Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me











Malaysia Book of Records



RTM KONGSI PENCAPAIAN REKOD-REKOD NEGARA DALAM MALAYSIA BOOK OF RECORDS DI TV1

Program Malaysia Book Of Records yang bersiaran mulai 25 Januari 2010 lalu dengan mengundang Dato’ Siti Nurhaliza yang mencatat rekod Anugerah Terbanyak Dimenangi Seorang Penghibur (Most Awards Won Artist) menjadi tarikan terbaharu Radio Televisyen Malaysia (RTM) yang menjanjikan program-program terbaik kepada penonton setia salurannya.

Ras Adiba

Ia sebagai usaha RTM berkongsi detik dalam menceritakan tentang perjalanan hidup dan kejayaan seorang insan biasa yang telah memegang rekod kebanggaan negara malah berkongsi pengalaman suka dan duka mereka dalam perjalanan untuk memecahkan rekod tercatat dalam Malaysia Book Of Records.

Menampilkan pengacara Angkasawan Pertama Negara Dato’ Dr. Sheikh Muszaphar Shukor, program majalah 13 episod, Malaysia Book Of Records yang disiarkan setiap hari Isnin, jam 4.05 petang di TV1 menampilkan ikon-ikon negara pelbagai bidang termasuklah sukan dan hiburan tanahair juga lain-lain pencapaian yang membanggakan negara di mata dunia. Menariknya turut menceritakan bagaimana seorang yang berjiwa patriotik mengharumkan nama negara dengan sumbangan yang amat bermakna untuk dikongsi seluruh rakyat Malaysia.

Menerusi bidang sukan muncullah individu berjaya seperti Mohd Norazmin Abd Aziz yang mencipta rekod Pertama Berenang Merentasi Selat Melaka (First To Swim Across Melaka Straits), Datuk Lee Chong Wei (Individu Pertama Memungut Pingat Perak Olimpik (First Individual Olympic Silver Medal), Wendy Chai & Adrian Ang (Pertama Menjuarai Masters Ranking Dunia (First to Win World Ranking Masters) & Pemain Bowling Pertama yang Menjuarai Masters Kejohanan Bowling Asia (First to Win Masters Titles In Asian), Sazali Samad (Pertama Memenangi Empat Kejuaraan Mr.Universe (First to Win Four Mr. Universe Titles), Azizulhasni Awang & Mohd Rizal Bin Tisin (Pelumba Pertama Malaysia Berjaya Meraih Pingat Kejohanan Lumba Basikal Trek Dunia & Pelumba Pertama Malaysia Berjaya Meraih Pingat Perak Kejohanan Lumba Basikal Trek Dunia (First to Win Silver Medal in World Track Championship & First Medal In World Track Championship dan Alex Yoong (Pelumba Formula Satu Pertama (First F1 Driver).

Tidak ketinggalan lapangan hiburan dan seni yang menobatkan nama Asmawi Ani (Jualan Terlaris Bagi Album Sulung (Dalam Satu Minggu)( Best Selling Debut Album (In One Week) dan Jaclyn Victor (Pemenang Malaysian Idol Pertama (First Malaysian Idol Winner) selain Ahadiat Akashah Bin. Khairuddin Akashah (Penulis Novel Yang Terbanyak Diterbitkan (Most Published Novelist).

Bukan itu sahaja malah pengiktirafan turut dikongsi sama penerima anugerah yang lain termasuklah Ravichandran Tharumalingam (Pendaki Everest Solo Pertama Malaysia Yang Mendaki Melalui Utara (First Solo Climber to Conquer Mount Everest (North Face) dan Ras Adiba Radzi (Pengembara Berkerusi Roda Solo Pertama (First Solo Wheelchair Journey).

Malah menariknya program ini turut berkongsi sama kejayaan membanggakan yang pernah dicapai oleh Dato’ Dr. Sheikh Muszaphar Shukor sebagai Angkasawan Pertama (First Angkasawan) dengan penonton yang begitu mengagumi kemampuan beliau di mata semua rakyat negara kita.

Di samping topik utama mengaitkan tetamu undangan, Malaysia Book Of Records yang diterbitkan oleh R & D Communication Sdn Bhd ini memaparkan juga segmen selingan dengan paparan menarik rekod Pendaki Menara Termuda (Youngest To Climb KL Tower), Jambatan Gantung Pejalan Kaki Yang Terpanjang (Longest Pedestrian Suspension Bridge), Lukisan Dasar Laut Pertama Yang Terpanjang (First Underwater Painting By Children), Patung Murugan Yang Tertinggi (Tallest Murugan Statue), Lukisan Mural 3D Yang Terbesar (Biggest 3D Mural), Kolam Luncur Air Berombak Terbesar (Largest Surf Wave Pool), Menara Tertinggi (Tallest Tower), Akuarium Air Tawar Yang Terbesar Di Malaysia. (Largest Overhead Freshwater Aquarium), Pengembaraan Terjauh Menggunakan Skuter (Longest Distance Traveled on a Scooter), Anak Tangga Terbanyak terletak di Batu Caves dan Planetarium Terbesar (Biggest Planetarium).

Justeru pastikan anda meluangkan masa menyaksikan wajah-wajah pencetus kejayaan dan mengharumkan negara di mata dunia menerusi Malaysia Book Of Records yang disiarkan setiap hari Isnin, jam 4.05 petang di TV1.

Tags:

Tags:

Comments

comments

Powered by Facebook Comments



Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Refleksi Orkestra Catat Malaysia Book Of Records
  • Egyptian Book of the Dead
  • Shila Amzah & Hafiz di Malaysia’s Largest Simultaneous Mother & Daugther Make up
  • Orkestra RTM dalam Malaysia Book of Records
  • Video Muzik Lagu UNTUKMU Joe Flizzow Duet Ila Damiaa
  • Gambar Nubhan di Majlis Menandatangani Kontrak Maestro Records & Talents & Artiste United Records
  • ‘Brady Bunch’ Star Reveals All About Lesbian Fling With TV Sister?
  • Mantera Koleksi Hits Terbaik Malique
  • List Winner 54th Annual GRAMMY Awards
  • Sony Pictures Animation’s Cloudy with a Chance of Meatballs



  • 3 Komen untuk entri “Malaysia Book of Records”

    1. NONA kata:

      ENCEMNYA DATO DR SHEIKH MUSZAPHAR NI…TP KENAPA KUL 4 PTG ? CAMANA NK TENGUK…APALAH….SIARKANLA WAKTU MALAM

    2. azyan kata:

      Nak tau cara bagaimana nak register dalam Malaysan Book of records ba event

    3. Xandrea kata:

      he is my fav icon…i wish i could be him… i want to see the moon too…hehe…

    =========================
    SEGALA KOMEN YANG DITULIS ATAS TANGGUNGJAWAB DAN RISIKO ANDA SENDIRI. PIHAK BUDIEY.COM TIDAK BERTANGGUNGJAWAB ATAS SEBARANG KOMEN YANG DITULIS OLEH PEMBACA. HARAP MAKLUM

    Sila tinggalkan komen anda di sini:































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK