in

Malam Gala Seribu Bintang Karyawan & Pbank

Sehari selepas pulang dari Media Trip ke Pulau Phuket & Krabi dengan menaiki Star Cruise Libra anjuran 8TV, Budiey dah mula mencari berita untuk tatapan pembaca. Walaupun badan sengal-sengal dan rasa lenguh-lenguh, tapi digagahkan juga. Dengarnya, ramai media yang mengadu sakit dan migraine selepas mengikuti rombongan. Maklum sahajalah, bila perjalanan terlalu jauh, naik bas dari KL ke Penang kemudian rasa mahu mabuk laut masa dalam kapal.

Pada 22 September lalu, hari Khamis Budiey sempat singgah di Roof Garden, Sime Darby Convention Centre, Bukit Kiara untuk menghadiri Sidang Media Malam Gala Seribu Bintang anjuran Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) dengan kerjasama Persatuan Benca Alam Negeri Kedah (PBANK).

Untuk info pembaca, Malam Gala Seribu Bintang 2011 akan diadakan pada hari Rabu, 19 Oktober 2011 di Pusat Konvensyen Sime Darby Kuala Lumpur dan kalau tak silap Budiey ini adalah kali kedua dianjurkan oleh Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan) untuk mengumpul dana Tabung Penggiat Seni Karyawan persatuan itu.

Pengerusi Persatuan Karyawan Malaysia (Karyawan), Datuk Freddie Fernandez berkata, malam amal itu turut bertujuan mendapatkan dana untuk Persatuan Benca Alam Negeri Kedah (PBANK) yang bekerjasama menjayakan majlis berkenaan.

Antara artis yang bersetuju untuk bersama-sama menjayakan majlis itu nanti adalah Natasha Hudson, Vanidah Imran dan Neelofa selain beberapa model terkenal yang bakal memperagakan busana eksklusif rekaan pereka terkenal, Albert King. Penyanyi Jamal Abdillah, Aishah, Datuk Julie Sudiro dan Ibnor Riza telah mengesahkan untuk tampil membuat persembahan istimewa. Selain itu juga ada pertunjukkan dari MOUAWAD, sebuah jenama fesyen terkenal yang terletak Starhill Gallery. Bagaimanapun Freddie berharap akan lebih ramai artis tempatan tampil untuk menghulurkan bantuan bukan sahaja daripada segi kewangan tetapi juga bakat mereka dengan menghadiri majlis tersebut.

Selain selebriti dan penyanyi, majlis ini diserikan juga dengan beberapa VVIP terkenal seperti Yang Dipertua YTM Tunku Annuar Ibni Almarhum Sultan Badlishah, Timbalan Yang Dipertua Dato Wira Abdul Rahman Bin Ismail, Naib Yang Dipertua 1 Yang, Toh Puan Noor Suzanna Abdullah, Naib Yang Dipertua II Dato Wira Ku Nahar Bin Ku Ibrahim. Mereka juga akan menyumbangkan suara dan menghiburkan hadirin dengan rangkaian lagu Melayu, Cina dan Bollywood termasuklah YM Tuanku dan Toh Puan Bendahara Kedah yang tidak asing lagi dalam industri muzik tanahair.

Budiey.com turut dijemput untuk menghadiri majlis Malam Gala Seribu Bintang ini. Terima kasih kepada Karyaawan dan PBank. Budiey harap kepada semua pembaca juga dapat war-warkan majlis ini kepada semua agar ada yang sudi menderma dengan membeli meja dan tiket untuk hadir di majlis ini.

Malam Seribu Bintang Karyawan

Datuk Freddie Fernandez

Freddie berkata, idea untuk mengadakan majlis itu tercetus daripada ilham Naib Yang Dipertua I PBANK, Toh Puan Bendahara Kedah, Datuk Noor Suzanna Abdullah yang mahu masyarakat di luar sana membantu golongan memerlukan termasuk para artis.

“Idea ini datang daripada beliau yang prihatin bukan sahaja kepada seluruh rakyat negeri Kedah melalui PBANK tetapi juga berhasrat untuk membantu golongan artis yang sedang terlantar sakit atau memerlukan bantuan tertentu. Usaha sama antara Karyawan dan PBANK juga bukan kali pertama dan kami sering mengadakan pelbagai majlis amal untuk mendapatkan dana bagi menghulurkan bantuan kepada golongan memerlukan. Dari sehari ke sehari, bilangan artis yang sakit, memerlukan pencen dan kurang upaya semakin bertambah,”

Dalam pada itu, Freddie berkata, kutipan daripada majlis itu akan turtu disalurkan kepada mangsa-mangsa bencana sejak dua bulan lalu di Kedah melibatkan daerah Padang Terap, Baling, Kuala Muda, Kota Setar dan Pendang. Beliau berkata, pihak korporat atau persendirian yang ingin menyumbangkan tajaan pada malam itu boleh melakukannya melalui pembelian meja dengan harga istimewa.

Budiey kira usaha murni dari Karyawan ini harus dipuji kerana ia menyumbangkan bantuan kepada artis yang betul-betul memerlukan. Budiey perhatikan dalam banyak-banyak persatuan, Karyawan adalah persatuan yang betul-betul komited dan konsisten dalam aktiviti amal. Semoga usaha murni ini berjaya mencapai matlamat.

Untuk sebarang pertanyaan mengenai acara tersebut boleh menghubungi PBANK di talian 03 – 7955 6211 atau Persatuan Karyawan 012-2071 400.

karyawan

Malam Seribu Bintang Karyawan

Albert King

Malam Seribu Bintang Karyawan

Malam Seribu Bintang Karyawan

Timbalan Yang Dipertua PBANK, Y.Bhg Dato’ Wira Abdul Rahman Bin Haji Ismail

Malam Seribu Bintang Karyawan

Malam Seribu Bintang Karyawan

Malam Seribu Bintang Karyawan

Malam Seribu Bintang Karyawan

Yahya Sulong

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Ulasan Filem The Thing

Muzikon Lancar Single AYU & Gary V LIVE in Malaysia 2011 Tour