in

Maxis Lancar MAXIS CENTRE Terbaru Di KLIA

Maxis Melancarkan Pusat Terbaru Di KLIA

  • Pusat Maxis terbaru di KLIA direka untuk memenuhi keperluan pelbagai pelancong domestik dan antarabangsa serta warga pekerja di KLIA
  • Pelanggan akan mempunyai akses kepada pelbagai produk dan perkhidmatan mudah alih termasuk peranti, tambah nilai, perkhidmatan data, IDD (Panggilan Terus Antarbangsa) Perantauan dan pembayaran bil 24-jam

Peneraju perkhidmatan komunikasi bersepadu Malaysia, Maxis Berhad (Maxis), telah melancarkan Pusat Maxis terbaru di Kuala Lumpur International Airport (KLIA) hari ini.

Maxis Lancar MAXIS CENTRE Terbaru Di KLIA

Terletak di Dewan Berlepas KLIA, pusat Maxis yang baru ini menawarkan pelbagai produk dan perkhidmatan yang akan memenuhi keperluan pelbagai pelancong domestik dan antarabangsa di KLIA, kira-kira 25,000 kakitangan dari kedua-dua industri aeronautik dan bukan aeronautik dalam KLIA, pelancong, serta perbandaran berdekatan di Sepang, Nilai dan Cyberjaya.

Pelanggan Pusat Maxis KLIA akan menikmati pelbagai perkhidmatan seperti mengaktifkan IDD (Panggilan Terus Antarbangsa) perantauan, perkhidmatan data, tetapan telefon, tambah nilai, atau melaksanakan apa-apa pembelian pada saat-saat terakhir atau mendapatkan perkhidmatan tambah nilai sebelum penerbangan mereka.

Pengerusi Maxis, YM Raja Tan Sri Arshad Raja Tun Uda berkata, “Maxis amat bangga untuk berada di sebuah lokasi yang sangat strategik di KLIA, salah satu hab penerbangan utama di Asia Tenggara yang begitu ikonik. Dengan Pusat baru kami, kami mempunyai peluang untuk berkhidmat kepada pelanggan dari pelbagai segmen, sama ada mereka adalah pelancong yang baru sahaja tiba atau yang akan keluar dari Malaysia, keluarga dan rakan-rakan mereka, dan yang penting, warga pekerja di KLIA. Kami berharap dapat melengkapi wawasan KLIA dalam menyediakan perkhidmatan bertaraf dunia dan melebihi jangkaan pelanggan.

“Pusat Maxis kami di KLIA telah direka untuk memenuhi keperluan mereka dengan menyediakan perkhidmatan mudah alih bagi mereka yang dalam perjalanan, seperti pakej perantauan, peranti dan juga pembayaran bil di kiosk 24-jam. Melalui pusat ini, pelanggan kini mempunyai saluran yang boleh diakses untuk perkhidmatan bersepadu yang akan membolehkan mereka mempunyai ketenangan fikiran untuk sentiasa berhubung pada bila-bila masa, di mana-mana sahaja,” tambah Tan Sri Arshad.

Dalam merasmikan pelancaran tersebut, YM Raja Tan Sri Arshad telah diiringi oleh Pengarah Urusan Malaysia Airports Holdings Berhad, YBhg Tan Sri Bashir Ahmad Abdul Majid, dan Ketua Pegawai Operasi Bersama Maxis, Suren J Amarasekera.

“Pelancaran Pusat Maxis KLIA adalah hasil kerja keras kedua-dua pihak, dan menunjukkan perkongsian dalam membawa perkhidmatan bertaraf dunia kepada 35 juta purata penumpang tahunan di KLIA. Kami adalah hab penerbangan antarabangsa di rantau ini yang bereputasi dan menawarkan hanya yang terbaik dalam produk dan perkhidmatan untuk penumpang dan pengunjung. Begitu juga, sebagai peneraju perkhidmatan komunikasi bersepadu di negara ini, Maxis mempunyai rekod prestasi yang terbukti dalam menyampaikan pengalaman yang memperkayakan kepada pelanggan di peringkat tertinggi. Kerjasama kami, oleh itu, adalah satu perkongsian yang cukup baik,” Tan Sri Bashir berkata.

Maxis mempunyai rangkaian pengedaran yang terbesar di negara ini, dengan lebih 21,000 titik sentuh di seluruh negara yang termasuk 583 kedai Rakan Eksklusif Maxis dan Peniaga Eksklusif Hotlink yang bersedia berkhidmat untuk pasaran.

Maxis Lancar MAXIS CENTRE Terbaru Di KLIA

Maxis Lancar MAXIS CENTRE Terbaru Di KLIA

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Astro Lancar Astro Byond VOD

Filem 29 Februari Lakar Sejarah Tersendiri