in

Maxis Berhad Mengumumkan Perubahan Kepimpinan

[dropcap]B[/dropcap]erikutan pengumuman yang dibuat pada 21 Disember 2012 berkenaan perlantikan Encik Johan Dennelind sebagai Ketua Pegawai Eksekutif baru yang berkuatkuasa 1 Julai 2013, Maxis Berhad (Maxis) ingin memaklumkan bahawa, oleh kerana hal-hal peribadi keluarga yang telah menyebabkan beliau perlu berdekatan dengan keluarga di Sweden, Johan telah memaklumkan bahawa beliau tidak dapat memenuhi jawatannya sebagai Ketua Pegawai Eksekutif.

Lembaga Pengarah, setelah mempertimbangkan dengan teliti situasi Johan, bersetuju bahawa ia adalah demi kepentingan terbaik Syarikat untuk melepaskan Johan daripada kontraknya.

Berikutan ini, Lembaga Pengarah dengan sukacitanya mengumumkan bahawa Nasution Mohamed, Ketua Pegawai Kewangan, telah dilantik sebagai Ketua Pegawai Operasi Bersama berkuatkuasa 1 Jun 2013 dan bersama dengan Ketua Pegawai Operasi Bersama semasa, Suren J. Amarasekera akan memberi kepimpinan keseluruhan kepada Syarikat dan bertanggungjawab diatas prestasi Syarikat. Kedua-dua Ketua Pegawai Operasi Bersama akan melapor kepada Pengerusi. Nasution akan terus memantau fungsi Kewangan.

Mark Dioguardi, yang kontraknya sebagai Ketua Pegawai Operasi Bersama akan tamat pada 30 Jun 2013, akan melepaskan jawatan tersebut pada 31 Mei 2013.

Lembaga Pengarah akan meneruskan carian untuk Ketua Pegawai Eksekutif yang baru. Ia adalah bertujuan bahawa calon ini dapat mengukuhkan lagi pengurusan Syarikat dan membimbing serta menjadi mentor kepada pengganti yang sesuai.

Kata YM Raja Tan Sri Dato’ Seri Arshad bin Raja Tun Uda, Pengerusi, Maxis Berhad:

“Kedua-dua Suren dan Nasution akan membawa Syarikat ke hadapan, mempertingkatkan lagi struktur kami untuk bertindak balas dengan lebih baik kepada permintaan pelanggan yang sedang berubah dan menerajui rancangan kami untuk memanfaatkan bakat dalaman kami. Lembaga Pengarah yakin bahawa mereka berdua akan amat berkesan dalam memenuhi peranan ini.”

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Celebrity Race Media Hiburan 2013 Happening

Pencetus Ummah Cari Pendakwah Berkaliber