• Home
  • Berita
  • Foto Artis
  • Filem
    • Sinopsis
  • Drama
  • Gossip
  • Hubungi Budiey

Sensasi Selebriti

Berita Hiburan Malaysia, Gambar Selebriti Terbaru, Gossip Artis, Filem, Muzik, Video & Teater

  • Events
    • Anugerah Bintang Popular
    • Anugerah Blockbuster
    • Anugerah Emmy
    • Anugerah Grammy
    • Anugerah Industri Muzik
    • Anugerah Juara Lagu
    • Anugerah Oscar
    • Anugerah Planet Muzik
    • Anugerah Seri Angkasa
    • Anugerah Shout!
    • Festival Filem Malaysia
    • Festival Muzik KL
  • TV
    • Astro
    • TV1
    • TV1
    • TV2
    • TV3
    • TV9
    • 8TV
    • NTV7
    • TV Al-Hijrah
  • Radio
    • Suria FM
    • Hot FM
  • Album
  • Fesyen
  • Teater
  • Travel
  • Gadget
  • Peraduan
  • Advertorial
  • K-Pop

Maxis Buka Tirai 2013 Lancar Servis 4G LTE Pertama di Malaysia

0
  • by Budiey
  • in Gadget · Maxis
  • — 1 Jan, 2013

MAXIS YANG PERTAMA MELANCARKAN PERKHIDMATAN 4G LTE

Maxis Berhad (Maxis), peneraju penyedia perkhidmatan komunikasi bersepadu Malaysia, membuka tirai tahun 2013 dengan satu lagi pencapaian yang membanggakan dengan pelancaran perkhidmatan 4G LTE.

Maxis, syarikat telekomunikasi pertama menyambungkan pelanggannya untuk perkhidmatan 4G LTE

Sentiasa di hadapan dengan teknologi terbaru, Maxis dengan sukacitanya mengumumkan bahawa perkhidmatan 4G LTE, yang disalurkan melalui rangkaian 4G “sebenar” pertama di Malaysia, kini boleh didapati di beberapa kawasan di Lembah Klang termasuk Taman Tun Dr Ismail, Damansara Utama, Desa Sri Hartamas, Bandar Puchong Jaya, Bandar Sunway dan Cyberjaya berikutan pelancaran tengah malam pada 1 Januari 2013.

Pelanggan bakal menikmati kelajuan sehingga 75Mbps, dengan kelajuan biasa purata 10 hingga 30Mbps dengan rangkaian 4G LTE Maxis. Perkhidmatan 4G LTE Maxis ini akan disediakan di kawasan-kawasan lain tidak lama lagi.

Ketua Pegawai Eksekutif Maxis, Sandip Das, berkata,

“Ini merupakan satu pencapaian penting dalam perjalanan Maxis sebagai penyedia perkhidmatan komunikasi bersepadu. 4G LTE beroperasi pada kelajuan muat turun 5 hingga 10 kali lebih cepat daripada 3G dan akan membolehkan serta mengekalkan satu pengalaman yang lancar bagi kandungan yang kaya merentasi kedua-dua platform rangkaian tetap dan wayarles berkelajuan tinggi kami di negara ini.

Dengan 4G LTE Maxis, pelanggan akan mengalami pengalaman internet yang kaya dengan kelajuan muat turun yang lebih besar, aliran video HD licin, permainan tanpa lag serta kepuasan dalam talian yang lebih baik. Khususnya untuk kediaman dan perniagaan, 4G LTE Maxis akan memberikan akses internet paling pantas di luar liputan jalur lebar gentian. Bagaimanapun, ini bukan tentang kelajuan semata-mata.

Maxis, dengan perkongsian teguh kami dengan pengilang peranti utama dan pemain kandungan, mempunyai kedudukan yang baik untuk menyediakan pelanggan faedah sebenar keupayaan 4G LTE. Sebagai sebuah syarikat yang telah banyak kali menjadi membawa perkhidmatan telekomunikasi pertama, Maxis akan membawa pelanggan-pelanggan kami perkhidmatan 4G LTE terbaru dan paling inovatif.

Malah, Maxis sudah pun mempunyai ekosistem di luar perkhidmatan telekom yang kaya, dari gerbang pembayaran, sistem bil, hiburan dan pendidikan yang akan berkembang untuk memanfaatkan teknologi 4G LTE, menyambut keperluan untuk sejumlah besar maklumat untuk bergerak merentasi ruang dalam masa begitu singkat, justeru mewujudkan kerjasama jenis baru dan nilai pelanggan.”

Pelanggan di kawasan liputan 4G LTE yang mahu menjadi antara yang pertama untuk mengalami perkhidmatan 4G LTE kini boleh berjalan masuk ke Maxis Pusat di KLCC dan Taman Tun Dr Ismail semasa waktu operasi biasa untuk mendaftar untuk perkhidmatan ini. Pelanggan boleh melanggan kepada mana-mana pakej jalur lebar bulanan Wireless dari RM88. Tidak lama lagi, peranti lain, termasuk telefon pintar dan tablet juga akan dapat manfaat daripada kelajuan yang ditawarkan oleh rangkaian 4G LTE.

Pelanggan bakal menikmati kelajuan internet yang tinggi sehingga kepada 75 Mbps, dengan kelajuan biasa purata 10 hingga 30 Mbps

Maxis adalah telco yang pertama di Malaysia yang menyempurnakan ujian yang meluas untuk 4G LTE. Syarikat telah mengadakan ujian 4G LTE selama 2 tahun dan menjalankan kerjasama ujian 4G LTE yang meluas dalam persekitaran rangkaian langsung menggunakan peranti komersil, lantas mendapat pembelajaran yang besar dalam perancangan reka bentuk, dan pengoptimuman rangkaian 4G LTE. Pengalaman yang diperolehi daripada ujian bidang yang luas ini pasti menyumbang ke arah memastikan bahawa pelanggan boleh menikmati pengalaman jalur lebar yang lancar dipacu oleh rangkaian terluas dan terpantas di Malaysia di mana sahaja mereka berada.

Perkhidmatan 4G LTE Maxis kini boleh didapati di Taman Tun Dr Ismail, Damansara Utama, Desa Sri Hartamas, Bandar Puchong Jaya, Bandar Sunway dan Cyberjaya

Evolusi Jangka Panjang (Long Term Evolution – LTE), juga dikenali sebagai 4G LTE, adalah satu standard untuk komunikasi wayarles data kelajuan tinggi. LTE adalah rangkaian generasi akan datang di luar 3G, dengan kapasiti yang lebih tinggi dan kelajuan wayarles untuk memenuhi permintaan untuk sambungan kelajuan tinggi, dan keupayaan untuk memuat naik dan memuat turun fail-fail data yang besar. LTE adalah yang paling cepat, dan lebih penting lagi, satu-satunya standard 4G global yang memastikan bahawa ekosistem yang kaya jalur lebar, mudah alih dan peranti tablet boleh didapati.

Komen via Facebook

Komen

Share

Tags: 4G LTEmaxisMaxis Lancar Servis 4G LTEPertama di MalaysiaTirai 2013

— Budiey

Seorang penulis blog hiburan & gaya hidup sepenuh masa, Photo Journalist, kerap bertwitter & facebook, videoman, new social media, copy writer, penulis iklan & advertorial, content provider & househusband. Obses dengan filem seram & thriller.

  • Previous story Filem Laga Gabung Pelakon Otai Berkarisma & Pelakon Muda Berwibawa
  • Next story Pelakon Seksi Filem Anak Pontianak Ditahan Polis Miliki Dadah

ENTRI BERKAITAN

  • Maxis Lancar Hotlink Edisi Social Untuk Peminat Media Sosial 18 Apr, 2013
  • Maxis Lancar Perkhidmatan E-Buku Pertama Di Malaysia 24 Apr, 2012
  • P1’s 4G Broadband Officially Serves Sabah 17 Sep, 2012
  • U Mobile Excites With The New Samsung Galaxy Note II 28 Nov, 2012

Leave a Reply Cancel reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

*

*

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>

  • KONSERT MEGA BINTANG

    RadiGlow

    KONSERT MEGA BINTANG

    Tempat: Resort World Convention Centre, Singapura

    Tarikh: 8 Jun 2013 (Sabtu)

    Masa: 8 malam

    Info Tiket: www.sistic.com.sg atau hubungi +65 6348 5555

    Budiey.com Sebagai Blog Rasmi Konsert Mega Bintang

  • SEARCH

  • TERKINI

    • Mencari Ramli Kini Mencari Jaguh Bolasepak Paling Hebat
    • Gambar Zo In Sung Kongsi Makan Cotton Candy Dengan Peminat Setia
    • Gambar Zo In Sung di Temubual Bersama Media Malaysia
    • Zo In Sung Tak Sangka Ada Ramai Peminat di Malaysia
    • Sinopsis Telemovie Dewi Suria Arahan Zul Huzaimy
    • Zo In Sung of ONE HD Drama That Winter The Wind Blows
    • Gambar Sekitar Pengumuman Zizan Razak Sebagai Duta MAMEE Chef
    • Peraduan Menangi Tiket Konsert Mega Bintang
    • Betul Ke Alyah Akan Kahwin Dengan Ramli MS?
    • Synopsis That Winter The Wind Blows
  • IKLAN

  • DAPATKAN RADIGLOW UNTUK KESIHATAN

    RadiGlow
  • KONSERT

    • Recent Posts
    • Most Popular
    • Comments
    • Tags
    • konsert-mega-bintangPeraduan Menangi Tiket Konsert Mega BintangTuesday, May 21, 2013
    • anuar-dayangGambar Anuar Zain & Dayang Nurfaizah di Serai KL Centre Kuala LumpurWednesday, May 15, 2013
    • cnblue-konsertTiket Konsert CNBLUE Mula Dijual Hari Sabtu IniWednesday, May 15, 2013
    • najwa-latifNajwa Latif Bakal Meriahkan Festival Kenyir 2013Monday, May 13, 2013
    • Idola Kecil Musim KeduaThursday, October 29, 2009
    • Gambar Sekitar Hari Jadi Erin Malek ke 14 di Red Box Plus, PavilionMonday, July 28, 2008
    • TV3 Kids Voice Out School AttackSaturday, October 25, 2008
    • Filem Congkak Arahan Pierre Andre : Gambar PelakonTuesday, June 19, 2007
    • aku je on:Kiriman SMS Dari Ibu Afiq Muiz Jahanam La Kau
    • aku je on:Kiriman SMS Dari Ibu Afiq Muiz Jahanam La Kau
    • aku je on:Kiriman SMS Dari Ibu Afiq Muiz Jahanam La Kau
    • aku je on:Kiriman SMS Dari Ibu Afiq Muiz Jahanam La Kau
    • 8TV Advertorial AirAsia Akademi Fantasia Anugerah Bintang Popular Astro Berita Bernama Blog Budiey Drama Erra Fazira Events Fasha Sandha Fesyen Filem Foto Artis Gambar Gathering Gossip Hollywood Konsert kuala lumpur Lirik Liyana Jasmay mampu Mawi NTV7 penyanyi Peraduan persembahan radio televisyen malaysia radio televisyen malaysia rtm RTM Showcase Sinopsis Siti Nurhaliza Teater TV1 TV2 TV3 TV9 Ucapan Video Muzik watak
  • AFTER EARTH MULAI 6 JUN

    After Earth
  • Jom Baca Berita

    • Agenda Daily
    • Astro Awani
    • Berita Harian
    • Bernama
    • Detik Daily
    • Google News
    • Gua
    • Harakah Daily
    • Harian Metro
    • KL Pos
    • KOSMO!
    • Malay Mail
    • Malaysia Kini
    • Malaysian Digest
    • Malaysian Today
    • mStar Online
    • Murai
    • News Straits Times
    • Sinar Harian
    • The Star
    • The Sun
    • Utusan Malaysia
  • ARKIB

  • KATEGORI

    18Jun2013

    Konsert Mega Bintang

    Rossa, Ungu, Afgan & Ramai Lagi

    Dari 20:00 hingga 23:30

    di Resorts World Convention Centre, Singapura

    Find out more...

  • ENTRI TERKINI

    • Mencari Ramli Kini Mencari Jaguh Bolasepak Paling Hebat
    • Gambar Zo In Sung Kongsi Makan Cotton Candy Dengan Peminat Setia
    • Gambar Zo In Sung di Temubual Bersama Media Malaysia
    • Zo In Sung Tak Sangka Ada Ramai Peminat di Malaysia
    • Sinopsis Telemovie Dewi Suria Arahan Zul Huzaimy
    • Zo In Sung of ONE HD Drama That Winter The Wind Blows
    • Gambar Sekitar Pengumuman Zizan Razak Sebagai Duta MAMEE Chef
    • Peraduan Menangi Tiket Konsert Mega Bintang
    • Betul Ke Alyah Akan Kahwin Dengan Ramli MS?
    • Synopsis That Winter The Wind Blows
    • Siti Nurhaliza Lancar Laman Sesawang Siti Nurhaliza Official
    • Sharifah Sakinah Kecewa Gara-Gara Isu VIdeo Kontroversi?
    • Gambar Will Smith & Jaden Smith Tiba di Taipei Untuk Promosi After Earth
  • KALENDAR

    May 2013
    M T W T F S S
    « Apr    
     12345
    6789101112
    13141516171819
    20212223242526
    2728293031  
  • SPONSOR

  • BUDIEY

    Budiey Seorang full time blogger, kerap bertwitter & facebook, photographer, videoman, content provider, new media, copy writer, penulis iklan & advertorial. Obses dengan filem seram & thriller.

    Kenali Budiey lebih lanjut di [sini]
  • Social Media

    • Awal Ashaari
    • Fouziah Gous
    • My Facebook Fanpage
    • My Instagram
    • My Jurnal
    • My News & Events
    • My Photo Blog
    • My Twitter
    • My Youtube
    • Pipicomel
  • Home
  • Profile Budiey
  • Sitemap
  • Disclaimer
  • Hubungi Budiey
  • My Merchandise
  • Iklankan

© 2007 - 2013 Budiey.com (Sensasi Selebriti)
Budiey.com - Sensasi Selebriti dikendalikan sepenuhnya oleh syarikat Budiey Dot Com Media (001991735-T)
Copyright Budiey Dot Com Media (001991735-T). All rights reserved.