in

Mari Menari Singkir Pasangan Dita

Pasangan DITA Tersingkir di Minggu Ketiga

Pasangan suami isteri, Mohamad Faidzal, 42 dan Rudita menjadi pasangan kedua tersingkir dalam program realiti Mari Menari. Bekas polis tentera dan pengajar taekwondo dan isteri, suri rumah sepenuh masa itu diumumkan tersingkir oleh pengacara, Awal Ashaari dalam Penentuan Sehati Berdansa yang disiarkan secara langsung di Astro Ria (saluran 104) malam tadi.

Terdahulu, pasangan suami isteri SHAI yang terdiri daripada Shairulfazli Sharif dan Rafidah Amit terpaksa akur untuk meninggalkan pentas tarian pada minggu kedua.

aksi tarian pasangan DITA

Pasangan Dita

Bertemakan tarian Latin untuk minggu yang kedua malam Sabtu lalu, pasangan ini telah mempersembahkan tarian dengan iringan lagu Rosalinda nyanyian Thalia. Meskipun menunjukkan peningkatan hasil bimbingan dan galakkan daripada penasihat Zulhuzaimy dan koreografer Syed, pasangan ini masih kurang menyerlah sewaktu persembahan Mari Menari berbanding 11 pasangan lain.

Mereka berada di kedudukan terbawah apabila tempoh undian ditutup dengan 33 peratus berbanding; Razif (55 peratus), Nita ( 52 peratus), Zul (48 peratus), Jaya (48 peratus), Ariz (45 peratus), Masri (43 peratus), Zarin (42 peratus), Rosdi (38 peratus), Fahmi (37 peratus) dan Yat (36 peratus)

Menurut Pengurus Saluran Astro Ria, Puan Azlin Reza Azmi berkata, “Menakjubkan! Itu yang dapat disimpulkan daripada persembahan yang ditunjukkan oleh pasangan Mari Menari untuk persembahan minggu yang kedua. Biarpun masih di minggu-minggu terawal, persembahan mantap yang ditunjukkan kesemua peserta menunjukkan mereka seolah-olah penari profesional.

Pasangan RAZIF kekal di kedudukan teratas

Persembahan yang cemerlang ini tidak akan datang bergolek sekiranya tiada latihan yang bersungguh-sungguh dilakukan. Disiplin yang tinggi juga ditunjukkan kepada mereka terhadap sesi latihan selama 20 jam sebelum persembahan. Kredit juga perlu diberikan kepada para jurureka tari, Dayana, Simon, Ray, Syed, Belalang, Acid, A’ala, Papa J, Khairul, Wei Jun dan Bayu yang bertungkus lumus menurunkan segala ilmu tari kepada para pasangan.

“Kehadiran Erra Fazira, Lisdawati, Ferhad dan Zulhuzaimy yang memikul amanah sebagai penasihat juga berjaya menghidupkan program ini. Kehadiran selebriti-selebriti ini bukan sekadar untuk berkongsi nasihat dan memberikan galakan motivasi serta tunjuk ajar kepada pasangan di bawah jagaan masing-masing tetapi juga sebagai sumber inspirasi kepada para peserta’, tambah Azlin

Kini, tinggal 10 pasangan yang masih kekal dalam persaingan Mari Menari. Mereka adalah; pasangan ARIZ, pasangan FAHMI, pasangan MASRI, pasangan RAZIF, pasangan ROSDI, pasangan YAT, pasangan ZARIN, pasangan ZUL, satu pasangan anak beranak; pasangan JAYA, dan satu pasangan adik beradik; pasangan NITA.

Persembahan setiap pasangan ini diadili dengan sistem pemarkahan 50% juri dan 50% dari undian penonton. Empat orang juri yang terdiri daripada tiga orang penasihat selebriti dan seorang juri profesional Joseph Gonzalez akan memberikan markah persembahan berdasarkan mutu dan teknikaliti persembahan. Manakala, kuasa penonton adalah melalui Sistem Pesanan Ringkas (SMS). Pasangan yang mendapat markah paling rendah pada setiap minggu akan disingkirkan.

Pihak Astro juga amat berbesar hati untuk mengumumkan kehadiran murai.com.my selaku portal hiburan rasmi untuk program ini. Untuk keterangan lanjut, layari laman web rasmi www.astro.com.my/marimenari atau tekan butang merah ”R” di alat kawalan jauh anda.

Jangan lupa untuk saksikan program-program hebat Mari Menari setiap Jumaat, Sabtu dan Ahad, jam 9.00 malam menerusi saluran Astro RIA di 104.

Pasangan yang meneruskan cabaran minggu depan

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

TV3 Kids Parade & Cake Day

Gambar Selebriti di Party GLAM Swinging 60’s