• Home
  • Berita
  • Foto Artis
  • Filem
    • Sinopsis
  • Drama
  • Gossip
  • Hubungi Budiey

Sensasi Selebriti

Berita Hiburan Malaysia, Gambar Selebriti Terbaru, Gossip Artis, Filem, Muzik, Video & Teater

  • Events
    • Anugerah Bintang Popular
    • Anugerah Blockbuster
    • Anugerah Emmy
    • Anugerah Grammy
    • Anugerah Industri Muzik
    • Anugerah Juara Lagu
    • Anugerah Oscar
    • Anugerah Planet Muzik
    • Anugerah Seri Angkasa
    • Anugerah Shout!
    • Festival Filem Malaysia
    • Festival Muzik KL
  • TV
    • Astro
    • TV1
    • TV1
    • TV2
    • TV3
    • TV9
    • 8TV
    • NTV7
    • TV Al-Hijrah
  • Radio
    • Suria FM
    • Hot FM
  • Album
  • Fesyen
  • Teater
  • Travel
  • Gadget
  • Peraduan
  • Advertorial
  • K-Pop

Maxis Sumbang RM5.68Juta Biasiswa Kepada 27 Pelajar

0
  • by Budiey
  • in Berita
  • — 19 Oct, 2012

MAXIS MENYUMBANG KEPADA PEMUPUKAN BAKAT DAN PEMIMPIN MASA DEPAN DENGAN MENGANUGERAHKAN RM5.68 JUTA DALAM BENTUK BIASISWA KEPADA 27 PELAJAR PRA-SISWAZAH DAN PASCA-SISWAZAH CEMERLANG

• Setakat ini, Maxis telah melabur lebih daripada RM37.9 juta dalam bentuk biasiswa kepada sejumlah 209 penerima
• Maxis adalah satu-satunya syarikat telekomunikasi di Malaysia yang memberi biasiswa kepada pelanggan pasca bayar dan anak-anak mereka

Maxis Berhad (Maxis), pembekal perkhidmatan komunikasi bersepadu terbesar Malaysia, pada awal hari ini telah menyampaikan Anugerah Kecemerlangan Biasiswa Maxis (Maxis Scholarship for Excellence Award – MSEA) bernilai sebanyak RM5.68 juta kepada pelajar-pelajar muda Malaysia yang cemerlang sebagai sebahagian daripada komitmen berterusannya ke arah pendidikan, pemupukan bakat dan kepimpinan. Para penerima anugerah tersebut, iaitu 22 pra-siswazah dan 5 pasca-siswazah, kini akan meneruskan pengajian mengikuti bidang kursus pilihan mereka di universiti-universiti terkemuka tempatan dan luar negara. MSEA telah disampaikan kepada penerima oleh Pengerusi Maxis, YM Raja Tan Sri Dato’ Seri Arshad Raja Tun Uda, dan disaksikan oleh ahli keluarga mereka serta Ketua Pegawai Eksekutif Maxis, Sandip Das, ahli-ahli Pasukan Kepimpinan Kanan Maxis, ahli panel pemilihan MSEA dan wakil-wakil universiti.

Maxis Sumbang RM5.68Juta Biasiswa Kepada 27 Pelajar

Para penerima MSEA telah dipilih oleh panel pemilihan yang berwibawa yang terdiri daripada Dato Dr. Ibrahim Ahmad Bajunid, Timbalan Naib Canselor Universiti Antarabangsa Inti Malaysia, Profesor Datuk Dr Roziah Omar, Pengarah Akademi Kepimpinan Pengajian Tinggi (AKEPT) Kementerian Pengajian Tinggi dan Profesor Madya Dr Stefanie Pillai, Pengarah, Pusat Latihan dan Hubungan Industri, Universiti Malaya.

YM Raja Tan Sri Dato’ Seri Arshad berkata, “Maxis diasaskan sebagai sebuah organisasi dengan misi perniagaan yang termaktub dalam perkhidmatan kepada negara dan rakyat. Sebagai organisasi dan peneraju pasaran, kami komited untuk memanfaatkan kuasa teknologi telekomunikasi untuk menangani keperluan masyarakat dan memperkayakan kehidupan. Kami telahpun membawa kesan yang positif terhadap kehidupan rakyat melalui perkhidmatan kami. Manakala MSEA pula menekankan komitmen Maxis kepada pendidikan dan seterusnya pembangunan negara. Menyumbang ke arah membina bakat negara adalah satu inisiatif yang dekat dengan hati kami. Biasiswa kami, yang disasarkan untuk kakitangan dan anak-anak pelanggan kami, direka untuk memberikan anak-anak muda Malaysia yang berbakat dan cemerlang dengan peluang untuk merealisasikan potensi mereka sepenuhnya. Kami bangga untuk memainkan peranan aktif dalam menangani isu-isu strategik jangka panjang Malaysia yang melibatkan kemajuan kita sebagai sebuah masyarakat.”

Pada majlis tersebut, satu forum bertajuk ‘Memupuk Pemimpin-Pemimpin Masa Depan’ telah diadakan. Ia telah dipengerusikan oleh Priya Narayanan, seorang penerima MSEA pada tahun 2009. Ahli panel untuk forum tersebut – Sandip, Datuk Dr Roziah dan Dr Stefanie – berbincang mengenai kualiti kepimpinan, memupuk bakat dan peranan warga korporat seperti Maxis dalam menyumbang ke arah membangunkan bakat di negara ini.

Melalui biasiswa ini, beberapa penerima telah mendapat tempat ke universiti berprestij di Malaysia dan negara-negara lain, termasuk Universiti Malaya, Universiti Sains Malaysia, Universiti Kebangsaan Malaysia, Universiti Teknologi Malaysia, Monash University, International Medical University, London School of Economics, King’s College of London, University of Oxford, Imperial College of London, Columbia University dan Harvard Business School, dalam pelbagai bidang pilihan mereka.

Salah satu daripada lima penerima pasca-siswazah, William Nee, mewakili rakan-rakan penerima biasiswa pasca-siswazah MSEA dan memberi ucapan pada majlis itu. “Biasiswa ini telah menolong melegakan tekanan kewangan saya untuk meneruskan pengajian saya di London School of Economics (LSE) dan membolehkan saya menumpukan perhatian sepenuhnya kepada pengajian saya,” katanya. William sedang meneruskan pengajian MSc dalam bidang Undang-Undang dan Perakaunan di LSE dan bercita-cita untuk menjadi seorang hakim.

Seorang lagi penerima biasiswa pra-siswazah, Razin Rozman, berkata, “Perjalanan seribu batu bermula dengan satu langkah; dan dianugerahkan biasiswa ini menandakan satu langkah besar dalam perjalanan kami ke arah merealisasikan impian dan aspirasi kami. Kami perlu merebut peluang dan membuat yang terbaik.” Razin adalah pelajar sarjana muda BSc dalam Pengurusan Perniagaan di King’s College di United Kingdom.

MSEA Maxis telah dimulakan pada tahun 2005, dalam usaha untuk memupuk generasi baru Malaysia yang berwawasan dan progresif. Ia terbuka kepada rakyat Malaysia yang muda dan cemerlang yang telah mendapat kemasukan ke universiti terkemuka tempatan dan luar negara. Sehingga kini, termasuk 27 penerima hari ini, Maxis telah melabur lebih daripada RM37.9 juta dalam bentuk biasiswa kepada sejumlah 209 penerima.

Selain dari MSEA, Maxis telah sejak beberapa tahun yang lalu menjalankan beberapa aktiviti pendidikan dan berasaskan komuniti yang bertujuan untuk membawa impak yang positif kepada kehidupan masyarakat dimana Maxis beroperasi. Inisiatif-inisiatif ini termasuk:
• Program perdana Maxis Cyberkids, yang telah menyediakan latihan ICT kepada lebih 8,500 pelajar dan guru-guru di lebih 1,500 buah sekolah. Bersempena dengan ulang tahun ke-10 Cyberkids tahun ini, program ini akan diperluaskan ke sekolah-sekolah berkeperluan khas tidak lama lagi.
• Cabaran Kandungan Mudah Alih Maxis, satu program pembangunan kandungan untuk menggalakkan bakat kreatif tempatan dan membantu mereka mengambil idea ke pelancaran komersial. Program ini telah berjaya menjana lebih daripada 450 idea-idea baru.

Tahun ini, sebagai sebahagian daripada inisiatif untuk menyokong keperluan komuniti, Maxis memperkenalkan dua program masyarakat baru: program Penghargaan Penjaga, yang meraikan ‘wira-wira’ dari rumah-rumah kebajikan sebagai pengiktirafan terhadap dedikasi dan kerja keras mereka; dan sebuah program Pengambilan Rumah Sebagai Rumah Angkat (Home Adoption Programme). Di bawah program ini, Maxis telah mengikrarkan sokongan kepada dua rumah kebajikan, iaitu Independent Living & Training Centre (ILTC), sebuah pusat bagi orang kurang upaya yang dikendalikan oleh orang kurang upaya, dan Jenjarom Old Folks Home. Maxis akan menyediakan sumbangan wang tunai dan menganjurkan aktiviti-aktiviti penglibatan dan latihan yang relevan untuk tempoh satu tahun.

Maxis Sumbang RM5.68Juta Biasiswa Kepada 27 Pelajar

Komen via Facebook

Komen

Share

Tags: BeritabiasiswaHarga Galaxy Note 2maxisSamsung Galaxy Note 2 MaxisScholarship Maxissenarai pelajar

— Budiey

Seorang penulis blog hiburan & gaya hidup sepenuh masa, Photo Journalist, kerap bertwitter & facebook, videoman, new social media, copy writer, penulis iklan & advertorial, content provider & househusband. Obses dengan filem seram & thriller.

  • Previous story Gambar Sekitar Pengambaran Video Klip Fobia Cinta Amanda Imani
  • Next story Scha Alyahya Nafi Mencuri di Butik H&M Cabar Penyebar Fitnah

ENTRI BERKAITAN

  • Anne Ngasri Perlu Berehat Kerana Demam Virus 29 Mar, 2010
  • Farahrizan Abdul Razak Astro Awani Ditangkap Pesta Dadah & Parti Seks Orgy 4 Jan, 2009
  • Nabil Zamanhuri Menang di The 11th Pan Asia Music Festival 2010 6 May, 2010
  • Pavilion KL receives Outstanding Achievement Award 29 Jun, 2011

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

  • MAYA KARIN – BINTANG SYURGA

    Bintang Syurga
  • SEARCH

  • TERKINI

    • Muat Turun Aplikasi Rexona Move & Menang iPad Mini
    • Peraduan Jom Menonton Filem MAN OF STEEL™
    • Betul Ke Faizal Tahir Digam oleh Media Prima?
    • Filem Dampak Bakal Ditayangkan Pada 19 September 2013
    • Photos World War Z Live In Sunway Lagoon
    • Peluang Kedua Buat Peserta Ceria Popstar Yang Tersingkir
    • Kemewahan Bali di Nusa Dua Beach Hotel & Spa
    • Ulasan Konsert Mega Bintang Trinity All-Star
    • Tarikan Hotel Naumi Liora di Singapura
    • Review The Magani Tempat Menyenangkan di Bali
  • IKLAN

  • DAPATKAN RADIGLOW UNTUK KESIHATAN

    RadiGlow
  • KONSERT

    • Recent Posts
    • Most Popular
    • Comments
    • Tags
    • konsert-mega-bintangUlasan Konsert Mega Bintang Trinity All-StarTuesday, June 18, 2013
    • linkinKonsert Jelajah Dunia 2013 Linkin Park Living Things Di MalaysiaMonday, June 17, 2013
    • sharifah-ainiSebab Kenapa Malam Amal Bersama Tiga Diva DitundaFriday, June 14, 2013
    • pesawatGood Vibes Festival 2013Wednesday, June 12, 2013
    • Idola Kecil Musim KeduaThursday, October 29, 2009
    • Gambar Sekitar Hari Jadi Erin Malek ke 14 di Red Box Plus, PavilionMonday, July 28, 2008
    • TV3 Kids Voice Out School AttackSaturday, October 25, 2008
    • Filem Congkak Arahan Pierre Andre : Gambar PelakonTuesday, June 19, 2007
    • Mistazam on:Gambar Emma Maembong di Anugerah Blokbuster 2
    • nura on:Najwa Latif Sambung Belajar di Unitar International University
    • muhammad aisy aniq nabihan bin ahmad fadzil on:Ujibakat Soccer Kids di TV3
    • muhammad aisy aniq nabihan bin ahmad fadzil on:Ujibakat Soccer Kids di TV3
    • 8TV Advertorial AirAsia Akademi Fantasia Anugerah Bintang Popular Astro Berita Bernama Blog Budiey Drama Erra Fazira Events Fasha Sandha Fesyen Filem Foto Artis Gambar Gathering Gossip Hollywood Konsert kuala lumpur Lirik Liyana Jasmay mampu Mawi NTV7 penyanyi Peraduan persembahan radio televisyen malaysia radio televisyen malaysia rtm RTM Showcase Sinopsis Siti Nurhaliza Teater TV1 TV2 TV3 TV9 Ucapan Video Muzik watak
  • Jom Baca Berita

    • Agenda Daily
    • Astro Awani
    • Berita Harian
    • Bernama
    • Detik Daily
    • Google News
    • Gua
    • Harakah Daily
    • Harian Metro
    • KL Pos
    • KOSMO!
    • Malay Mail
    • Malaysia Kini
    • Malaysian Digest
    • Malaysian Today
    • mStar Online
    • Murai
    • News Straits Times
    • Sinar Harian
    • The Star
    • The Sun
    • Utusan Malaysia
  • ARKIB

  • KATEGORI

    22Jun2013

    G-Dragon World Tour: One of a Kind

    Dari 08:00 PM hingga 11:30 PM

    di Stadium Nasional, Bukit Jalil, Kuala Lumpur

    Find out more...

    23Jun2013

    Showcase Dayang Nurfaizah @ The Venue

    Dari 08:30 PM hingga 10:30 PM

    di The Venue, Pavilion KL

    Find out more...

  • ENTRI TERKINI

    • Muat Turun Aplikasi Rexona Move & Menang iPad Mini
    • Peraduan Jom Menonton Filem MAN OF STEEL™
    • Betul Ke Faizal Tahir Digam oleh Media Prima?
    • Filem Dampak Bakal Ditayangkan Pada 19 September 2013
    • Photos World War Z Live In Sunway Lagoon
    • Peluang Kedua Buat Peserta Ceria Popstar Yang Tersingkir
    • Kemewahan Bali di Nusa Dua Beach Hotel & Spa
    • Ulasan Konsert Mega Bintang Trinity All-Star
    • Tarikan Hotel Naumi Liora di Singapura
    • Review The Magani Tempat Menyenangkan di Bali
  • KALENDAR

    June 2013
    M T W T F S S
    « May    
     12
    3456789
    10111213141516
    17181920212223
    24252627282930
  • SPONSOR

  • BUDIEY

    Budiey Seorang full time blogger, kerap bertwitter & facebook, photographer, videoman, content provider, new media, copy writer, penulis iklan & advertorial. Obses dengan filem seram & thriller.

    Kenali Budiey lebih lanjut di [sini]
  • Social Media

    • Awal Ashaari
    • Fouziah Gous
    • My Facebook Fanpage
    • My Instagram
    • My Jurnal
    • My News & Events
    • My Photo Blog
    • My Twitter
    • My Youtube
    • Pipicomel
  • Home
  • Profile Budiey
  • Sitemap
  • Disclaimer
  • Hubungi Budiey
  • My Merchandise
  • Iklankan Di Sini

© 2007 - 2013 Budiey.com (Sensasi Selebriti)
Budiey.com - Sensasi Selebriti dikendalikan sepenuhnya oleh syarikat Budiey Dot Com Media (001991735-T)
Copyright Budiey Dot Com Media (001991735-T). All rights reserved.