in ,

Marsha Milan Londoh Nafi Putus Cinta Dengan Jejaka S

Gara-gara sebuah video di Intagram yang dimuat-naik oleh pengarah Michael Ang baru-baru ini yang mendakwa Marsha Milan Londoh sudah putus cinta, telah menimbulkan banyak tanda tanya dari media dan peminat. Dalam laporan Harian Metro hari ini, Marsha telah pun menafikan desas-desus yang dia putus cinta dan menganggap video yang dimuat-naik oleh Michael Ang hanyalah sekadar gurauan sahaja.

Marsha Londoh

“Kami masih bercinta. Tak ada apa-apa masalah.”

Perkara itu menarik perhatian peminat apabila pengarah drama, Michael Ang yang memuat naik video menerusi aplikasi Instagram miliknya Ahad lalu mendakwa Marsha baru saja putus cinta. Berikutan itu, pelbagai reaksi timbul termasuk ucapan simpati peminat dengan nasib yang menimpa Marsha yang sering gagal dalam percintaan.

Bagaimanapun, ketika dihubungi semalam, Marsha yang kini terbabit dalam penggambaran drama bersiri Syurga Tanpa Cinta arahan Michael berkata, video itu hanya gurauan bagi mengisi kebosanan mereka di lokasi.

“Saya tak ada apa-apa masalah dengan S. Semuanya OK dan berjalan macam biasa. Benda tak betul langsung. Itu hanya video gurauan Mike (Michael) di set penggambaran kami. Kami suka-suka untuk gelak-gelak saja. Tak sangka pula orang salah faham. Mereka fikir saya betul-betul putus cinta.”

Marsha berkata, dia hanya mampu tergelak apabila video gurauan mereka tersebar di Internet sehingga menimbulkan salah faham umum.

“Dia (Michael) memang suka bergurau dan saya sudah tahu perangainya, jadi layankan saja. Beriya-iya dia reka dialog dan situasi kononnya saya kecewa selepas ditinggalkan gara-gara sikap ego S. Padahal benda tak ada pun.”

Ketika diusik mengenai perancangan berkahwin yang dikatakan bakal berlangsung tahun ini, Marsha berkata, dia menyerahkan soal jodoh pada takdir.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Sharnaaz Ahmad Mahu Lisdawati & Fauzi Nawawi Minta Maaf

Lisdawati Tetap Berdiam Diri & Fokus Dengan Ibadah Umrah