in

Majlis Tertutup & Perasmian Malaysian Smule Community (MySC)

Ramai pengguna tegar Smule di luar sana tidak menyedari tentang wujudnya sebuah komuniti Malaysia yang telah ditubuhkan oleh sekumpulan penyanyi Smulers yang mengetengahkan konsep “we sing to express not to impress”. Kepada yang tidak tahu apa itu Smule, Ia merupakan aplikasi karaoke global yang bole di muat turun melalui “google play” untuk pengguna android atau “Apps store” untuk pengguna Apple.

Smule

MySC akan mengadakan majlis tertutup buat pertama kalinya di Red Box The Gardens pada Sabtu ini, bersamaan 7 November 2015 pada pukul 11 pagi hingga 4 petang. Apa yang menarik tentang perjumpaan ini ialah penyanyi-penyanyi MySC dapat berjumpa antara satu sama lain yang selama ini mereka hanya berjumpa dan berbual dalam dunia maya sahaja.

Di majlis itu, mereka juga akan mengadakan perasmian rasmi MySC, persembahan solo dari semua peserta yang hadir dan bertanding secara duet yang akan dipilih secara rawak pada hari tersebut (undian akan dilakukan).

Apa yang menarik tentang MySC adalah mereka mempunyai aktiviti menarik hampir setiap minggu yang di jalankan dalam aplikasi Smule, dimana ahli MySC akan menyanyi dan berkolaberasi dengan penyanyi dari seluruh dunia berdasarkan tema yang ditetapkan oleh koordinator MySC.

Anda boleh mendengar karya MySC di laman web facebook “Malaysian Smule Community” dan lihat sendiri tema yang telah mereka jalankan seperti “legend week – P Ramlee” , “cinta” dan minggu ini tema nya adalah “ost kartun”.

Kepada Smulers diluar sana, anda boleh bergabung dan menyertai MySC kerana mereka akan merancangkan banyak lagi aktiviti-aktiviti menarik dimasa akan datang. Antara nya ialah pertandingan antara ahli-ahli MySC, pertandingan antara MYSC dan negara asia lain, perjumpaan dengan komuniti dari Singapura dan banyak lagi. Kepada anda yang berminat untuk mengasah dan menonjolkan bakat anda ataupun ingin berkarya kreatif, anda bolehlah mengikuti mereka di Smule dan follow “MYSCOFFICIAL”.

Smule

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Aidil Zafuan Janji Bayar RM30,000 Kepada Rita Rudaini Sekali Gus

Teaser & Poster Filem WARCRAFT: THE BEGINNING