in

Masjid Negara Dan Makam Pahlawan Sebagai Tapak Warisan Kebangsaan

MAJLIS MEMASANG PLAK PENGISYTIHARAN MASJID NEGARA DAN MAKAM PAHLAWAN SEBAGAI TAPAK WARISAN KEBANGSAAN OLEH JABATAN WARISAN MALAYSIA PADA 30 APRIL 2009

Jalan Perdana, Kuala Lumpur – Masjid Negara dengan kerjasama Jabatan Warisan Malaysia telah mengadakan Majlis Memasang Plak Pengisytiharan Masjid Negara dan Makam Pahlawan sebagai Tapak Warisan Kebangsaan di sini, hari ini.

Majlis pemasangan plak daripada Jabatan Warisan Malaysia tersebut dihadiri oleh Imam Besar Masjid Negara, YBhg. Tan Sri Syaikh Haji Ismail bin Haji Muhammad serta Pengarah Bahagian Pendaftaran dan Penguatkuasaan, Jabatan Warisan Malaysia, Encik Kamarul Baharin bin A. Kassim yang diadakan di hadapan Dewan Syarahan Utama, Masjid Negara.

Majlis ini diadakan berikutan daripada pengiktirafan Masjid Negara dan Makam Pahlawan sebagai Tapak Warisan Kebangsaan pada Majlis Pelancaran Pengisian Pengisytiharan Warisan Kebangsaan, Sistem Warisan dan Jejak Warisan yang telah berlangsung pada 6 Julai 2007 oleh Jabatan Warisan Malaysia yang pada ketika itu di bawah Kementerian Kebudayaan, Kesenian dan Warisan.

Di dalam Akta Warisan, pengiktirafan untuk Masjid Negara dan Makam Pahlawan ini diletakkan di bawah Warisan Tampak iaitu Warisan Monumen atau Tapak Warisan. Usaha pengiktirafan ini adalah untuk memberi kesedaran kepada masyarakat di Malaysia untuk turut ama dalam memelihara, memulihara serta menjaga Warisan Negara. Ini juga dapat membuktikan kepada masyarakat bahawa banyak usaha yang telah dilakukan oleh pihak Kerajaan dalam memelihara Warisan Negara sejak beberapa tahun yang lalu.

Kriteria yang perlu ada dalam pemilihan Bangunan / Tapak (Masjid Negara & Makam Pahlawan) untuk layak diisytiharkan sebagai Warisan Kebangsaan adalah seperti berikut:

Kepentingan sejarah, hubungan dengan / atau perhubungan dengan sejarah Malaysia

  1. Ciri-ciri rekabentuk atau estetik
  2. Pembaharuan atau pencapaian saintifik atau teknikal
  3. Hubungan sosial atau kebudayaan
  4. Potensi untuk mendidik, menjelaskan atau menyediakan penyiasatan saintifik lanjut berhubung dengan warisan kebudayaan Malaysia
  5. Kepentingan dalam mempamerkan kekayaan, kepelbagaian atau integrasi bentuk yang luar biasa
  6. Keunikan warisan semulajadi, warisan budaya ketara atau warisan kebudayaan bawah air
  7. Gambaran bentuk sesuatu tapak atau objek sebagai sebahagian daripada kelas atau jenis suatu tapak atau objek
  8. Apa-apa perkara lain yang berkaitan dengan penentuan warisan kebudayaan yang penting

Masjid Negara merupakan bangunan kebanggaan negara yang menjadi perlambangan Islam sebagai agama rasmi dan merupakan mercu tanda Kuala Lumpur dan sering menjadi tumpuan pelancong dari dalam mahupun luar negara yang tertarik dengan keunikan seni binanya.

Terletak di kawasan 5.2 hektar, reka bentuk struktur asal Masjid Negara adalah hasil kerja tiha arkitek Jabatan Kerja Raya (JKR), Howard Ashley, Hisham Albakri dan Baharudddin Kassim.

Di bina pada tahun 1965, Masjid Negara melambangkan Malaysia sebagai sebuah negara yang baru merdeka pada ketika itu dan demi mencapai kemajuan yang pesat dalam semua bidang dengan menjadikan Islam sebagai teras dan asas kejayaan.

Antara rekabentuk yang menarik ialah menara setinggi 73 meterdan kubah yang berbentuk seperti payung. Di dalam kawasan Masjid Negara juga terletaknya Makam Pahlawan yang menempatkan makam pemimpin negara seperti Allahyarham Tun Abdul Razak, Allahyarham Tun Hussein Onn, Allahyarham Tun Dr. Ismail dan Allahyarham Tun Ghafar Baba.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Poster, Synopsis, Trailer, Sneak Preview Mongol

Juara Pesona Nona Musim Ke-3