Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Mamat Exists Diarah Pulangkan Barang Curian



Berita ini Budiey aje petik dari CyBerita yang melaporkan tentang susulan kes Mamat, bekas vokalis Exists yang didakwa telah mencuri telefon bimbit dan jam tangan. Rasanya Mamat belum lagi bercerai kan? Yang Budiey dengar, Mamat ada kekasih di Singapura.

Mamat

Mamat diarah kembalikan barang curian

MAHKAMAH semalam memerintahkan bekas vokalis kumpulan Exist dari Malaysia, Mamat, mengembalikan barang-barang yang didakwa dicurinya kepada pegawai siasatan.

Mamat atau Mohd Ali Kamarudin, 31 tahun, yang dituduh mencuri dua telefon bimbit dan sebuah jam tangan, memberitahu mahkamah bahawa dia lupa kembalikan barang-barang itu. Oleh itu, Hakim Mahkamah Rendah, Encik Shaifuddin Saruwan, menangguh perbicaraan tersebut hingga 6 Januari depan.

Mamat diberkas polis pada 18 November lalu di Lorong 24 Geylang, setelah pelakon bebas Singapura, Amy Kecik, dan sepupunya, Encik Noor Shazeel Sazali, membuat laporan polis.

Menurut kertas dakwaan, Mamat melarikan telefon bimbit jenama Nokia N75 yang dibeli dengan harga $580 serta jam tangan jenama Levi’s milik Encik Noor Shazeel, tiga hari sebelum melarikan telefon bimbit Amy Kecik. Dia didakwa melarikan kedua-dua barangan tersebut dari rumah Encik Shazeel di Bishan, 11 November lalu.

Di samping itu, Mamat juga dikenakan tuduhan kedua mencuri telefon bimbit Amy Kecik atau Encik Suhailmi Ruslan dari rumahnya di Tampines, pada 14 November lalu. Telefon bimbit terpakai berjenama Samsung itu berharga $280.

Memberi sebab mengapa dia ingin kesnya ditunda, Mamat di penampilan keduanya di Mahkamah Rendah semalam mendakwa dia terlupa kembalikan barang berkenaan kepada pegawai penyiasat. Hakim Daerah Encik Shaifuddin memberinya hingga hari ini untuk kembalikan barang-barang tersebut kepada pegawai penyiasat.

Mamat kini bebas dengan ikat jamin.

Berita Harian difahamkan bahawa dia menetap sementara di rumah makcik temanitanya di Bedok Reservoir. Teman wanitanya dipercayai seorang warga Singapura berumur 16 tahun.

Dalam laporan Berita Harian bulan lalu, Mamat berkata dia mengalami trauma kerana telah ditahan di balai polis di sini dan tidak dibenarkan keluar dari Singapura.

Dia mula rapat dengan Amy Kecik ketika menjadi salah seorang anggota panel hakim dalam pertandingan nyanyian ‘Bintang Sensasi’ di Kelab Masyarakat (CC) Taman Jurong, Mei lalu.

Mamat, yang popular dengan lagu Untukmu Ibu pada 1990-an, pernah didakwa di mahkamah atas tuduhan merogol (statutory rape) setelah dituduh melakukan hubungan seks dengan seorang budak perempuan berusia 14 tahun.

Mamat kemudian dilepaskan tetapi tidak dibebaskan dan terus ‘menghilang’ daripada dunia hiburan selama hampir lima tahun.

Jika didapati bersalah, Mamat boleh dipenjara hingga tujuh tahun dan didenda bagi setiap tuduhan tersebut.

Tags:

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Mamat Exists Ditangkap Miliki Barang Curi & Positif Dadah
  • Konflik Remaja Dalam Drama Januari di RTM
  • Drama Januari Sempena Tahun Baru 2011
  • Azhar Sulaiman Tayang Bontot?
  • Profile Para Pelakon Filem CHERMIN
  • Mamat Exist Dibebaskan Dari Dakwaan Curi Telefon Bimbit
  • HP and Barang Barang Award Winner of The Guess and Win Contest
  • Senarai Top 5 Pengarah Filem Terbaik & Barisan Juri FFM23
  • Photo of the Day: The Beatles at Mint Museum of Toys
  • Filem Apokalips Arahan Mamat Khalid



    • Tabuan

      MAMAT LU BUAT MALU AJE LAH….

      DATANG NEGERI ORANG BUAT TAIK !

      NAMPAK SGT LU JANTAN SENGKEK TAK BERDUIT !

      *memang muka lu pun muka kental per.. muka mat kotai *

      LU PUNYA AIR MUKA PUN SUA NAMPAK MUKA TAK BAIK PUNYA JANTAN.

      KENA TANGKAP TEMPAT LORONG GEYLANG LAK TU….

      MULA2 KENA TANGKAP TAK NGAKU KATA DI ANIANYA LAH
      *buang masa lah nak anianya jantan haprak mcm lu*

      MCM2 LAH LU PUNYA NAFI BANYAK LOBANG

      DGN REPORTER BLEH LAH LU TEMBERANG

      MACAM LU LOBANG LU PUNYA ANAK BINI !

      LAH NI MATAIR DGN BUDAK 16THN…

      KALO “MAIN” DAH BOLEH KIRA KES ROGOL TAU BEROK…

      INGAT TAAU…

      JGN KES CURIK HP/ JAM BLUM ABIS,

      NANTI PULAK KENA CHARGE “MAIN” DGN BUDAK UNDER AGE LAK..

      :P :)

    • aini

      mamat2 mmg buat malu org melayu..dah x mampu sgt ke nk beli brg2 tu..nape x igat kat anak dan isteri..kesian kat dorang.mesti si anak malu bila di ejek oleh rakan2 sama gak la dgn si isteri malu dgn sikap suami cam x tau beza kan DOSA DAN PAHALA.BELAJAR LAH BERTAUBAT MAMAT oi JGN TAU BUAT JER…

    • http://akedzamrud1.blogspot.com akak

      apa hal la lu ni mamat? tk habis2 dari muda sampa ke tua…huuishhhhhhh

    • Jua JB

      anak die dgn dak 14 tahun tu dh besar gaknye..

    • Kak Teh

      Heran gak tengok budak pompuan yang giler kat beruk jantan ni!!! dah lah tak hensem, kaki pompuan, pencuri…dah ada bini wat hal lak ngan pompuan lain…poket kosong…nak kata glamor sangat tak gak… may be glamor sebab prangai dia kot….! x pahe x pahe…

    • http://annenazir.blogspot.com ANWC Collection

      Astaghfirullah, nape la buat keje camni?

    • nanie

      buat malu je.apelah penyanyi macam tu

    • karL Nizam

      sepatutnya mamat nih pergi cari kerja… cari duit besarkan anak… tak fikir ke masa depan anak?? yang malu golongan artis gak, itu yang masyarakat cop golongan artis nih kurang bermoral walaupun tak semuanya begitu tapi dah sebab tempias sesetengah golongan yang kurang berfikir ni… ; )

    • NONA

      PERGHHHHH TU DIA KATA2 AZIMAT DARI ABG TABUAN KITA…BETUL 3x (TIRU SUARA UPIN IPIN) MAMAT NI NTAH APA LA NK JADI..INGAT BILA USIA DAH MENIGKAT DEWASA, PERANGAI DAH BERUBAH..SEMENTELAH AWAK TU PUN DAH ADA ANAK BINI..MEMANG PATUT BINI DIA MINTAK CERAI (DLM MELODI) LAKI PERANGAI MCM SAMDOL NI TK BOLE BAGI PELUANG KEDUA PD DIA..DULU KANTOI BUAT SEX NGAN BUDAK 14 TAHUN..PATUTNYA DAH CUKUP JADI PENGAJARAN..TAPI DIA BUAT BALIK..DULU BOLE KATA DIA PUN BARU NK AKIL BALIGH..MASIH MENTAH..TP LA NI DAH 31 THN WOI…MASIH NK PROJEK NGAN BUDAK BAWAH UMUR LAGI..SETAN TUL LA..MENCURIK LAK TU..CURIK HANDPHONE MURAH, BUAT HUBUNGAN NGAN BUDAK BAWAH UMUR..NAMPAK SGT MURAH SI MAMAT NI..ALANG2 JADI JAHAT ROMPAK LA BANK..BARU GEMPAK KUAR MUKA DEPAN KT PAPER TUH..

    • apeapeaja

      gelap je perjalanan hidup si mamat nie dri muda sampai ke tua….harap2 sok dah tua gaban jgn la buat benda2 yg x bermaruah lg.

    • Hamba Allah

      Insafla wahai Mamat….



































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK