in

Maxis Plan VS ‘Pesaing’ Plan: Mana Lebih Baik?

Dulu, masa mula-mula iPhone keluar di pasaran Malaysia, Maxis adalah pelopor yang menyediakan pakej plan kepada pelanggan. Ramai yang berebut-rebut untuk mendapatkan iPhone. Masing-masing tak mahu lepas untuk menjadi pengguna pertama untuk menikmati keistimewaan gadget mewah ini.

Siapa tak nak guna iPhone, semua orang masa tu happy dengan ‘featured’ iPhone yang serba canggih. Tapi untuk nikmati semua tu, nak tak nak, kenalah melanggan Plan daripada Maxis. Barulah dapat menikmati internet tanpa had di mana sahaja kita berada.

Budiey juga tak lepas peluang untuk mendapatkannya di Maxis. Nak jugak! Sampai sekarang, memang Budiey berpuas hati dengan Plan dari Maxis.

Akan tetapi, kini, Maxis dah ada persaingan. Budiey tak nak sebut ‘jenama’ tapi Budiey kira semua pembaca sedia maklum tentang kewujudan ‘Pesaing’ ni.

Dalam pada itu, ramai pembaca yang bertanyakan kepada Budiey, pakej plan manakah yang lebih baik. Ternyata, ramai yang masih keliru, pakej plan mana yang lebih menguntungkan?

Okay, jawapan yang Budiey boleh berikan kepada yang bertanya, sudah tentu plan iPhone dari Maxis. Ia masih lagi menjadi yang terbaik setakat ini.

Banyak sebab mengapa Budiey berkata demikian. Antaranya:

  1. Maxis memberikan lebih masa berbanding dengan Pesaing yang memberikan lebih data iaitu 1GB ke atas. Di mana pengguna iPhone boleh menggunakan lebih kurang 200MB untuk setiap bulan. Tambahan pula, masa untuk Maxis berharga RM20 bergantung kepada plan yang kita ambil.
  2. Dari segi kontrak pula Maxis memberikan anda lebih flexibility iaitu kontrak selama 12 bulan atau 24 bulan. Akan tetapi Pesaing hanya memberikan anda kontrak selama 24 bulan sahaja.
  3. Maxis memberikan anda lebih liputan yang meluas– hampir 100% HSPA + dengan coverage di Lembah Klang dan Penang. Lebih liputan lagi dalam bandar utama contohnya, Penang, Ipoh dan Johor Bahru. Jadi, kenapa masih lagi terikat dengan 24 bulan untuk network yang sangat terhad. Berbanding dengan liputan 3G yang tawarkan oleh Pesaing. Bagi Budiey, kalau anda ada iPhone 3GS tanpa jaringan 3G akan jadi sia-sia, kalau kita sebagai pengguna tidak dapat menggunakan jaringan itu sepenuhnya, betul tak?
  4. Pakej Maxis lebih mampu dimiliki oleh semua. Bandingkan kalau anda mengambil pakej dari Pesaing yang mengenakan bayaran sebanyak RM106 (rate plan + iPhone) dan sekiranya anda ambil dengan Maxis sebanyak RM80 untuk iPhone sahaja. Lagi pun bayaran RM106 itu sebenarnya EPP 12 bulan + 24 bulan. Ini bermakna, selepas anda habiskan kontrak selama 2 tahun bersama Pesaing ni, anda masih perlu bayar untuk iPhone tu bagi 12 bulan. The monthly commitment fee is NOT covered. Jadi, fikir dulu sebelum mengambil plan ya.
  5. Pelanggan Maxis dapat lebih nilai dan menjimatkan untuk buat panggilan tempatan dan SMS bersama dengan keluarga. Sungguh menjimatkan.

Budiey rasa sekarang ramai yang keliru nak pilih yang mana satu. Tapi perbandingan Budiey buat ini berdasarkan pemerhatian peribadi dan buat sedikit perbezaan. Selebihnya, terpulang pada pembaca.

Sebenarnya, kita kena tahu Pesaing tidak menawarkan data sahaja sebagai tambahan untuk postpaid voice account. Dan Pesaing juga tidak menawarkan iPhone untuk outright purchases.

Jadi, sebelum memilih plan yang mana lebih baik, berfikirlah dulu sejenak.

Untuk lebih murah dan menjimatkan, Budiey akan pilih Plan dari Maxis.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sekitar Pelancaran Projek Alpha Musim Kedua

RTM SEMARAK SAMBUTAN DAN VAISAKHI