in

Malam Anugerah Gemilang Cipta Festival Filem Malaysia 24

8.20 Malam: Selepas Majlis Pelancaran Filem Azura 2012, Budiey bergegas pula ke Malam Anugerah Gemilang Cipta Festival Filem Malaysia 24 yang sekarang ini (live blogging) diadakan di Panggung Anniversari, Taman Tasik Perdana, Kuala Lumpur. Ini julung-julung kali Majlis Anugerah Cipta diadakan di Panggung Anniversari di mana ia sebuah lokasi yang terbuka. Semenangnya, majlis ini terbuka kepada orang ramai juga.

Ramai pembaca dan follower Budiey di Twitter keliru dengan apa yang Budiey tweet tentang malam anugerah ini. Sebab setahu korang, anugerah FFM hanya akan berlangsung pada hari Ahad ini di Putrajaya. Maka, ramai yang tak tahu akan Majlis Pelancaran FFM24 yang berlangsung malam ini seperti majlis pra-FFM di mana sebanyak 10 anugerah cipta disampaikan kepada pemenang.

Masih ingat lagi, pada tahun lepas, Majlis Perasmian FFM telah diadakan di e@Curve, Mutiara Damansara.

Antara tetamu kehormat yang hadir ialah Timbalan Perdana Menteri, YAB Tan Sri Dato’ Muhyiddin bin Yassin. Datuk Bandar Kuala Lumpur dan beberapa KSU lain juga turut hadir.

Pada malam ini, sebanyak 10 kategori anugerah cipta akan disampaikan kepada pemenang. Ada 22 kategori pencalonan akan diumumkan pada Malam Anugerah Gemilang Perdana pada 20 November 2011 di PICC Putrajaya.

Pengacara Malam Anugerah Gemilang Cipta Festival Filem Malaysia 24 ialah Halim Othman dan Linda Onn. Manakala, pengacara Malam Anugerah Gemilang Perdana pula akan dihoskan oleh pelawak terkenal, Johan Raja Lawak dan pelakon & penyanyi Ogy Ahmad Daud.

Budiey update entry ini secara live blogging di mana ia mengikut masa sebenar ia berlaku… so, enjoyz ya!

8.29 malam: Budiey sampai di perkarangan Panggung Anniversari untuk pertama kali. Ia tak ubah seperti sebuah stadium terbuka yang kecil dengan pentas dan tempat duduk ala stadium. Jika hujan, pasti rosak program ni sebab terkena tempias. Nasib baik malam ini hujan hanya renyai-renyai membasahi bumi petang tadi.

8.32 malam: Ada ternampak kelibat pelakon kanak-kanak Mia Sara Nasuha yang tercalon dalam kategori Pelakon Kanak-Kanak Terbaik bersama pelakon baru Zalif Sidek. Pelakon Cinta Kura-Kura, Aeril Zafriel juga turut hadir dengan pakaian yang sangat kasual.

8.38 malam: Pengacara majlis, Halim Othman menyuruh semua penonton bertepuk tangan dengan penuh semangat setibanya tetamu kehormat.

8.55 malam: Hos Halim Othman mengumumkan ketibaaan Timbalan Perdana Menteri Malaysia yang baru tiba. Serentak dengan itu, muzik dari orkestra dimainkan.

8.57 malam: Semua hadirin diminta berdiri untuk menyanyikan lagu Negaraku. Nyanyian diiringi oleh Ika Muzika – Malaysian DRUM Symphony.

8.59 malam: Budiey nampak kelibat Shaheizy Sam yang masih berjambang baru tiba. Pelakon Liyana Jasmay juga kelihatan di tempat duduk artis.

9.00 malam: Persembahan pembukaan dari Ika Muzika – Malaysian DRUM Symphony (MDS).

9.09 malam: Hos Linda Onn & Halim Othman membuka majlis anugerah cipta dengan memperkenalkan & mengucapkan selamat datang serta terima kasih kepada tetamu kehormat dan turut berceloteh serba sedikit tentang anugerah cipta.

9.10 malam: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin bin Yassin sedang berucap. Antara isi ucapannya, filem bukan bahan hiburan semata-mata tapi filem sebenarnya adalah satu senjata yang paling ampuh dalam mempengaruhi minda masyarakat.

9.17 malam: Timbalan Perdana Menteri, Tan Sri Muhyiddin bin Yassin dengan lafaz bismillah telah merasmikan Festival Filem Malaysia 24.

9.18 malam: Persembahan medley dari 3 orang penyanyi yang menyanyikan 3 buah lagu dari filem Melayu. Antaranya, dari filem Hujan Panas, fIlem Ali Setan dan penyanyi Roy menyanyikan lagu Khayalan dari SH3 The Movie.

9.19 malam: Majlis Penyampaian sijil kepada 16 penerbit filem dan 25 penerbit filem pendek dan 8 penerbit filem Animasi. Agak membosankan penonton kerana terpaksa mengambil masa yang lama untuk sesi ini. Namun, sekurang-kurangnya memberikan info kepada budiey akan filem & syarikat mana yang bertanding di FFM kali ini.

9.38 malam: Penyanyi Nadia AF menyanyikan lagu dari filem Gol & Gincu – Teruja.

8.40 malam: Anugerah pertama yang disampaikan ialah Poster Terbaik yang dimenangi oleh Filem Hikayat Merong Mahawangsa. Tahniah KukuBesi. Karya anda memang superb!

8.43 malam: Pemenang Kesan Visual Terbaik #FFM24 juga dimenangi oleh filem Hikayat Merong Mahawangsa terbitan KRU Studios. Pemenang membawa pulang RM10 ribu beserta trofi. Tahniah!

8.50 malam: Persembahan Hip Hop dari Famous Crew. Famous kew?

8.55 malam: Pemenang Pelakon Kanak-Kanak Terbaik dinobatkan kepada pelakon kanak-kanak paling laris iaitu Mia Sara Nasuha. Tahniah dik!

8.58 malam: Pemenang Pelakon Harapan Lelaki pula disandang oleh Taiyuddin Bakar dari filem Hantu Bonceng arahan Ahmad Idham. Tahniah Toqq! Semoga lebih maju di masa hadapan. Toqq berjaya mengenepikan saingan terdekat iaitu Aeril Zafriel, Zalif Sidek, Arja Lee dan Adey Syafrien.

10.00 malam: Pemenang Pelakon Harapan Wanita FFM24 dimenangi oleh Nadia Nisaa dari fIlem CUN menewaskan pelakon Sheira Aiyob, Syamira Azmil, Shamimie Amalina dan Sara Ali.

10.04 malam: Persembahan nyanyian duet Roy bersama Nadia AF6.

10.12 malam: Hos menjemput Sazzy Falak dan AR Badul untuk menyampaikan anugerah.

10. 13 malam: Pemenang Lagu Tema Asal Terbaik dimenangi oleh Lagu Sedetik Lebih nyanyian Anuar Zain dalam filem Hikayat Merong Mahawangsa ciptaan Edry Abdul Halim. Tahniah, KRU Studios!

10.16 malam: Pemenang Pengarah Harapan dimenangi oleh Jurey Latif yang mengarah filem Libas. Rasanya ramai yang tahu, Jurey Latif adalah Presiden GAFIM. Kemenangan ini sedikit sebanyak menimbulkan isu kontroversi di mana Jurey Latif juga merupakan adalah orang kuat GAFIM yang menganjur FFM menang dengan menewaskan Khir Rahman, (… Dalam Botol), Jeffry Chiang (Dilarang Masuk), Baldev Singh (Rasuk) dan M. Suurya. Pasti ada pengarah yang tercalon akan sentap dengan keputusan ini. Lalu, begitu hebat sekali kemenangan ini dikecam dan dikutuk oleh pelakon dan pengarah lain. Antaranya, Budiey suka memetik quote dari seorang pelakon lelaki di twitternya: “Menang celaka namanya..FFM sgt politik dan bodoh..juri Pegi masuk sekolah balik.atau Ada ke juri???aku rasa nak LIBAS je sial.” dan Budiey dapat mendengar dengan telinga sendiri, pengarah Raja Azmi yang mengomel sendirian berkata: “Tak faham, tak faham. Festival filem ini. Kelakarlah, kelakar!”. Raja Azmi terus pulang selepas keputusan Pengarah Harapan diumumkan dan mengetahui filem …Dalam Botol tak menang.

10.18 malam: Persembahan orkestra dari Orkestra KL yang bergabung dengan Malaysian DRUM Symphony MDS.

10.28 malam: Hos menjemput YB. Timbalan Menteri KPKK menyampaikan anugerah.

10.30: Pemenang Filem Animasi Terbaik FFM24 dimenangi oleh Altitude Alto – yang diterbitkan oleh Mushroonhead (Multimedia UNI).

10.32 malam: Pemenang Filem Pendek Terbaik FFM24 dimenangi oleh The Other One 0leh yang diterbitkan oleh Ng Ken Kin.

10.34 malam: Tahniah! Pemenang Filem Cereka Bukan Bahasa Melayu Terbaik dimenangi oleh Great Day terbitan Woohoo Pictures Sdn Bhd.

10.36 malam: Majlis bersurai

10.46 malam: Kesemua pemenang ditemubual oleh media secara santai. Tiada sidang media diadakan selepas majlis.

Sekian terima kasih semua yang sudi membaca live blogging Budiey malam ini. Chooowwww! Ops, terlebih dulu nak ucap jutaan tahniah kepada 10 orang pemenang FFM24 dan kita tunggu bakinya 22 anugerah lagi yang akan disampaikan pada hari Ahad ini di Putrajaya. See you guys!

FFM24

Kukubesi – pereka poster untuk filem Hikayat Merong Mahawangsa yang memenangi anugerah cipta Poster Terbaik membawa pulang wang tunai RM10 ribu bersama sijil & trofi. Tahniah, bro. Akhirnya usaha kreatif anda diiktiraf. Congrats!

FFM24

Pelakon Mia Sara Nasuha menang Pelakon Kanak-Kanak Terbaik. Besar nanti boleh julang Pelakon Wanita Terbaik pulak ya?

FFM24

FFM24

FFM24

FFM24

FFM24

FFM24

FFM24

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Gambar Neelofa Bersama Ibu & Adiknya

Gambar Neelofa di Majlis Pelancaran Filem Azura 2012