in

Mallika Sherawat Bakal Meriahkan Kuala Lumpur International Film Festival 2008

KLIFF atau nama penuhnya Kuala Lumpur International Film Festival kembali lagi. Kali ini lebih gempak. Khabarnya, Malika Sharawat, pelakon popular dari Bollywood akan memeriahkan lagi malam kemuncak KLIFF 2008! Kira happening gak tu. Budiey dapat tahu Malikka Sharawat sekarang ini sedang sibuk berlakon di California dan dia akan terbang dari sana untuk singgah sekejap di Malaysia. Selain itu, ramai lagi selebriti dari luar negara akan datang di samping Maya Karin, Farid Kamil, Carmen Soo, Fasha Sandha dan ramai lagi.

Malikka Sherawat, Bollywood star yang seksi meksi

Pada acara itu seramai 500 karyawan perfileman tempatan akan dijemput di mana tiga anugerah bagi kategori-kategori Filem Dokumentari, Animasi dan Filem Pendek bakal disampaikan kepada para pemenangnya.

Pada 16 November lalu, Budiey telah menghadiri sidang media ke-3 KLIFF 2008 yang diadakan di Dewan Kelantan, PWTC. Antara yang datang ialah pelakon Hans Isaac, Ahmad Puad Onah selaku Presiden Gabungan Persatuan Perfileman Malaysia (GAFIM), wakil KLIFF Sdn. Bhd., Norman Abdul Halim, Pengarah Festival iaitu Wafa Datuk Abdul Kadir, Mohd Mahyidin Mustakim selaku Pengerusi Bersama Festival dan juga Datuk Mustapha Maarof. Bertemakan “Celebrating Cultural Diversity”, KLIFF 2008 pastinya akan lebih meriah.

FESTIVAL Filem Antarabangsa Kuala Lumpur 2008 (KLIFF 2008) memperlihatkan peningkatan yang amat memberangsangkan daripada segi penyertaannya. KLIFF 2008 mencatatkan jumlah peningkatan 56 penyertaan kepada 178 berbanding 122 ketika kali pertama dianjurkan tahun lalu.

Untuk info korang, Kuala Lumpur International Film Festival 2008 akan berlangsung pada 26 hingga 29 November 2008 dengan kerjasama FINAS dan disokong oleh Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia. Ratusan filem dari negara-negara benua Amerika Utara, Amerika Selatan, Afrika, Asia dan Eropah menyertai festival yang kali kedua dianjurkan itu. Kuala Lumpur International Film Festival kali kedua dijamin kemeriahannya apabila mendapat perhatian pihak berkaitan dari negara luar.

Yang menariknya lagi, KLIFFF kali ini akan memberikan imbuhan wang tunai kepada pemenang. Untuk filem terbaik keseluruh akan menerima RM20,000 dan trofi manakala filem terbaik setiap benua akan menerima RM3,000. Di samping itu, pemenang akan membawa pulang trofi dan sijil. Wow! Banyak tul bajet kan?

Pada malam pembukaan yang diadakan pada 26 November 2008 (Rabu), 7.45 malam di Amphitheatre, Kraftangan Malaysia, Kompleks Kraf Kuala Lumpur, Seksyen 63, Jalan Conlay, Kuala Lumpur, dijangka lebih 50 delegasi peserta KLIFF akan turut hadir ke majlis itu. Ianya akan disempurnakan oleh YB Dato’ Seri Hj. Mohd Shafie b. Hj. Apdal, Menteri Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia.

Menariknya untuk korang… sebagaimana KLIFF tahun lepas, KLIFF kali ini menyediakan banyak tayangan percuma untuk korang tonton! Rugi kalau korang tak tonton. Sebanyak 50 sesi tayangan bagi tayangan umum akan ditayangkan di Golden Screen Cinemas Pavillion, Kuala Lumpur dan Golden Screen Cinemas, Mid Valley, Kuala Lumpur mulai 26 November hingga 30 November ini. Jadi kepada korang yang nak tonton filem percuma, korang bolehlah mengambil tiket percuma di kaunter yang dikhususkan untuk KLIFF di pawagam yang berkenaan. Antara filem yang ditayangkan ialah Sepi, Pensil, Wayang, Anak Halal, Cuci, Duyung dan Apa Kata Hati. Budiey rasa nak tonton filem Pensil yang ditayangkan secara percuma pada 26 November jam 9 malam.

Untuk jadual tayangan, sila layari website KLIFF 2008 di:
www.klfilmfest.com

Pada 27 November di GSC Mid Valley tayangan akan dibuat secara grand dengan hamparan karpet merah dan dihadiri oleh para pelakon dan juga pengarah filem.

Ada juga filem yang dilabelkan 18SX kerana mengandungi unsur yang mungkin boleh dianggap lucah bagi masyarakat Malaysia. Filem-filem tersebut hanya membenarkan penonton berusia lebih 18 tahun sahaja.

“Bukan ramai karyawan kita yang dapat peluang menghadiri festival antarabangsa yang dianjurkan di negara luar. Inilah masa untuk kita mendekati karyawan luar negara yang datang ke sini. Nama-nama yang akan datang nanti mungkin kita tidak kenal kerana filem mereka tidak sampai ke sini. tapi apabila saya baca biografi mereka, memang saya sendiri mengaklu-alukan dan berbesar hati menyambut mereka. Ada filem baru yang belum ditayangkan pun turut menyertai festival kali ini. Kita akan pastikan tahap usia penonton kerana kita tak mahu ada yang tidak boleh menerima unsur yang mungkin menjurus kepada unsur seks dalam filem-filem itu,” kata Wafa.

Antara filem yang dilabel 18SX ialah Fugitive Pieces (Kanada), American East (Amerika Syarikat), Al Koloub Al Mouthtariqua (Burned Hearts) dari Morocco, Lilet Il baby Doll (Mesir) dan Darling (Perancis).

Korang boleh menonton malam kemuncak yang akan disiarkan secara langsung di Astro Kirana pada jam 9 malam. Ramai artis yang akan buat persembahan termasuklah dari luar negara. Antaranya persembahan lagu runut yang dipetik dari filem yang akan dinyanyikan oleh Dato’ Siti Nurhaliza, Melly Goeslow berduet dengan Yusri dalam Bius Cinta, Ladylike, Ning Baizura, lagu medley dendangan Dafi, Zahid, Suki dan dari Impak Maksima The Musical.

Hans Isaac, wakil pelakon

Pengarah Festival iaitu Wafa Datuk Abdul Kadir

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Iqram Dinzly Dalam Drama Anak Mak

Gambar Jehan Miskin Bersama Aweks Comel dan Gebu