Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Maxis Derma RM120,000 Kepada Yayasan Nurjiwa



MAXIS DERMA RM120,000 KEPADA YAYASAN NURJIWA 
Pelanggan Maxis dan Hotlink dihiburkan oleh Dato’ Siti Nurhaliza di Malam Gala Maxis
 

Maxis Communications Berhad (‘Maxis’) telah mendermakan hasil kutipan Malam Gala Maxis konsert oleh Dato’ Siti Nurhaliza kepada Yayasan Nurjiwa, sebuah pertubuhan amal yang ditubuhkan oleh penyanyi itu dan suaminya. Hasil kutipan mencecah RM120,000. Rossana Rashidi, Ketua Pegawai Kewangan Maxis telah menyerahkan sumbangan tersebut kepada Dato’ Siti di satu majlis ringkas yang diadakan selepas konsert itu. 

Rossana Rashidi berkata, “Maxis sentiasa memegang komitmennya untuk menyumbang kepada masyarakat setempat. Malam ini, kami berbangga mendermakan semua hasil kutipan daripada malam gala Maxis kepada tujuan amal yang akan membantu kanak-kanak kurang bernasib baik dan mangsa bencana. Sebagai tambahan, kami juga dengan senang hati membawa kepada pelanggan setia Maxis persembahan berkualiti artis tekemuka Malaysia.”  

Maxis telah menghiburkan lebih 1,400 pelanggan Hotlink dan Maxis dengan “Konsert Eksklusif Satu” Dato’ Siti sebagai sebahagian daripada malam gala Maxis. “Konsert Eksklusif Satu”, diinspirasikan oleh seruan Perdana Menteri, YAB Dato’ Seri Mohd Najib Tun Abdul Razak untuk rakyat bersatu padu. Lebih 130 pelanggan Maxis bertuah (dan pasangan) telah memenangi tiket konsert premium bagi menonton persembahan secara langsung diva popular Malaysia itu. Mereka sama ada telah menjawab soalah trivia SMS dengan betul; memuat turun nada dering pemanggil Dato’ Siti atau menebus mata ganjaran Hotlink untuk tiket konsert. Sebagai tambahan, pelanggan lain juga menikmati diskaun istimewa 20% ke atas tiket. Tiket-tiket telah habis dalam beberapa hari pengumuman malam gala. 

Dato’ Siti Nurhaliza telah mempersembahkan lebih 30 lagu hitnya sepanjang konsert dua jam itu, termasuk lagu popular seperti Di Taman Teman, Cahaya Cinta, Hati, Pada Cintanya dan Ku Mahu. Tema konsert berkisar turun dan naik Dato’ Siti setelah lebih satu dekad nyanyian dan meliputi perjalanannya ke puncak. Kira-kira 25 penari dan 20 pemuzik telah mengiringi Dato’ Siti sepanjang persembahan itu. 

Berbeza dengan malam biasa, malam Gala Maxis telah dibuka dengan persembahan bertenaga dari Aizat. Bintang kelahiran Akademi Fantasia ini telah membawa lagu 4 buah lagu. Satu lagu tribute kepada Bintang Pop yang telah meninggal dunia pada hari Khamis lalu dan sebuah lagu tribute buat Bintang Pop Malaysia, Dato’ Siti Nurhaliza berjudul Bagaikan Permata.

Sehubungan dengan konsert itu, Maxis menawarkan pakej nada dering pemanggil Dato’ Siti pada kadar RM5 sebulan. Pakej itu termasuk tiga lagu paling popular Dato’ Siti. Bagi memuat turun nada dering pemanggil, pelanggan hanya perlu mendail *131*<kod># atau melawat laman web Hotlink di www.hotlink.com.my. Setiap nada dering pemanggil berharga RM3. (sila rujuk Lampiran 2 untuk senarai kandungan). 

Maxis seringkali membawa hiburan bertaraf dunia sebagai ganjaran kepada pelanggan. Dalam hiburan, Maxis sebelum ini telah membawa artis-artis terkemuka seperti Gwen Stefani, sensasi pop Korea Rain, Sean Kingston, Pussycat Dolls, Fort Minor, dan kumpulan Black Eyed Peas. Ia juga telah membawa masuk artis terkenal China seperti David Tao, Eason Chan, Leo Ku, Miriam Yeung, S.H.E, Jay Chou, Z Chen dan A Mei.

Dalam sukan, kejohanan Maxis Team Golf Tour yang baru dilancarkan kini berada dalam tahunnya yang kesembilan berturut-turut. Ia merupakan pertandingan golf amatur paling berprestij di negara ini. Kejohanan itu telah membawa ahli-ahli Maxis One Club ke padang golf terbaik di negara seperti Mauritius, Australia, China, Thailand, Indonesia dan Malaysia.

Gambar masa Siti nyanyi lagu opening… more picture after this. Tunggu~!

Tags: , ,

Tags: ,

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Malam Cipta Ekpres 2008, Yayasan Nurjiwa, Siti Nurhaliza & Barisan Nasional
  • Konsert SATU Siti Nurhaliza: Pelanggan Maxis & Hotlink Dapat Potongan 20%
  • KEMPEN DERMA DARAH DAN PAMERAN PENDIDIKAN KESIHATAN ANJURAN MASJID NEGARA
  • Gambar Siti Nurhaliza di DCHL Charity Event
  • Pelancaran Istimewa Kad Amal Awal Ashaari Yayasan Nur
  • Kempen Derma Darah Dan Pameran Pendidikan Kesihatan
  • Maxis to Bring iPhone 3GS to Malaysia on 31 July
  • Gambar Dato’ Siti Nurhaliza di Sidang Media Konsert SATU
  • Dato Siti Nurhaliza Cari Dana Untuk Konsert di Istana Budaya
  • Gambar Pameran Baju Dato’ Siti Nurhaliza di Lobi Istana Budaya



    • marissa

      cant wait to see the photos and ulasan. laju laaaa encik budiey :D

    • sxony

      jzt nk tnya…
      ct pki tdg ke gmbo 1st tu ???
      nwayz budiey lju la update…
      nk taw psl kons ct tu !!!

    • sitikus

      salam budiey…

      alamak gambo yang 1st tuh Siti tak pakai tudung ke? atau lebih manis dia tak sangkut tudung ke? mula2 tengok gambo tuh mcm pelik sikit dua kali tengok baru perasan dia tak pakai tudung…

      tertinggal tudung kot Siti kita neh…. hehehehe…

    • aku

      sitikus….. siti pakai la…. lenkali xtau jgn memfitnah… kan dh tambah dosa….. kan budiey > kan ??

    • http://justpicked.blogspot.com aimi

      eeeeeeeeee, siti ni kenape? pakai tudung ke x? lempang kang..

    • zaszas

      ..salam budiey..nak tumpang komen sat..kepada yg bertanya..kak siti xtinggal tudung semalam..masih dipakai..mungkin selepas ni budiey boleh tunjukkan gambar² kak siti sewaktu konsert..saya pegi semalam..seat saya dibahagian depan..nampak jelas siti menutupi kepalanya dengan skaf..

    • alone

      a’ah la..gambar 1 tu mcm siti x pakai tudung la..kenape yer?

    • kikikuku

      siyes ke 1st pica 2 ct xtutup kepale nye??ayoooo

    • aku

      ye la… takkan la siti nurhaliza berani nk bukak tudung.. mahu korg2 ni sume kecoh satu malaysia…. padahal bukn korg nya hal pun….

    • zaszas

      aih..tak payah susah-susah pening kepala..KAK CT TAK BUKAK TUDUNG LAAA..cuba tgk gambar kak ct yang kedua tu..pastu korang tukar skaf dia kaler hitam…jadilaa macam xpakai tudung..

    • fiza

      yg dia pakai selama nie tu panggil TUDUNG ke? plz la

    • eyasmina

      yup tul tu….slama ni yg ct pakai tu tudung ke…?
      klau tul2 tu tudung mesti tukang2 jual kain kat masjid india tu
      dah letak name tudung ct nurhaliza…cam waheeda n ekin….
      yg ak tgok style tudung ct ni x ubah cam sister kat dlm gereja….

    • kikikuku

      diamla ko fiza!!! menyebokkk

    • LV_love

      sedihnye tak dpt tgk konsert siti!! baru nk beli tp sume dah sold out! cpt gile tiket abis.. harap budiey cpt la post video, pic or ulasan ttg konsert satu siti ni.. dgr khbr jalan jam teruk kat area istana budaya. tu huhu..

    • hype

      haih siti..tak pakai tudung dah? malu la skit.. Hilang respect kat siti.

    • kikikuku

      1st pica 2 ct pakai skarf la..adoyai2..black skarf , so nmpk la dr jauh mcm rambut..xpe..we see next entry budiey bout ct concert ok..upload byk2 kit pica kasik depa sume dok mengate mekti kite nie yerr

    • zaa_ikram

      ehmm…org islm skrg mkin pelik2…isk3

    • http://afiq-serenity.blogspot.com/ afiq

      yang mengeji kt atas2 nih baik sgt ker……

    • KK

      dia pakai tuh… cuma kainya dibelit belit… ku dtang hari sabtu tuh.. hehe

    • kikikuku

      betul2..sokong afiq

    • cik embun

      ermm…dia pakai selendang ke? tp mcm x pakai… sbb kat hmetro arini, (http://www.hmetro.com.my/Monday/Rap/20090629083301/mainpix) dia pakai selendang camni… ke masa acara sumbangan maxis tu dia buang selendangnya? huhuhu

    • DI

      Ct pakai sikit je..tgk gambar kat bharian ari nie..baju yg sama..dia pakai kebelakang sikit..nmpk rambut je bnyk..mula2 tgk ingat x pakai gat..tp tgk bharian ari nie.. dia pakai sikit je lah(tutup sikit rambut)..mmmm..nape lah jadi mcm tu ek..kan tutup depan sikit lagi kan bagus lah sikit…entahlah, suka ati lah ct …sdiri tanggung..tp bab vokal n lagu tetap the best!!! tu yg ct masih dihatiku..hi2 smoga dia akan pakai tudung dgn sempurna..doakan je lah…

    • tin tin

      aku rs 1st pic, tdung ct jtuh kot coz cube tgk pic kt RAP harian metro ari ni (29.6.2009), baju same jer… asalnye dia ‘sangkutla’ tudung dia tu…may b time ni tudung dia dh jatuh kot….wateva la ct…

    • Ntahla..

      ala..x usahla gaduh2 pasal tudung CT ni..tp tahniah kpd Maxis d atas sumbangan kpd yg memerlukan..sesekali beramal utk kebaikan…

    • kikikuku

      bile nk update pictures mekti konsert ni budiey???lambat nyeeee

    • Nen

      Siti memang belum bersedia untuk pakai tudung. Tak per lah… keputusan itu antara dia dgn Allah. Dia cover rambut dia pun setakat tak nak lukakan hati peminat… which is wrong. Dah Hajah, dah pergi umrah banyak kali…. tapi bukan Siti sorang yang tak bertudung, ramai pun. Instead, mcm Wardina, low profile… tak hajah pun tetap cantik bertudung kerana Allah.

    • RAHMAH BT MD SHAH

      ASALAMUALAIKUM SELAMAT SEJAHTERA KEPADA DATO SITI NURHALIZA DAN SUAMI TERCINTA DATO K..SEPANJANG PEGLIBATAN DATO SITI DALAM DUNIA SENI AMAT MEMBANGGAKAN..SAYA CUMA DISINI MAHU MEMINTA BANTUAN YANG TAK SEBERAPA..SAYA RAHMAH BT MD SHAH DARI BANGI..SAYA SEORANG IBU TUNGAL..SAYA MENJAHIT BAJU DAN MEMPUNYAI KEDAI.SAYA BERHARAP DATO BERDUA DAPAT MMBANTU SAYA SEIKLAS YANG MUNGKIN..SEKIAN TERIMA KASIH.



































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK