in ,

Maxis Lancar Pra Bayar Baru BAGUS

Semalam, Maxis telah pun memperkenalkan pelan pra-bayar baru mereka kepada semua pelanggan yang dinamakan Hotlink Bagus, menawarkan kadar panggilan dan SMS yang rendah, di samping beberapa kemaskini harga dan tawaran untuk para pengguna pra-bayar Maxis.

Melalui pakej yang ditawarkan oleh Hotlink Bagus, ia membolehkan para pengguna menikmati panggilan pada harga serendah 12 sen seminit, 1 sen SMS, penggunaan data pada kadar hanya RM2 untuk 100MB sehari, dan penjimatan untuk panggilan ke luar negara.

Untuk sebahagian pengguna, seperti pengguna Maxis Youth Club dan sebagainya, harga tersebut mungkin tidak nampak jauh beza. Namun, dari segi pelan data yang diperkenalkan oleh Maxis, ianya membawakan beza harga yang jauh berbanding sebelum ini.

Pelan Maxis Bagus ini boleh digunakan oleh para pengguna sedia ada Hotlink dengan mendail *108*21#, dan akan dikenakan caj pemindahan pelan sebanyak RM1, manakala para pengguna baru, boleh mendapatkan pakej SIM Hotlink Bagus daripada kedai telekomunikasi berdekatan mereka.

hotlink-bagus-02

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Senarai 20 Jutawan Paling Kaya di Malaysia

Chris Brown To Release Fortune