in

Makeover Rumah Pemenang Bertuah Sedang Berlangsung

Salam 10 terakhir Ramadan buat semua pembaca,

Bagaimana dengan puasa korang semua setakat ini? Harap korang steady lagi setakat ini. Pejam celik-pejam celik, hanya tinggal beberapa hari je lagi untuk kita menyambut hari raya Aidilfitri. Cepat betulkan masa berlalu? Mmm… moral of the story, kita patut menghargai masa dengan sebijak-bijaknya.

Dalam pada itu, Budiey rasa fikiran korang masing-masing duk fikir untuk balik kampung sekarang ni. Betul tak?

Budiey percaya juga, korang dah terbayangkan apakah persediaan untuk raya ini. Baju raya nak kena beli dan tempah, tak termasuk untuk anak-anak dan ibu bapa, kemudian nak kena fikir nak tukar perabut, nak cat dinding rumah, dan tak kurang juga ada yang nak tukar jubin lantai rumah.

Cakap pasal jubin rumah ni, mengingatkan Budiey dengan pemenang-pemenang Peraduan MML Tile Makeover. Apalah jadi dengan rumah mereka selepas diubah suai nanti ya. Beruntunglah mereka-mereka yang terpilih ni sebab tak perlu lagi nak fikir sangat untuk pengubah-suaian, tak perlu nak laburkan duit untuk baiki segala dan yang penting, duit tu boleh diguna untuk persediaan di hari raya nanti. Segala kos pengubahsuaiam pastinya ditanggung beres sebab mereka akan mendapat jubin yang baru yang lebih cantik dan elegan untuk rumah mereka.

Tengok pada senarai pemenang tu, sah-sahlah Budiey tak menang pun. Tapi tak apa, walaupun cemburu dengan mereka ni, Budiey mahu menyelongkar rumah baru mereka yang akan diberi wajah baru. Dengar-dengarnya, sekarang ini, mereka telah menerima kunjungan dari kontraktor untuk menukar jubin rumah mereka tu. Pergh! Best siot.

Orang kata memang berbaloi bila kita dapat menang peraduan macam ni. Tak rugilah kita join, walaupun tak menang tapi mana tahu tahun depan kita pulak yang menang.

Kesian betul dengan beberapa teman kat Twitter Budiey sebab impian nak menang contest MML Tile Makeover berkubur juga sebab tak ikut syarat. Semoga korang jangan putus asa tunggu tahun depan mana tahun MML nak anjurkan lagi MML Tile Makeover 2013 sebab sambutan untuk contest kali pertama ini memang hebat.

Untuk katogeri Porch Makeover, telah dimenangi oleh Chin Siew Ghaik dengan tajuk “In the midst of danger to the residents“.

MML

Dalam minggu ini, tempat letak kereta rumah pemenang ni akan bertukar wajah. Kalau dulu jubinnya pecah dan dilihat sangat merbahaya. Yelah, kalau tak berhati-hati jalan kat atas jubin ni, silap-silap boleh berdarah kaki ni. Warna jubinnya pula dah lusuh sangat. Yang putih pun dah tak nampak putih dah. Pendek kata, dah sampai masa untuk ditukar dengan lebih yang ceria. Budiey tak dapat gambaran sebenar bagaimana hasil jubin yang baru. Tapi Budiey pasti selepas diberi tinjauan dari pakar, pasti jubin car porch akan lebih gempak, elegan dan lawa giler.

Untuk katogeri Living Room Makeover pula telah dimenangi oleh Suria Anilah Wan Abdullah dengan tajuk “My ugly hall“.

Fuh! Bunyi tajuk pun memang mengerikan. Patutlah juri bersepakat untuk pilih Suria nih. Tengoklah sendiri keadaan lantainya. Memang ugly siot!

MML

Jubin untuk ruang tamu milik Suria ni memang dah tiba masa diganti yang baru. Sebab kalau lihat kat sini, ada pecah-pecah di tepi jubin. Memang tak selamat lagi nak dipijak. Silap-silap, boleh luka dan boleh masuk wad hospital. Tak beraya la nanti. Untungla Suria, raya tahun ni lebih meriahlah dengan makeover jubin ruang tamu yang baru. Tetamu yang datang nak beraya mesti tergamam dan terkejut dengan pengubahsuaian yang baru. Pastinya, lantai baru lebih licin dan lebih senang untuk dibersihkan. Makan hati la jiran-jiran tengok jubin baru yang berkemilau dan bercahaya nanti.

Pemenang Bathroom MML Tile Makeover

Okay, sampai kita ke pemenang yang terakhir. Bagi Budiey, kalau bercakap pasal makeover bilik mandi memang best sangat. Tak tahu sebab apa. Mungkin bilik mandi ni memang tempat kita membersihkan diri dan bilik mandi juga dijadikan tempat untuk kita cermin diri setiap hari.

Selain bilik tidur, bilik mandi adalah melambangkan keperibadian dan karakter kita yang sebenar. Kalau bilik mandi kita kotor, mungkin ciri kotor itu masih ada dalam hati kita. Jadi, nak tengok orang tu pentingkan kebersihan ke tidak, korang boleh tengok bilik mandi rumah dia.

MML

Apa-apa pun berbaloilah dapat buat makeover bilik mandi. Agak-agak, jubin manakah yang akan digunakan oleh MML untuk bilik mandi pemenang ini nanti. Sama-sama kita tengok.

MML

Lihat pada gambar kat atas ni memang layak pun pemenang ni dipilih sebab keretakan pada jubin ketara sangat. Jubin yang dipilih juga tak bermutu dan tahan lama. Warna yang dipilih pula tak menarik mata memandang. Budiey rasa, untuk bilik mandi kita seharusnya pilih warna yang soothing dan mendamaikan. Tapi tak salah nak pilih warna yang terang. Tapi pandai-pandailah suaikan dengan keadaan dan juga konsep yang kita inginkan.

Budiey pun rasa teruja nak tengok hasil dari ketiga-tiga makeover ini nanti.

Akhir kata, Budiey nak ucapkan tahniah sekali lagi kepada semua pemenang peraduan ini. Memang berbaloi giler lah dapat hadiah sehebat ini dengan nilai ribuan ringgit daripada Malaysian Mosaics Berhad. Congrats!

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Program Fesyen Seri Syawal Dan Panorama di TV1

Irma Hasmie Sah Mengandung Anak Pertama