Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Maskiran Jakiran dan Nor Fouziah Mohd Gous Hos Baru Roda Impian



MENANGI ‘WANG BESAR’ DENGAN MENYERTAI…
RODA IMPIAN!

Pada 29 Januari lalu telah berlangsung Pelancaran Roda Impian TV3 di Filem Negara Malaysia di Petaling Jaya pada jam 11.30 pagi. Media yang hadir turut diundang untuk memutar roda dan berpeluang memenangi hadiah wang tunai sehingga RM2,000. Budiey kira program ini akan dinantikan oleh jutaan peminat program ini yang dulunya disiarkan di Astro dan kini boleh ditonton di TV3 dengan hos yang lebih segar dan mantap.

Program Roda Impian yang diadaptasi dari game show popular, Wheel Of Fortune sekali lagi melayari kaca televisyen setelah sekian lama menyepi! Program yang mendapat pengiktirafan dari Malaysia Book of Records sebagai gameshow paling lama bertahan di Malaysia ini akan mula menceriakan penonton setia TV3 mulai 16 Februari, setiap Isnin hingga Rabu, jam 5.30 petang. Gandingan pengacara baru, Maskiran Jakiran (Kieran) dan Nor Fouziah Mohd Gous (Fouziah Gous) pastinya memberikan suntikan segar program yang diminati oleh semua kelompok ini.

Gandingan mantap

Fouziah Gous manis dan sentiasa fresh

Petah dan bakat penyampai Hot FM ini memang tersendiri

Menurut Pengurus Besar Kumpulan Pengurusan Jenama TV3, Sherina Nordin “TV3 menyajikan drama dan filem bermutu, kartun menarik untuk adik cilik, program ilmiah, bual bicara dan program hiburan yang menjadi nadi kepada steseyen televisyen ini. Oleh itu, dengan adanya rancangan gameshow seperti Ewah-Ewah di waktu pagi dan Roda Impian di sebelah petang akan memperlengkapkan lagi konsep saluran TV3 yang mensasarkan kepada mass market. Di samping itu, usaha TV3 menerbitkan program berbentuk gameshow ialah untuk mengulangi zaman kegemilangan Pop Kuiz dan Sempurnakan Harimu yang berjaya menambat hati sebilangan besar penonton.

Konsep Roda Impian mudah untuk difahami memandangkan ianya pernah disiarkan sewaktu dulu dan merupakan gameshow yang popular ditayangkan di seluruh dunia mengikut versi negara masing-masing. Melalui program ini juga penonton bukan sahaja dapat berhibur melihat telatah perserta malah dapat menguji kecerdasan minda. Para penonton pastinya tidak sabar melihat gabungan pengacaranya, Kieran dan Fouziah Gous yang digandingkan bersama buat pertama kalinya mengendalikan Roda Impian 65 episod ini. Apatah lagi dengan bakat dan penyampaian mereka yang bersahaja tentu dapat menghidupkan Roda Impian musim baru.”  

Roda Impian telahpun menjalani rakaman bermula pada 10 Januari yang lalu. Setiap minggu, tema yang berlainan akan ditampilkan seperti selebriti, penyampai radio, personaliti TV3, Hari Ibu, Hari Ibu dan Anak, Penyanyi, Hari Bapa, Hari Bapa dan Anak, Selebriti Kanak-Kanak dan Ulang Tahun TV3 yang ke–25. Peminat setia artis tempatan dan melihat aksi selebriti kesayangan mereka menjadi peserta Roda Impian seperti Lydia Ibtisam, Kartina Aziz, Shamsul Ghau Ghau, Naz, Azhar Sulaiman, Zizan Nin, Maria Tunku Sabri, Farah Wahida, Awal Ashaari, Zed Zaidi dan ramai lagi.

Setiap episod, 3 peserta akan bertanding untuk menyelesaikan teka kata dan memenangi pelbagai hadiah menarik dan wang tunai yang tertera di roda. Pusingan pertama, jika seorang peserta dapat menyelesaikan teka kata akan memenangi jumlah wang yang berjaya dikumpul, manakala wang yang terkumpul oleh kedua peserta yang lain akan terhapus. Begitulah seterusnya sehingga pusingan yang ketiga. Setelah pusingan ketiga berakhir peserta yang berjaya mengumpul wang tertinggi akan diumumkan sebagai pemenang dan melayakkan diri ke pusingan bonus untuk memenagi hadiah menarik yang ditawarkan untuk minggu tersebut.

Episod akhir Roda Impian akan menemukan tiga peserta yang paling berjaya mendapatkan jumlah wang tertinggi sepanjang Roda Impian bersiaran.Peserta yang berjaya menjuarai pusingan akhir ini bakal membawa pulang hadiah utama bernilai hampir RM100,000, kereta Suzuki Swift Sport 1.6 Auto. Roda Impian musim baru ini diterbitkan oleh produksi Juita Viden.

Uji ketangkasan minda anda dan berhibur dengan menonton Roda Impian setiap hari Isnin- Rabu, jam 5.30 petang, di TV3!

Antara media yang mengambil bahagian.

Tags:

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Gambar Fouziah Gous & Iqram Dinzly di AJL26
  • Fouziah Gous Bergaun Emas di Red Carpet FFM23
  • Gambar Ibu Fouziah Gous Pelakon Sifu & Tongga
  • Gambar Fouziah Gous di Pelancaran Butik Mimpi Kita
  • Gambar Fouziah Gous Sebagai Delima Dalam Si Tanggang
  • Gambar Fouziah Gous di Pra Tonton Filem Rasukan Ablasa
  • Ucapan SMS Salam Aidilfitri daripada Fouziah Gous
  • Drama Karma Lakonan Aaron Aziz & Fouziah Gous
  • Gambar Candid Fouziah Gous Duta Produk Alaisyah
  • Ucapan Fouziah Gous & Noni AF Sempena Anniversary Ke-3 Sensasi Selebriti



    • Itsme

      …Maskiran Jakiran….nama bunyi orang Jawa ni tapi muka macam orang Bangla…*confused*

    • http://obefiend.blogspot.com Obefiend

      pojiah gaus…..mana bapak ayam dia si zubir mulut taik tu?

    • june

      bapak ayam dia zubir tu..sure or not..rasanya org lain..jeng jeng jeng…

    • weenee

      bleh tahan gak org media nih promote sik pojiah nih, tp ade peminat ke idak die nih sbrnya…huhu…ke mgkin cbb aku x minat?huahauhau

    • sweet

      prizenya lumayan gak ke mcm kat astro dulu.. tpi kat tv3 ne xtau le pla..mcm tak best la skg ne.. dulu mantap coz gandingan yang hebat abby n halim othman..:) prizenya pun ble tahan gak..

    • nina

      nape disiarkan hari senin sampai rabu pastu pukul 5.30 pulak tu sape yang nak tengok bibik je ke

    • http://www.uttsb.uum.edu.my/ Jom Cuti-Cuti Malaysia

      betol tu nina.. mana sempat nak tengok bg org yg bekerja.. kul 6 ptg baru sampai rmh kan…

    • adekepatut

      alamak tolong la tukar masa siarannya….cammana nak nengok..klu kat astro okla sbb banyak ulangan dari yang ori

    • safa_kawaii

      betul la.. masa tayangan x sesuai langsung la..
      tau la skrg boleh ulang tayang kat int but x de keje ke nak tgk ulang tayang je..

    • http://www.awana.com.my Cuti Cuti

      dapat hadiah stay kat Awana pun seronok …

    • ira

      bagaimana nak jadi peserta roda impian..?????

    • as

      Bagaimana cara nak jadi peserta roda impian..
      Thanks..

    • http://google sue

      nk ulang pertanyaan sebelum ini, bagaimana cara nak menjadi peserta roda impian????????? tq….

    • ADMY

      Mcm mner nak sertai roda impian ni?

    • Budak Otai

      Kiran tu bangsa per sebenarnya..muka macam mamak tapi kata jawa..

    • saleh

      macammana nak jd peserta?

    • norazila

      hai semua…………….warga tv3,tahniah untuk semua kerana telah mencapai usia 25 tahun..semoga akan berjaya lagi di masa-masa hadapan…………..saya teringin sangat-sangat nak mencuba nasib di RODA IMPIAN bersama kiren dan foziah gaus………macam mana YE………………………..TOLONG LA SAYE YE……OK. BYE..

    • TOTONG

      aku ni dari kecik lagi dah minat kat roda impian tapi sampai sekarang aku tak tau nak masuk bertarung kat dalam tu cmana ek cara dia?aku rasa aku bleh jd juara la.tlg la gtau cmana nak join dalam gameshow ni,plzz.

    • muaz

      camna saya nak msuk roda impian ni ea..

    • http://- as

      bagaimana cara nak menyertai roda impian yer…saya dah lama teringin nak cuba nasib dalam rancangan nih…tlg beri penjelasan k!..thanx

    • ainzhoney

      SAYA PUN BERMINAT SANGAT DENGAN RAMCANGAN INI. TERINGIN SANGAT NAK JOIN.. TOLANGLA BAGITAU MCMANE NAK SERTAI???

    • http://Yahoo.Com Norhayati Binti Ismail

      Hai..warga TV3 Tahniah! kerana dah 25 tahun bersiaran..whatever saya penonton setia TV3.. sebenarnya saya sangat minat menonton roda impian sejak saya kecik lagi,seingat saya masa Ahmad Tarmimi jadi hos roda impian, masa tu saya sekolah rendah lagi, sekarang umur saya dah 26 tahun,everyday x pernah miss tengok.,teringin gak nak masuk putar lagi kiran…..WANG BESAR!!!plllllssss tolong bagi tau camner nak join roda impian ni eekkk….TQ

    • Rosha

      Macam mana nak menyertai roda impian????????



































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK