikan diri kepada pelanggan, supaya mereka boleh menaip dengan cepat dan lebih tepat
• BBM™ (BlackBerry® Messenger) – Membolehkan pelanggan untuk berkongsi dengan orang-orang yang penting kepada mereka dengan segera
• Teknologi BlackBerry® Balance™ – Melindungi apa yang penting kepada pelanggan dan perniagaan di mana mereka bekerja.

BlackBerry dan cap dagang yang berkaitan, nama dan logo adalah harta Research in Motion Limited dan berdaftar dan / atau digunakan di Amerika Syarikat dan negara-negara di seluruh dunia. Semua tanda-tanda lain adalah harta pemilik masing-masing. BlackBerry tidak bertanggungjawab bagi mana-mana produk atau perkhidmatan pihak ketiga.

Maxis

Mengenai Maxis Berhad

Maxis Berhad adalah peneraju dalam penyediaan perkhidmatan komunikasi bersepadu di Malaysia dengan jumlah hasil sebanyak RM8.9 bilion pada tahun 2012 dan kira-kira 14 juta pelanggan. Sebagai salah satu daripada jenama tempatan yang paling dikagumi di Malaysia, Maxis telah berkembang dari sebuah syarikat pengendali mudah alih yang terulung kepada sebuah syarikat yang menawarkan pelbagai perkhidmatan yang memperkayakan kehidupan pelanggannya, sama ada di rumah, di tempat kerja atau ketika bergerak: mudah alih dan suara tetap, mesej, internet mudah alih, jalur lebar berkelajuan tinggi tanpa wayar dan berwayar, dan kandungan dan aplikasi pelbagai skrin – sama ada ianya hiburan, pendidikan, keselamatan atau pengkomputeran awan – melalui rangkaian mudah alih, tetap dan satelit. Maxis merupakan syarikat pertama yang mengkomersilkan perkhidmatan mudah alih 3G di Malaysia dan memiliki rangkaian mudah alih terluas dengan liputan 2G sebanyak 95% dan liputan 3G berkelajuan tinggi sebanyak 81% di seluruh negara.

Usaha Maxis dalam membawa inovasi, memastikan perkhidmatan pelanggan yang cemerlangdan memberi nilai kepada pihak berkepentingan telah membolehkan Syarikat memperoleh pelbagai anugerah termasuk tersenarai sebagai syarikat 5 Teratas bagi Anugerah Pengendali Global Terbaik oleh Anugerah Komunikasi Dunia pada tahun 2010 dan Pengurusan Syarikat Terbaik, MajikanTerbaik Asia serta Anugerah ‘Putra Brand of the Year’ pada tahun 2011 dan 20 anugerah untuk kecemerlangan pusat hubungan di Anugerah Kecemerlangan CCAM ke-13. Komited untuk menyumbang kepada masyarakat di mana Syarikat beroperasi, usaha Tanggungjawab Korporat Maxis memfokus kepada menghasilkan ‘Impak Positif’, memanfaatkan teknologi canggih bagi mencipta nilai untuk ekonomi, masyarakat dan alam sekitar. Untuk maklumat lanjut, sila layari: maxis.com.my.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Suki Mohon Waran Tangkap Terhadap Bekas Syarikat Pengurusan

Gambar & Video Sambutan Hari Jadi Akim Anjuran Gafimmers