in

Mash Up Akim & The Majistret & Stacy di Hot FM

Mash Up Hot FM buat julung kalinya berlangsung sebagai satu program signatur stesen itu dan kali ini pengisian terbaharu Hot FM ini akan menampilkan pasangan duo yang cukup mendapat perhatian mata masyarakat serta peminat mereka yang tidak asing lagi, Akim dan Stacy bakal menghiburkan pendengar Hot FM Jumaat (24/4/2015) ini hanya menerusi frekuensi Hot FM seluruh Negara.

Bila Akim Stacy bergabung. Meletop ke idok?

Sesi yang bakal berlangsung bermula jam 7.00 pagi nanti akan mengetengahkan lagu- lagu popular artis tersebut dan turut diiringi oleh band the Majistret bagi memberikan satu persembahan yang tidak pernah terjangka. Siaran ini turut dapat disaksikan melalui saluran 8TV.

Barisan lagu yang bakal di“Mash Up”kan mereka adalah:

1. Mewangi + I Want To Spend My Life time Loving You
2. Someone Like You + Potret
3. Inilah Cinta + Jahat
4. Not ForSale+WreckingBall
5. Pelangi Senja + Bengang
6. Aku Stacy + Dunia & Syurga

Bukan mudah untuk menggabungkan duo ini apatah lagi ketika saat kedua mereka sedang meniti arus populariti. Jadilah saksi persembahan hebat ini hanya di Hot FM, Jumaat ini.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Drama FIRDAUS Penuh Emosi Lakonan Fizz Fairuz

Jam BOLT-68 NEON Baru Untuk Yang Berani & Moden