in ,

Janna Nick Cinta Erwin Dawson dalam Telemovie MAT SALLEH SANGAT

Berkongsi masa senggang hujung minggu dan menghilangkan tekanan kerja seharian, Radio Televisyen Malaysia (RTM) membawakan telemovie santai komedi kekeluargaan berkisar tentang mencari jodoh, “Mat Salleh Sangat” yang menggandingkan pelakon Janna Nick dan Erwin Dawson, selain turut dibantu Norseha, Dian P.Ramlee, Fathil Dani dan Fimie Don.

antara babak mencemaskan dalam telemovie ini

Janna Nick Terima Erwin Dawson Sebagai Jodohnya Dalam Telemovie “Mat Salleh Sangat” di TV1

Disiarkan mengisi slot Panggung Ahad pada 4 September ini, pukul 10.30 pagi menerusi TV1, “Mat Salleh Sangat” mengetengahkan perjalanan plot kisah tentang Haji Halim yang mahukan anaknya Mimi berkahwin cepat. Ini kerana jika tidak Mimi akan dikahwinkan dengan sepupunya, Haikal. Namun Mimi tidak bersetuju dengan cadangan ayahnya itu.

Mimi sebaliknya mahu memberikan sepenuh perhatian kepada kerjanya di sebuah syarikat kepunyaan Puan Khairah. Sementara itu muncul anak Puan Khairah bernama Johan yang baru tamat pengajian dan mula belajar bekerja di syarikat itu.

Meskipun pada mulanya dia enggan berkongsi masalahnya dengan sesiapa, tetapi kemudiannya Mimi memberitahu Johan masalahnya dan meminta Johan membantunya menyamar sebagai Mat Salleh untuk diperkenalkan kepada bapanya Hj Halim sebagai calon suaminya.

Pada mulanya Haji Halim mempercayai Mimi dan mula suka kepada Johan yang diberi nama Juan. Tetapi akhirnya Haji Halim terdengar Johan berdoa dalam bahasa Melayu dengan amat fasihnya dan memarahi Mimi kerana membohonginya.

Dalam pada itu Puan Khairah telah dicolek oleh Shidi, bekas bekerja yang dipecat kerana menipu pelanggan dengan mengurangkan barangan yang dijual. Shidi berdendam dengan Puan Khairah dan mencoleknya untuk meminta wang tebusan sebanyak 5 juta ringgit.

Johan bergegas pulang untuk menyelamatkan ibunya, Puan Khairah. Polis telah dihubungi dan berjaya memberkas Shidi. Haji Halim dan isterinya kemudian terkejut apabila Johan bersama ibunya datang ke rumahnya untuk melamar Mimi. Adakah lamaran tersebut diterima keluarga Mimi?

erwin dan janna nick pura-pura sebagai pasangan kekasih dalam telemovie ini

Erwin, Janna Nick dan Felisha Crossy gandingan dalam telemovie ini

Fathil Dani, Erwin dan Fimie Don antara babak

telemovie Mat Salleh Sangat

Bagi mereka yang tidak sempat untuk menonton di TV, mereka berpeluang menontonnya menerusi portal online, Myklik (myklik.rtm.gov.my). Rancangan ini juga dapat ditonton melalui rtm mobile. Muat turun aplikasinya di Google Play dan App Store.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Filem RUSH HOUR 3 Gandingan Jackie Chan & Chris Tucker

Bengkel Jadi Pengacara Majlis Rasmi, TV & Radio Bersama Halim Othman