in

Maxis Lancar Plan Baru Internet Percuma Hotlink

Pada pagi tadi, Budiey dijemput untuk menghadiri Majlis Pelancaran Plan Terbaru Hotlink di mana Maxis telah memperkenalkan pelan prabayar terbaru kepada pelanggan setia Hotlink. Plan baru ini hadir dengan akses internet asas secara PERCUMA, membolehkan pengguna mengakses internet menggunakan sebarang aplikasi dan juga pelayar web dengan kadar kelajuan 64Kbps.

Mudah, sentiasa terhubung, tanpa risau. Ini adalah antara faedah-faedah yang ditawarkan oleh #Hotlink, pelan prabayar inovatif yang terbaru dari Maxis Berhad (Maxis). Ia adalah pelan prabayar yang pertama dan seumpamanya di Malaysia yang menawarkan pelanggan internet asas percuma yang berterusan, dan membolehkan mereka menikmati pengalaman internet yang benar-benar tanpa risau, bila-bila masa dan di mana sahaja.

Photo 2

[pullquote align=”right”]Maxis Melancarkan #Hotlink, Pelan Prabayar Pertama Di Malaysia Yang Akan Sentiasa Menghubungkan Anda[/pullquote]

Bonus tambah nilai dan lebih ganjaran

Pelanggan hanya perlu membeli dan mengaktifkan pelan #Hotlink yang ditawarkan bersama pra-muat kredit, dan mereka akan disambung dengan serta-merta. Bagi mereka yang mahu mengalami potensi sepenuh rangkaian data terbaik di negara, kos internet berkelajuan tinggi adalah hanya RM1 sehari atau RM30 sebulan untuk data sebanyak1GB.

Dushyan Vaithiyanathan, Ketua Perniagaan Pengguna Maxis, berkata,

“Dalam persekitaran internet mudah alih hari ini, sambungan berterusan bukan lagi satu kemewahan tetapi satu keperluan. Dengan #Hotlink, pada asasnya kami menawarkan satu pengalaman dimana pelanggan ‘sentiasa terhubung’. Ia adalah satu pelan yang mudah dan fleksibel yang relevan kepada keperluan masyarakat prabayar kami.

“Pelan ini merupakan satu kategori baru penggunaan internet mudah alih, yang menghapuskan halangan kemasukan yang tinggi kerana tiada caj setiap kali penggunaan (pay-per-use charges). Oleh itu, kami amat teruja dengan prospek #Hotlink kerana ia merupakan produk yang sesuai bagi meluaskan akses kepada internet.”

Dengan #Hotlink, pelanggan juga boleh membuat panggilan atau SMS pada satu kadar rata rendah ke SEMUA rangkaian, dan mendapat ganjaran dengan masa bercakap percuma serta bonus tambah nilai termasuk kredit percuma.

Faedah-faedah #Hotlink

Pada hanya RM8.80, #Hotlink ditawarkan dengan dengan pra-muat kredit sebanyak RM5, dan menawarkan pelanggan faedah-faedah berikut:

  1. • Internet asas percuma pada 64Kbps, selagi pelan prabayar pelanggan kekal aktif. Beberapa contoh aplikasi yang pelanggan boleh nikmati dengan internet asas termasuk Whatsapp, Line, WeChat, Facebook, Twitter serta laman web yang tidak data intensif.
  2. • Kadar rata rendah sebanyak 12 sen setiap 30 saat untuk panggilan suara dan 7 sen untuk SMS ke SEMUA rangkaian.
  3. • Internet berkelajuan tinggi untuk hanya RM1 sehari (1GB sebulan untuk RM30) pada rangkaian data terbaik di negara.
  4. • Sehingga 8% kredit percuma sekali setiap 2 bulan berdasarkan tambah nilai terkumpul pelanggan.
  5. • Kadar IDD terendah dengan IDD132 ke 10 negara teratas

Untuk mendapatkan pelan baru #Hotlink, pelanggan hanya perlu melawat Peniaga Hotlink terdekat atau Pusat Maxis. Pelanggan sedia ada Hotlink yang ingin menaik taraf ke pelan baru #Hotlink perlu mendail *108*25 # dari telefon mudah alih mereka. Untuk mengetahui lebih lanjut mengenai #Hotlink, sila lawati http://www.hotlink.com.my

Photo 1

#LiveUpdate : Kalau mcm ni la #Hotlink offer, Budiey nak tukar dr postpaid to prepaid lah. Siapa tak nak free internet? Unlimited lagi? Top up bonus lagi?

Budiey dah tukar ke #Hotlink #New #plan Rasa-rasa boleh jimat tak kalau guna preapid ni? Lets try dulu, tgk camna #HotlinkPlan

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Pelawak Jambu Jadi Pengacara Program Lat-Tali-Lat

Almy Nadia & Fizz Fairuz Kembali Bercinta