in

Maxis Sambut Raya Bersama Lima Rumah Kebajikan

Bersempena dengan Hari Raya, Maxis Berhad (Maxis) pada hari ini mengeratkan silaturrahim dan berkongsi keceriaan Raya di Rumah Terbuka Amal Hari Raya Aidilfitri bersama dengan para penghuni lima rumah kebajikan di Pusat Konvensyen Kuala Lumpur.

Maxis

[pullquote align=”right”]Maxis menganjurkan rumah terbuka tahunan Hari Raya Aidilfitri bersama dengan lebih 150 penghuni dari lima rumah kebajikan. Maxis menyumbang RM50,000 kepada rumah-rumah kebajikan tersebut dan menyampaikan duit raya kepada para penghuni.[/pullquote]

Majlis tersebut, yang dihoskan oleh Pengerusi Maxis, YM Raja Tan Sri Dato’ Seri Arshad Bin Raja Tun Uda, ahli-ahli pengurusan kanan dan kakitangan Maxis, telah dihadiri oleh lebih 150 penghuni dari Pertubuhan Kebajikan Ibu Tunggal-An-Nur, Pusat Jagaan Insan Istimewa, Trinity Community Children Home, Pusat Jagaan Persatuan Insan Istimewa Cheras Selangor dan Pusat Jagaan Cahaya Kasih Bestari.

Di majlis tersebut, Maxis menyampaikan sejumlah RM50,000 kepada lima rumah kebajikan, dan mengedarkan duit raya kepada setiap penghuni. Para tetamu juga dihidangkan dengan pelbagai masakan istimewa, sementara dihiburkan dengan persembahan perayaan dari kanak-kanak rumah-rumah kebajikan yang hadir. Selepas acara tersebut, Maxis telah menganjurkan satu lawatan khas ke Aquaria KLCC untuk kanak-kanak dari rumah kebajikan, dan diiringi oleh sukarelawan Maxis.

Menurut kata Raja Tan Sri Arshad:

“Maxis sentiasa berusaha untuk mewujudkan impak yang positif kepada semua masyarakat di mana ia beroperasi. Sebagai sebuah warga korporat yang bertanggungjawab, Maxis juga mengambil peluang untuk menghulurkan bantuan kepada golongan yang kurang bernasib baik dari pelbagai lapisan masyarakat, bukan sahaja melalui sumbangan kewangan tetapi melalui penglibatan dengan mereka melalui kerjasama kakitangan Maxis kami sebagai sukarelawan, dengan harapan untuk mengeratkan silaturrahim. Majlis hari ini adalah salah satu cara untuk kami mendekati mereka dan memberikan mereka perhatian dan bantuan yang sewajarnya.”

Sebagai sebahagian daripada sokongan Maxis kepada keperluan masyarakat, Maxis telah memulakan pelbagai inisiatif, termasuk memperkenalkan Program Pengambilan Rumah Sebagai Rumah Angkat (Home Adoption Programme) pada tahun 2012 untuk Independent Living and Training Centre (ILTC) dan Jenjarom Old Folks Home.

Program ini menumpukan usaha dalam menggalakan pengintegrasian dan memperbaiki kehidupan penghuni di rumah kebajikan ini melalui sumbangan wang tunai, dan menyediakan mereka dengan latihan kemahiran asas IT oleh pekerja dan sukarelawan Maxis.

Maxis juga telah menyokong aspirasi negara dalam bidang teknologi, pendidikan dan pembangunan belia melalui program Maxis Cyberkids sejak 10 tahun yang lalu, dengan menawarkan latihan ICT kepada lebih 8,600 pelajar dan guru dari 1,500 sekolah di seluruh negara. Pada tahun 2012, Maxis telah memperluaskan program Cyberkids ke sekolah-sekolah pendidikan khas.

Maxis

Maxis

Maxis

Maxis

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Kopiko Lancar Kopi L.A. Coffee Rendah Asid Baru

K-Pop Star Hunt Season 3