Home HOME | My Events | My Youtube | My Merchandise | My Jurnal | Pipicomel | Foto Blog | Advertise Here | Contact Me









Malaikkotai dan Sivaji The Boss di RTM Sempena Deepavali



RTM2 MENGHIDANGKAN DUA FILEM MENARIK SEMPENA PERAYAAN DEEPAVALI 2008.

Bagi menceriakan lagi suasana perayaan Deepavali RTM2, Saluran Famili Anda telah membariskan dua filem menarik lagi menghiburkan buat tatapan anda semua. Diharap ia dapat membantu anda mengisi sambutan perayaan anda seisi keluarga bersama RTM2. 

Hari Deepavali juga dikenali sebagai Diwali dan Divali merupakan perayaan yang disambut oleh semua penganut yang beragama Hindu di seluruh dunia dan merupakan hari cuti umum di Malaysia. Perkataan Deepavali merupakan gabungan perkataan “Dipa” yang beerti cahaya dan perkataan “Gavali” yang beerti barisan juga dikenali sebagai pesta cahaya.

Bagi perayaan Deepavali kali ini RTM2 telah membariskan dua buah filem hebat lagi menarik buat tatapan semua. Antaranya, ‘Malaikkotai’ yang menghiasi slot Movie Blockbuster (Tamil). Manakala, filem ‘Sivaji The Boss’ akan menghiasi slot Deepavali Prime Time Special.

Tirai akan dibuka pada 26 Oktober 2008 (Ahad), jam 12.30 tengah hari. Menerusi filem ‘Malaikkotai’, penonton akan dibawa mengikuti kisah Anbu (Vishal) seorang lelaki yang dahagakan kasih sayang. Dia perlu melaporkan diri setiap hari di Balai Polis Malaikkotai oleh kerana sering membuat masalah. Dia telah bertemu dan jatuh cinta kepada seorang gadis bernama Malar (Priyamani). 

Bagi mengelakkan diri daripada Anbu, Malar telah membohongi Malar dan mengatakan dia sedang bercinta dengan Guna (Ajay). Suatu hari Guna telah cuba mengambil kesempatan ke atas Malar dan ini memaksa Malar berterus terang dengan Anbu. Akibatnya, Anbu telah membelasah Guna hingga dia terpaksa ditahan di hospital. Anbu pergi balai polis untuk membuat laporan dan mendapati inspektor yang bertugas merupakan pakciknya, Kandasamy (Ashish Vidyarthi). Jangan melepaskaqn peluang menonton filem ‘Malaikkotai’ bagi menyaksikan kesudahan kisah cinta Anbu dan Malar. Filem hebat ini dibintangi oleh Vishal, Priyamani, Ajay, Ashish Vidyarthi dan Urvasi.

Manakala pada 27 Oktober 2008 (Isnin) jam 9.00 malam para penonton berpeluang menonton sebuah filem ‘box-office’ Tamil bertajuk ‘Sivaji The Boss’. Cereka ini mengisahkan tentang seorang lelaki kaya bernama Sivaji yang berkelulusan Amerika kembali ke tanah airnya, India bagi membantu anak bangsanya yang berada dalam kesusahan. Dia bercita-cita untuk membina sebuah universiti perubatan dan juga hospital bagi membantu orang miskin yang tidak berkemampuan dengan menubuhkan Yayasan Sivaji.

Walau bagaimanapun, laluan untuk beramal tidak semudah seperti yang dijangkakan. Dia terpaksa berhadapan dengan kehendak kerajaan yang pelbagai. Selain itu, Sivaji terpaksa berhadapan dengan gejala rasuah yang menular di dalam masyarakatnya. Barisan pelakon yang menjayakan filem ini Rajnikanth, Vivek, Shriya dan Suman.

Pastikan anda semua tidak akan melepaskan peluang keemasan ini bagi menonton semua program menarik dan menghiburkan yang disajikan khas untuk anda sempena Hari Deepavali menerusi RTM2, Saluran Famili Anda. 

Tags: ,

Tags:

Click on the following buttons to share this article with your friends:





Baca artikel lain yang berkaitan:
  • Warna Warni Deepavali Mewarnai TV3
  • Ucapan Hari Deepavali Artis Bollywood di TV2
  • NASKAH ISTIMEWA SEMPENA DEEPAVALI DI TV3!
  • Program TV Sempena Deepavali di TV2
  • Program Khas Sempena Deepavali di TV2
  • AMARKALA DEEPAVALI 2010
  • Filem Pertama Bollywood Shooting di China Chandni Chowk To China di TV2
  • NASKAH ISTIMEWA SEMPENA DEEPAVALI DI TV3
  • DRAMA MENCARI CAHAYA LAKONAN RATNA GOWRI, AMOS, SRI RANJANI, SIVAJI RAJAH
  • Maxis Rewards Customers During Deepavali



    • vijayresh

      Filem-filem baru harus ditayangkan pada setiap hujung minggu di slot SPICE OF INDIA.TV2 juga harus menyeronokkan masyarakat seperti apa yang mereka mahu menonton.Harap anda tidak ambil hati.Sekian terima kasih.

    • vijayresh

      tv2 harus menayangkan filem tamil yang terbaru dalam slot spice of india.harap anda tidak ambil hati.

    • http://www.facebook.com/profile.php?id=100001094465968 Roccket Raajaa

      PADA SEMPENA DEEPAVALI 2011 INI. FILEM TERBAIK BERTAJUK ‘PAIYAA”,”GOA”,dan “SINGAM” harus anda menayangkan di TV2,RTM saluran 102.FILEM INILAH TERBAIK UNTUK TONTONAN SEKELUARGA.KITA 1 MALAYSIA!!! TV2 BOLEH!!! MALAYSIA BOLEH!!! DUNIA RIA!!!



































































































































































































































































































    Sensasi Selebriti
    proudly hosted & sponsored
    by SERVERFREAK