in , , ,

Manjalara Drama Emilda Rosmila ala Mi Gorda Bella?

Manjalara, bukan sekadar nama sebuah bandar yang terletak antara Kepong dan Bandar Sri Damansara. Malah Manjalara juga dijadikan tajuk untuk sebuah drama TV 75 episod atau dikatakan sampai 150 episod?

Manjalara, Antara Tarikan & Hiburan
Walaupun sampai di rumah dalam jam 7 malam, saya tidak melepaskan peluang untuk mengadap TV sementara menunggu nasi masak… Seakan dah jadi rutin untuk mengikuti drama komedi romantis ini yang disiarkan di TV3, setiap hari Isnin hingga Khamis mengisi slot Akasia yang agak jarang ditonton oleh pekerja pejabat.

emilda

Dengan menampilkan pasangan kekasih, Zuliana Aziz atau Jue  dan Jehan Miskin (Iskandar) yang membawa watak adik beradik, menjadikan drama Manjalara lebih enak untuk ditonton. Watak Faizal Yusof, suami kepada penyanyi Siti Nordiana atau Nana yang juga pernah menyertai Hero Remaja membawa watak Farizal, seorang polis atau mata-mata juga menggamit perhatian penonton. Model meletop Ashraf Muslim yang pernah bawa watak Izham dalam Impian Illyana hanya sekadar tempelan. Lakonannya masih lagi kaku dan tidak realistik. Harap muka je macho! Ops! Raja Farah, Ayu Rhaudhah, Radhi Khalid, Aziz Satar pun ada berlakon dalam drama ni.

blogPenggerak dan pelakon utama drama revamp atau ala ‘transformers’ dari rupa buruk kepada rupa cantik jelita ini, Emilda Rosmila Abdul Hamid sebenarnya merupakan adik kepada isteri AC Mizal, Emilia Rosnaida. Nak dibedakan, lakonan Emilia jauh lebih matang daripada kakaknya yang kini hanya menjadi pengurus AC Mizal. Selain plot cerita penuh adegan dramatik, saya tertarik dengan watak Zsa-Zsa (Zaza) yang dilakonkan oleh Abby Abadi. Belum pernah saya lihat Abby membawa watak perempuan gedik sebegini. Watak Zaza yang dramatik, emosi, ceria dan manja begitu menjadi sehingga saya rasa ianya berjaya keluar dari imej Ketua Inspektor Aleeza dalam drama Gerak Khas. Abby dikatakan sanggup berhabis duit, buat kajian homework dan keluarkan pakaian lama ketika bersama kumpulan Elite demi menghidupkan watak ganjil ini. Kalau anda perasan, pakaian Zsa-Zsa mesti kelihatan janggal sehingga membuatkan orang memandangnya berkali-kali seperti stokin panjang warna merah menyala dan berbunga-bunga. Tahniah buat Abby Abadi kerana bijak membawa watak perempuan yang mengada-ngada, poyo dan over sekaligus mengeletek hati saya dengan lawak dan kelucuannya. Sekarang ni Zaza dah jadi pelakon drama dan sudah ada pengurus peribadi sendiri. Personal Assistant dia pun boleh tahan lawak gak. Kira dua kali lima dengan Zaza. Over shadow mengalahkan Zaza, je kan?

Adaptasi dari Drama Luar?
Dikatakan drama ini diadaptasi dan dicedok dari drama Sepanyol, Mi Gorda Bella dan Ugly Betty. Cuma ada keberangkalian sahaja corak dan temanya sama iaitu menonjolkan watak imej buruk yang ditransform secara sikit demi sedikit menjadi gadis jelita. Tapi saya kira plot dan penceritaan lain dan disuaikan dengan suasana dan realiti masyarakat Malaysia. Apa sahaja dikatakan penonton, drama Emil Emilda dulu pun tak kurang juga menerima nasib yang sama.

blogEmilda Rosmila Yang Gempal?
Keberkesanan Emilda Rosmila membawa watak Manja memberikan tarikan pada penonton. Kadang-kadang saya terfikir mengapa watak Manja yang mempunyai bentuk badan yang gempal itu terlalu baik, genius, lemah lembut, jujur dan lurus sangat. Cabaran untuk menghidupkan watak Manja yang selalu dianiayai bukan satu kerja yang senang. Raut wajah Manja yang naif dan lurus buat penonton mengundang simpati dari penonton atas nasib yang menimpa. Dari segi penampilan Manja, saya sedar banyak kelemahan dari segi solekan dan tatarias. Bentuk badan gemuk milik Manja tidak nampak natural kerana hanya menggunakan span yang membaluti tubuhnya. Sedar tak Manja sentiasa menutup aurat dengan memakai baju lengan panjang dan seluar labuh. Tidak panas dan rimas ke Emilda? Perhatikan ketika Manja berlari, mesti ada sedar yang ada sesuatu yang menghalang Manja untuk bergerak. Namun, penonton perlu sedar tentang budget drama ini tidak dapat membantu untuk memberi imej seperti Erra Fazira dalam Cinta Kolestrol.

Sahara, Si Hipokriti Yang Menyampah
Watak Sahara lakonan Sheila Rusly (36 tahun) sangat berkesan kerana Sheila Rusly dikatakan telah menerima feedback positif dari penonton. Namun, saya sangat benci, meluat dan geram dengan watak Sahara yang materialisik, gila harta dan ingin merampas harta anak saudara (Manja). Mimik muka dan ekspressi memang kena dengan watak antogonis ini dan Sheila harap penonton tidak membenci dirinya kerana dia pun rasa tertekan untuk membawa watak berhati busuk, hipokrit dan pandai menggoda ibarat pijak semut tak mati, gunting dalam lipatan dan api dalam sekam. Kini, emenang anugerah Pelakon Komedi Terbaik di Festival Filem Malaysia Ke-17 ini tengah sibuk jadi pengacara untuk program masakan di RTM, Citarasa Selebriti yang akan disiarkan pada bulan Ramadan nanti.

sheila rusly

Sinopsis Drama Manjalara:

Manjalara adalah anak kepada pasangan Kamarul (Azhar Sulaiman) dan Marisa (Rozita Chek Wan). Ibu Manja, Marisa, seorang penyanyi dan pelakon terkenal yang berharta. Entah bagaimana suatu hari keluarga dikejutkan dengan berita kehilangan Marisa sehingga abang kandung Marisa (Mustafa Kamal) dan isterinya, Sahara mengambil keputusan tinggal di rumahnya.

Bagaimanapun setelah Marisa dijumpai semula dan ingin kembali ke pangkuan keluarga, Sahara bimbang Marisa akan mengambil semula hartanya. Menghalang semua itu berlaku, Sahara membunuh Marisa pada hari pertama dia pulang.

Pun begitu tanpa pengetahuan Sahara, segala peninggalan harta sudah diwasiatkan ke atas nama Manjalara dan dia akan memiliki segalanya apabila berusia 18 tahun. Sebab itulah pelbagai taktik dilakukan Sahara untuk memastikan Manjalara yang kini berusia 17 tahun tidak memperoleh satu sen pun harta ibunya.

Lirik Satu Harapan – Lagu Tema Drama Manjalara

Biarpun beribu halangan mahu ungkapkan dari sesiapa
Takkan ku menyiarkan saja semua kata mereka
Tiap hari ku baca satu persatu teka teka
Mimpi yang terbit dari jiwa berkhayalan di minda

Korus:
Satu harapan membara dan menyala
Kan menyinari perjalananku
Sejauh langit biru takkan kuberpatah arah
Harapanku membawa kaki melangkah merasa-rasa kehadirannya
Ooo yeah
Kan terpahat namaku diingatanmu
ohhh… Nanana Lalalalala

Biar sekuat mana hati menjerit hiba meronta-ronta
Tak ku hanyut dalam lamunan merintih menitis airmata
Harusku tegar membawa harapan ini ke alam nyata
Agar bisaku raih angan dan sejuta impian

(Ulang korus)

Harapan yang tersimpan kian lama menghimpun segala pengorbanan
dan suka duka menjalani dengan tabah tiada putus asa

(Ulang korus)

Satu harapan yg menyala…

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Adik Kepada Siti Nurhaliza, Siti Saerah & Elyas Tahir Bertunang

Gambar tunang Ning Baizura, Omar Sharif Christopher Layton Dalton