in

Maxis Sambut Pencapaian Olympic Dengan Duta Sukan Maxis

KAKITANGAN MAXIS MENYAMBUT PENCAPAIAN OLIMPIK DENGAN DUTA SUKAN MAXIS

• Maxis adalah penyokong pembangunan negara dan bakat, dan bangga untuk memainkan peranan yang serupa dalam cita-cita negara untuk mencapai kecemerlangan dalam sukan
• Pemenang pingat Olimpik menerima bonus insentif dari Maxis
• Bonus insentif adalah tambahan kepada peranti mudah alih, pakej jalur lebar dan elaun bulanan yang disediakan di bawah program Duta Sukan Maxis

Maxis Berhad (‘Maxis’), peneraju perkhidmatan telekomunikasi bersepadu Malaysia, hari ini memberi penghargaan istimewa kepada dua Duta Sukan Maxis, pemain badminton negara YBhg Dato’ Lee Chong Wei dan penyelam negara Pandelela Rinong, diatas pencapaian mereka dalam memungut pingat di Sukan Olimpik London 2012. Kakitangan Maxis turut serta dalam meraikan pencapaian mereka dengan sesi bergambar dan autograf dengan duta-duta yang diadakan di Menara Maxis hari ini.

Maxis

Program Duta Sukan Maxis telah diperkenalkan pada tahun 2011 dengan harapan dapat memberi inspirasi kepada rakyat Malaysia untuk berusaha mencapai kecemerlangan di peringkat tertinggi. Selaras dengan program ini, Maxis menyediakan setiap Duta dengan peranti mudah alih dengan pakej jalur lebar tanpa wayar, elaun bulanan untuk mengekalkan atau meningkatkan kedudukan dunia mereka, dan bonus insentif khas bagi pemenang pingat Sukan Olimpik London 2012. Di samping itu, Maxis telah menyediakan pakej mudah alih khas untuk Kontinjen Olimpik Malaysia apabila Maxis bekerjasama dengan Majlis Olimpik Malaysia (MOM) sebagai pembekal perkhidmatan mudah alih rasmi mereka di Sukan Olimpik London 2012.

Selaras dengan komitmennya dibawah program Duta Sukan Maxis, Maxis hari ini menyampaikan kedua-dua atlet dengan bonus insentif untuk pencapaian mereka – RM50,000 untuk pingat perak Dato’ Lee dan RM30,000 untuk pingat gangsa Pandelela.

Mengucapkan tahniah kepada kedua-dua atlet, Pengerusi Maxis, YM Raja Tan Sri Dato’ Seri Arshad bin Raja Tun Uda, berkata, “Kami gembira untuk memberi ganjaran kepada Dato’ Lee Chong Wei dan Pandelela Rinong diatas prestasi cemerlang mereka di Sukan Olimpik London 2012, dan membawa pulang pingat perak dan gangsa masing-masing. Mereka telah membanggakan rakyat Malaysia dengan pencapaian yang mengagumkan dan kami gembira kerana mendapat peluang ini untuk menunjukkan penghargaan kami kepada mereka berdua.

“Maxis telah sentiasa menjadi penyokong pembangunan negara dan bakat, dan kami berasa bangga untuk memainkan peranan yang serupa dalam cita-cita negara untuk mencapai kecemerlangan dalam sukan,” tambah Raja Tan Sri Arshad.

Selain daripada pemenang pingat Olimpik tahun ini, atlet lain di bawah program ini termasuk wira-wira badminton negara Tan Boon Heong dan Koo Kien Keat; pemain skuasy Azlan Iskandar; penunggang basikal Azizulhasni Awang; penyelam Leong Mun Yee, serta pemain bola sepak negara Khairul Fahmi Chemat dan Safiq Rahim.

Maxis

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Color In Our Daily Lives – Why Do We Actually Like Different?

Kad Debit EASY-SMART Ternyata Menguntungkan