Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Marsha Suka Buli Anding Dalam Hotel Mania?



Jam 11 pagi yang mendamaikan, di tanggal 25 Februari 2010 lalu, Budiey telah hadir di Sidang Media Hotel Mania yang telah diadakan di Platinum Movie Suite, Cineplex, e@Curve. Uish, ramai betul pelakon drama ni yang hadir. Tahniah Budiey ucapkan kepada semua pelakon yang begitu komited menjayakan drama ni. Dengarnya, ada yang sanggup berkampung kat hotel JW Marriot yang menjadi lokasi pengambaran drama ni dari jam 7 pagi hinggalah ke malam hari.

Budiey rasa, semua pembaca dah tahu pasal drama muzikal Hotel Mania ni. Kat TV3 pun dah banyak kali duk ulang promo dengan iringan lagu tema Hotel Mania ni. Sampai ada penonton yang dah hafal.

Walaupun taklah sehebat drama muzikal Glee buatan Hollywood, tapi sudah tentu TV3 berbangga kerana Hotel Mania ni adalah drama tempatan muzikal PERTAMA yang disiarkan. Jadi, kepada penonton setia slot Lestary, jangan lupa untuk menonton drama 26 episod ini mulai 2 Mac 2010, setiap hari Selasa jam 9 malam. Drama ini diterbitkan oleh KRU Studios dan diarah & skripnya ditulis oleh Nizam Zakaria. Menampilkan bintang realiti TV dari Akademi Fantasia, Mentor dan Mystarz LG serta pelakon ternama iaitu Anding Indrawani, Marsha, Dafi, Sheila Mambo, Kiena Mentor, Comel, Ryzal Jaafar, Adam, Bob, Zain Ruffedge, Adeline Tsen dan ramai lagi.

Budiey sempat mengambil gambar Marsha yang menjadi salah seorang pelakon drama yang ditaja oleh DiGi & diterbitkan oleh KRU Studios ni. Memegang watak seorang gadis yang bekerja sebagai staf hotel yang suka membuli & boleh dikatakan watak Mar ni agak gedik & jahat, dengki, busuk hati tapi dalam masa yang sama menaruh hati dengan Adiwira (lakonan Anding).

Membaca sinopsis drama ini, Budiey rasa drama ni bakal mencetuskan fenomena luar biasa di mana akan menarik minat ramai penonton. Bukan sahaja dari segi tema remaja, lokasi hotelnya, bintang pelakonnya malah genre muzikal yang menggabungkan nyanyian dalam drama seperti ini sangat fresh. Tak hairan kalau lepas ni, ramai penerbit yang berminat untuk mencipta drama sebegini lagi. Dalam drama ni juga banyak sekali lagu-lagu dari KRU akan dinyanyikan dalam versi berbeza.

Kalau nak tahu kenalah tonton!

Nak tengok Marsha buli Anding… tengoklah Hotel Mania!

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Gambar Marsha Londoh di Anugerah Industri Muzik 18
  • Gambar Marsha di Anugerah Bintang Popular 2010
  • Gambar Marsha Londoh di Pelancaran Butik Mimpi Kita
  • Jawapan Trivia: Bibir Seksi Marsha Milan Londoh
  • Profile Marsha Milan Londoh
  • Gambar Marsha Jadi Juri di Be A Samsung Star and Shine Search
  • Gambar Marsha Pakai Baju Diadora Fitness
  • Gambar Marsha, Pelakon Drama Kirana Jelita & Seksi
  • Advertlets Ads, Nuffnang Ads, Google Adsense Prevent Click-Fraud
  • Marsha Kini Dalam Keadaan Stabil



    • Nizam Zakaria

      Watak Mar yang didukung Marsha tak akan jatuh hati kat watak Adiwira (Anding)… Mar watak yang suka bermain dgn perasaan orang lain, termasuklah Shah (Adam AF). Apa2pun, harap penonton akan enjoy dan ikuti siri Hotel Mania ni dan nikmati lagu2 terbitan KRU yg diberikan nafas baru oleh penyanyi2 baru yang berbakat besar.

    • ad_hoc

      xsabo nk tonton ml nih.best ke hampeh

    • orang sabah

      sa betul2 suka tgk ni drama. best bah. hahahaha. sudah lama sa tunggu2 drama muzikal mcm ni yg best. hahahhaaha..

    • hello kitty

      best gak citer nih..

    • mew mew

      bru tgk cter nie smalam… mmg awl2 mase siarkan iklan ati ade terdetik, cm nak tiru Glee je but lps tgk smalam, wah cte ni lg interesting lg Glee… lagipun cte psl hotel2 nie x banyak ade kat My, x tau la pe pasal.. Rase cm stu idea yg fresh lah! Anyway, cte ni mmg best, banyak adegan2 menarik and funny, sesuai di tonton seisi keluarga… way the go ‘hotel mania’!

    • http://yooyoo.com.my qistina

      aku x sabar nak tengak minggu depan

    • http://mysthanafarhana.blogspot.com/ Mysthanne

      Hee! Best citer nie! Baru first time sy minat cerita-cerita melayu moden yg sbegini!

    • eyna

      cite nie mmg besh glew,,,
      gmpak pnyer!!

    • tamparuli

      Best BaHH!!!

    • tamparuli

      cutenya marsha!!

    • awatif

      x sbar2 larh nk tngok episod akan dtg!!!!kalu blh kurgkan larh iklan 2 skit…..x de iklan la snang…..

    • http://www.andinglovemarsha.com anding go

      bagus ape? anding ngan marsha.sama-sama cute tau. mar seksi sangat.adi pun.

    • http://xde puteri

      bergaduh mashaallaah jangan nanti marsha naik bas anding main silat anding silat bas marsha terbabas ,sekian wabilah hi wa terbabas bai2 sorry marsha and anding
      kawin la lagi bagus x payah gadfuh

    • http://qeseeh@yahoo.com qeseeh

      comey nyeeeeeeeeeee n cunnnnnnn

    • http://facebook.com qeseeh

      ading pun cantik la korang x gi tgk bola ke kt africa seronok la studio die kan besarrrrrrrrrr ade negro hahahahha

    • http://facebook.com qeseeh

      lawak kn hahahah. mar muke awk nk same ngan liana jasmiy mcm dua beradik la hahahahha



































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK