Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Mamat Exist Dibebaskan Dari Dakwaan Curi Telefon Bimbit



Bekas anggota kumpulan Exist, Mohd Ali Kamarudin atau lebih glamour dengan nama Mamat Exist yang ditahan atas dakwaan mencuri telefon bimbit seorang pelakon tempatan pada Jumaat minggu lalu, dibebaskan dengan ikat jaminan malam kelmarin.

Mamat dipercayai diikat jamin oleh bapa saudaranya yang menetap di sini sekitar jam 8 malam di Balai Polis Bedok. Polis mengesahkan penyanyi yang terkenal lagu Oh Ibu sudah bebas tetapi siasatan masih dijalankan. Penyanyi itu ditahan selepas Suhailmi Ruslan atau juga dikenali sebagai Amy Kecik membuat laporan mendakwa Mamat mencuri telefon jenama Samsung berharga S$280 (RM685.11) dari rumah beliau pada pagi Jumaat minggu lalu.

Amy Kecik ketika dihubungi mahu menarik balik dakwaan terhadap rakannya itu atas alasan beliau kasihan tiga anak Mamat masih kecil. Bagaimanapun, katanya, langkah menarik balik dakwaan itu tidak dibenarkan polis dan Mamat kini berada di rumah ibu saudara teman wanitanya di Bedok Reservoir.

Berita Harian difahamkan teman wanitanya itu seorang warga Singapura berusia 16 tahun. Ketika ditemui Berita Harian di Bedok Reservoir semalam dan diminta mengulas mengenai kes curi itu, Mamat berkata beliau bukan orang yang bersalah, tetapi orang yang dituduh.

Mamat berkata, beliau tidak mahu memberi butir lanjut mengenai kes itu kerana sudah dinasihati polis supaya tidak melakukan demikian kerana masih dalam siasatan. Dia turut melahirkan rasa tidak puas hati dengan kenyataan yang dikeluarkan Suhailmi dalam laporan Berita Harian kelmarin.

“Namanya kawan, tetapi dia sudah menjatuhkan nama saya dengan memberikan kenyataan seperti itu kepada Berita Harian. Saya tak kisahlah jika dia mahu memberikan kenyataan itu untuk menaikkan namanya sendiri, untuk memberi publisiti murahan kepada diri sendiri. Saya sudah tak nak dengar nama si Suhailmi itu lagi, ” katanya.

Mamat berkata, dia masih dalam keadaan trauma kerana ditahan di balai polis di sini. [sumber]

Tags:

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Mamat Exists Ditangkap Miliki Barang Curi & Positif Dadah
  • Mamat Exists Diarah Pulangkan Barang Curian
  • Telefon Bimbit Mampu Milik
  • Lirik Lagu Bila Mati Cinta Terhenti Aswad AF5
  • Sidang Media Awal Ashaari di Malam Final Sehati Berdansa
  • Altimet, Linda & Diana Rafar Lancar Handset Snacktunes
  • Gossip Artis Rakam Gambar Anu
  • Farahrizan Dibebaskan & Ulangtahun Ke-2 Budiey.com
  • Azhar Sulaiman Tayang Bontot?
  • Ada Apa Dengan Durian Lakonan Fizo Omar



    • Zaaqyah

      alahai..mamat2..hm..ntah laa..mcm2 artis skrg nih..tp,sian jugk bla jdi cmni..

    • Mr BoO

      kesannn….biasala tu,kwan makan kawan sendiri…

    • nana

      BODO PUNYA MAMAT!!
      ELOK2 ADA ANAK BINI PI MENGGATAL DGN BETINA LAIN…UMUR 16 THN PULAK TU!
      DAH SI AMY TU TARIK BALIK TUDUHAN DIA PI BLAME LAGI KWN DIA TU..
      TAK RETI BERTERIMA KASIH LANGSUNG!

    • NONA

      kalo kawan makam kawan, memang aku tak suka…tapi perangai mamat yg pi menggatal ngan budak bawah umur tuh pun aku tk suka…lagi nyampah adala…ni bukan pertama kali dia buat camtu….umur bukan budak2 lagi..cubala jadi lelaki yg bertanggungjawab pada keluarga..jgn nk enjoy jerrr

    • Tabuan

      Aku tak leh angkat tengok muka si mamat ni… macam nak taplek dgn terompah jepun jek ! MAMAT TETAP KENTAL FOEREVER …

    • Syaheeda

      budak 16 tahun teman wanitanya? alahai… itu mesti untuk suka-suka saja.



































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK