Mati atau Hidup Adik Sharlinie?

Kiranya, adik Sharlinie meninggal dunia, sudah tentu rakyat Malaysia pasti berasa sedih di atas kehilangan seorang lagi insan yang kita sayangi, adik Sharlinie Mohd Nasyar yang hilang itu. Ketika masih meratapi kematian Nurin kemudian air mata kita masih belum kering lagi, Sharlinie manjadi mangsa, maka tibalah masanya untuk kita mula mencari apakan punca terjadinya jenayah yang sebelum ini tidak terfikir oleh masyarakat Malaysia.

Siapa yang harus dipersalahkan? suspek yang dikenali sebagai ‘lelaki kucing’ masih bebas? Adakah jaminan bahawa anak-anak kita selamat dalam jagaan kita? kenapa perkara-perkara seperti ini terjadi dalam masyarakat kita yang mengamalkan dasar tolenrasi serta muafakat di kalangan masyarakat?

Terdapat khabar angin mengatakan bahawa, akibat penayangan rancangan-rancangan di televisyen yang agak negatif, maka, ianya telak membentuk raksasa yang cukup merbahaya sehingga terjadinya perkara-perkara seperti ini. Persoalannya, benarkan media yang menyebabkan terjadi kejadian-kejadian yang sebelum ini tidak pernah berlaku.

Negara Malaysia mula mengamalkan dasar langit terbuka semenjak bermulanya satelit Measat 1 dilancarkan di ruang orbit. Semenjak itulah, stesen satelit tv mula beroperasi dan dikendalikan oleh ASTRdan menayangkan pelbagai rancangan dari negara luar terus ke dalam rumah pelanggang-pelanggannya.

Malaysia juga mengalami revolusi teknologi maklumat apabila jaring memperkenalkan internet ke rumah-rumah di Malaysia pada era 90an. Maka bermulalah, era di mana sebarang berita dan maklumat dibwa secara langsung terus ke dalam ruang-ruang di rumah anda. Dari resepi masakan tradisional, bagaimana mengetuk paku di dinding hinggalah bagaimana membuat bom atom, semuanya terdapat di dalam ruang maya yang cukup luas. Internet bolehlah dianggap sebagai perpustaakan maya terbesar di dunia. Segala maklumat di hujung jari.

Berbalik kepada persoalan, benarkah media yang menjadi punca Nurin dan Sharlinie dibunuh dengan kejam, jawapannya mungkin ya atau mungkin tidak. Memang tidak disangkal, mungkin media memainkan peranan mempengaruh minda penjenayah untuk bertindak di atas apa yang telah dilihat oleh mereka. Seperti program CSI yang mungkin bertujuan untuk mendidik dan mendedahkan kepada masyarakat bagimana tugas-tugas seorang pegawai forensik dalam menyelesaikan masalah melibatkan kejadian-kejadian jenayah. Tetapi, kepada penjenayah yang sentiasa berpeluang untuk mengadaptasi situasi berkenaan kepada realiti, ianya suatu peluang yang cukup berguna. Di sinilah, media digunakan secara salah, digunakan seperti pisau yang menghiris dan menikam tubuh Sharlinie dan Nurin, media menjadi penumbuk yang mengakibatkan kematian Nurin dan Sharlinie dan mungkin menjadi alat pembunuh kepada kanak-kanak yang lain.

Namun, bayangkanlah jika dunia kehidupan kita tanpa media, tanpa rancangan tv, tanpa rancangan hiburan, tanpa Akademi Fantasia atau Akademi Al-Quran. bayangkan, jika kita tidak mendapat berita apa yang tejadi di Iraq, Palestine atau kita tidak tahu keputusan EPL atau Piala Dunia, maka manusia seolah-olah bermata tapi buta, bertelinga tetapi pekak. Inilah letaknya peri penting media kepada umat manusia. Jika tanpa media, minda manusia tidak akan berkembang atau berpengetahuan. Inilah masanya, media ibarat lilin menerangi kegelapan, ibarat api di atas dapur dan ibarat pisau memotong buah.

Jawapan bagi persoalan, adakah media pembunuh Nurin dan Sharlinie adalah, media umpama pisau, jika digunakan untuk memotong buah, maka buah yang dipotong lebih sedap dimakan kerana tidak berlkulit dan dipotong halus, tetapi jika pisau itu diasah tajam, dan digunakan untuk melukakkan orang lain, maka, orang itu akan cedera bahkan membawa maut. Sebenarnya, media hanya berperanan secara kecil bagi sesuatu perkara, yang penting didikan agama, prinsip dan persekitaran lebih memberikan bentuk dan menjadi acuan kepada tindakan atau tingkah laku seusatu individu itu.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sistem Penjurian Festival Filem Malaysia

Sejauh Mana Kreatifnya Video Muzik Faizal Tahir Sampai Syurga?