in

Mari Menari Musim Kedua

Lantai tari Mari Menari Musim Kedua kini sudahpun memasuki minggu kedua yang bertemakan “Milenium”. Seperti yang telah pun diumumkan, musim ini adalah berkonsepkan “battle” yang mana dua kumpulan di bawah pengawasan Kapten RAY serta Kapten BELALANG harus berentap setiap minggu untuk mara ke peringkat yang seterusnya.

Mari Menari

Mari Menari Musim Kedua membawakan satu kelainan apabila 10 pasangan dibahagikan kepada 2 kumpulan. Selepas kumpulan yang diketuai oleh jurutari RAY melalui proses persembahan dan penyingkiran, kumpulan kedua yang dikelolai oleh jurutari BELALANG pula mengatur langkah di lantai Mari Menari. Namun langkah ini tidak berpanjangan buat pasangan WAN apabila mereka telah diumumkan sebagai pasangan yang tersingkir minggu ini. Pasangan abang dan adik ini pula terdiri daripada Arziwan dan Azirah Nabilah. Kedua-dua mereka berasal dari Sarawak.

Tema Gemalai Ekstravaganza tidak mengecewakan juri-juri untuk kumpulan BELALANG ini apabila secara keseluruhan kesemua 5 pasangan mempamerkan persembahan yang mantap. Namun bagi pasangan adik-beradik ini, mungkin kurang keserasian membuatkan langkah tari mereka yang diiringi lagu Hala Timur kurang meyakinkan juri untuk memberikan markah yang tinggi serta undian yang tinggi oleh penonton.

Dalam Mari Menari kali ini, Juri Jemputan iaitu Jaafar Onn telah menyahut cabaran penonton-penonton yang memberikan komen di laman sosial Facebook Mari Menari yang ingin melihat Jaafar Onn menyanyi dan menari. Lebih menarik lagi apabila Jaafar Onn bergandingan dengan penyanyi yang sangat baru iaitu Nera yang muncul dalam rancangan realiti Akademi Fantasia 9.

Berikut adalah markah akhir (Juri dan Undian) selepas talian undian ditutup.

1. MIZI – 54
2. FAIZ – 52
3. RAZMAN – 51
4. NITA – 46
5. WAN – 45

4 pasangan Mari Menari di bawah kelolaan BELALANG akan meneruskan cabaran Mari Menari Musim Kedua minggu hadapan dengan tugasan yang lain pula. Saksikan Mari Menari setiap Sabtu dan Ahad, jam 9 malam, eksklusif di Astro Ria (104).

Undi pasangan kegemaran anda! Taip MM dan hantar ke 32999. (Contoh: MM RAZIF) Undi secara pukal dengan menaip MM<3,5,10,20> dan hantar ke 32999. (Contoh: MM20 RAZIF).

Minggu pertama Mari Menari yang bertemakan “Gemalai Ekstravaganza” telah menyaksikan penyingkiran MM UMMI daripada Kumpulan RAY pada hari Sabtu (18 Jun) dengan peratus undian sebanyak 37% serta MM WAN daripada Kumpulan Belalang pada hari Ahad (19 Jun) dengan peratus undian sebanyak 45%.

Kini masih tinggal empat pasangan iaitu MM NORA, MM AZLIN, MM SARAH dan MM BIBI dalam Kumpulan RAY yang berkonsepkan Hip Hop serta empat pasangan dalam Kumpulan BELALANG yang berkonsepkan Nusantara iaitu MM RAZMAN, MM FAIZ, MM NITA dan MM MIZI.

Masih mengekalkan sistem pemarkahan 50% juri dan 50% dari undian penonton, musim ini juga menyaksikan gandingan mantap Joseph Gonzalez, Harith Iskandar dan Vanida Imran yang bakal menggalas tanggungjawab sebagai juri professional. Bersama pengacara Awal Ashaari dan Lisa Surihani, sama-samalah kita saksikan gerak tari mengikut irama yang bakal dipersembahkan oleh pasangan-pasangan musim ini.

Siaran Langsung Mari Menari Minggu Kedua pada 25 & 26 Jun 2011 (Sabtu & Ahad), jam 8.30 malam @ Studio 1, Astro Bukit Jalil. Siapa pula yang akan tersingkir minggu ini? Sama-sama kita saksikan.

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Apa Ada Pada ATTACK THE BLOCK

Hotel Lingga Bandung Pilihan Tepat Tanpa Was-Was