Mawi Cuma Mahu Baca Puisi Dengan Ekin?
24Menurut ruangan gossip di Hip, Mawi dikatakan enggan nyanyi sebab takde dalam perjanjian. Kisahnya, Mawi disuruh nyanyi tapi Mawi tak mau nyanyi. Kesian penganjur duk pujuk Mawi tapi masih enggan. Mawi hanya mahu baca puisi dengan Ekin aje.

Dengarnya… Bosan sikap ‘Raja SMS’
Mawi wajar lebih berhati-hati jika mahu terus kekal bertahta di hati peminat.
SEJAK akhir-akhir ini, ada beberapa cerita kurang enak yang Cik Normah dengar mengenai penyanyi lelaki nombor satu negara, siapa lagi kalau bukan Asmawi Ani.
Pertama sekali Cik Normah nak minta maaf kepada peminat Mawi, janganlah sensitif sangat dengan teguran Cik Normah kepada penyanyi yang sedang berbahagia dengan wanita bernama Ekin. Cik Normah tegur bukan kerana bencikan Mawi, sebaliknya Cik Normah sayang dan tidak mahu Mawi hanyut dengan populariti yang boleh memamah dirinya.
Baru-baru ini seorang teman mengadu kepada Cik Normah mengenai sikap Raja SMS ini. Katanya, Mawi diundang untuk membuat persembahan pada Konsert Belia Malaysia Cintakan Kedamaian. Dalam kontrak sudah tertera Mawi perlu menyanyi dan membaca puisi bersama isteri tersayang. Pada hari dijanjikan, Mawi menepati janjinya untuk datang ke konsert berkenaan ditemani isteri tercinta yang turut sama diundang membaca puisi mengenai kedamaian. Tapi apa yang membuatkan penganjur kecewa dengan sikapnya apabila diminta mendendangkan sebuah lagu, Mawi berkeras tidak mahu menyanyi dengan alasan tiada dalam kontrak yang ditandatangani.
Puas juga penganjur memujuk berkali-kali dengan cara baik tetapi Mawi tetap enggan. Dia hanya mahu baca puisi dengan Ekin saja. Teman Cik Normah pun tak tahu kenapa Mawi bersikap begitu. Agaknya dia tidak boleh menyanyi kot kalau Ekin tidak ada di sisinya. Kalau tahu macam tu, bawa saja Ekin naik pentas menemani dia menyanyi atau jadi penari latar.
Atau kalau susah-susah sangat, lepas ni kita minta Maestro buat album duet Mawi dan isteri kesayangannya itu. Iyalah, industri hiburan kita ni pun sudah ketandusan penyanyi duet sejak tempat itu dikosongkan pasangan duet Ajai dan Nurul.
Yang membuatkan teman Cik Normah panas, kalau iya pun tak mahu menyanyi, tolaklah secara elok. Ini tidak, sudahlah dia tidak banyak cakap, siap buat muka tak kuasa dengan teman Cik Normah.
Cik Normah bukannya apa, risau juga nanti populariti Mawi merudum, macam mana pula? Lagi pun Cik Normah ada juga dengar cerita tahun ini tiada penganjur yang mahu memanggil Mawi untuk jayakan Minggu Setiausaha. Tak tahu pula Cik Normah apa sebabnya, cuma nasihat Cik Normah kepada Mawi, berhati-hatilah kerana dunia ini ibarat roda ada masanya kita di atas dan tidak mustahil satu hari nanti kita akan berada di bawah. Jadi berhati-hatilah…! [sumber]








haha.. memang poyo diaorg nih.. bolayan je.. lain kali jgn jemput mamat ni buat performance.. ramai lagi org lain..
jgn jempu die nie lagi…bajet nyanyi baguih sgt…
wahh nk buat benda semua together gether ek skrg…
perasan bagoz..setakat kaya sbb peminat jek..
Hi..hi…x bole pisah lagi daa… satu lagu tu beberapa minitpun x bule daa…. Suami ‘mithali’ ke bertali ni? Bahagianya c Ekin, laki x mau pisah walaupun sebuah lagu lamanya. Untungnya…tapi kalau begini seterusnya, untung lagi ke tuan?
Eeeeeeeeeeeeeeeeee, menyampah pulak tengok mawi nie….
poyo semacam je la…
dah x nak nyayi tu dah la, nape wat muka kurang ajar pulakgan wartawan…
memag x sedar diri tu name nye…..
mungkin betol kot tak ada dalam kontrak kite mana tahu apa yg sebenarnya,apa kata budiey call mawi mintak penjelasan dan hitam putih kontrak tu…
….Hai Mawi..dah mula nak besaq kepala nampak…jgnlah nak demand mcm2 lak…kau ingat saham kau tu tinggi lg ke..jgn prasan diri tu bagus sgt kalau nk terus kekal dlm industri seni ni…
laaa…bermula la episod ‘queen control’ … dah agak dah ..
Pasangan lain pun berkasih sayang juga.Tapi xde la asyik nak berkepit je.Tahu la baru kahwin.Tetapi dalam soal kerja kena la profesional.Kalau dah nak asyik macam ‘belangkas’ je…duduk rumah jelah….daripada menyusahkan orang dan makin meluat tengok.Contohilah macam pasangan Kak Nita, Erra Fazira, DCT yang walaupun artis tersohor, diorang tahu nak sesuaikan dengan keadaan.Sepatutnya Mawi ikut macam Rosyam Nor, Aaron Aziz dan artis lelaki lain yang x terhegeh – hegeh pun nak bawa isteri:-)
En. Asmawi…ang kena la profesional…kata nak jadi artis berkaliber…kalau nak jadi artis berkaliber, ang kena la bersikap terbuka…tau la ang tu dah ada beloved wife…tapi dalam dunia seni ni kalau tak open minded…huh!!! tak tau la nak habaq lagu mana…
heheh..masih baru lah katakan….masih wnagi gitu..tunggu lah bila dah bacin sikit ekekkee…
baru nk naik dah jatuh blk. harapkn popular tp tak de bakat cam ni la jadinye!
Sawi da layu.. xleh nk jd santapan dah.
Buang dlm longkang je! hehe..
HELLO????????? Kalau dah KONTRAK kata baca puisi je, mmg logik la Mawi baca puisi je! Takkan nak nyanyi free????? Aduh. Korang ni pun satu.
Aku ni bukannya peminat Mawi pun tapi kalau penganjur nak bayar untuk nyanyi, KENAPA TAK TULIS TERANG-TERANG DALAM KONTRAK? Suka2 diorang je nak suruh orang nyanyi free.
Korang ni pun satu. Stok sedap je kutuk padahal dah memang penganjur yang try nak tipu Mawi. Bodoh.
laaa…. pahal lak after dowang
nie kawen.. mawi nak sombong2
lak..??? aelawahhh… nak demand ah
lak dowhh…!!! nak cakap sore sedap
pon.. huhhh… memang x sedap langsong
larhh…!!!! hishhh… x paham tol ah ngan
mawi nie…!!!! wat kusot jew dowang nie..!!!!
yg ekin lak tetibe jew nak ikot mawi
bace puisi pahal…??? cakap pon x betol..
gagap…!!!1 aiyoo…..
kpd AIRA, tak tau baca ker????????
“Dalam kontrak sudah tertera Mawi perlu MENYANYI dan membaca puisi bersama isteri tersayang”
bace la artikel ni btol2 AIRA!!!
org lain ada bini jugak..org lau bleh nak dia sorg buat show…tp dia nak ekin ada sama tu yg jd camni…ikut sngat ckap bini tersayang…
zaman kejatuhan telah bermula…………..
alahai… mawi kat sekolah dulu pun bukan budak pandai pun. duduk kat kelas ujung je… Org kalau x cerdik, banyak duit pun tetap x cerdik, tapi kalau org tu cerdik, setiap tindakan pasti tiada yang tersinggung.
alahai… mawi bukan budak pandai pun… dulu kat sekolah layak kat kelas ujung je…. org klu x cerdik, byk duit pun tetap x cerdik. tapi klu org tu cerdik, setiap tindakan pasti takkan menyinggung perasaan org lain.
Setakat ni,tak pernah lagi aku jumpa dgn org yang cakap `minat gila la kat mawi`..yang slalu aku dgr..`menyampah la kat mawi poyo tu…`.. Suara bkn sedap sgt..kalo tarik..sure dgr macam itik tertelan sudu..mmg poyo dari dulu..semoga ko mengalami zaman kejatuhan tapi aku doakan ko berbahagia bersama isteri tersayang sehingga ke akhir hayat..amin..
MAWI MAMAT POYO..
cian mawi kene kutuk!!!ala tu kan perkara biasa bile seseorang tu da glamer….tapi mawi kene ingat! ape salahnya tolak dengan baik kut ye pun nyanyi xde dalam kontrak.x perlu la tunjuk muke…kalau bukan wartawan n peminat yang sokong kerjaya awak,,,sape lagi???
sudahla nak mintak nyanyi bun berkira..masa susah dulu terhegeh2 minta sedekah orng ramai afundi…. dasar lupa daratan….
hu..hu… sian kat mawi..ikut cakap bini yang poyo