in ,

Majlis Tayangan Eksklusif KELUARGA PONTIMAU Meriah

Majlis tayangan eksklusif Keluarga Pontimau berlangsung meriah di Asmara Penchala, Kg. Sg. Penchala, Kuala Lumpur beberapa hari yang lalu. Seramai 60 orang ahli kelab peminat pelakon utama iaitu Marsha Milan, Keith Foo, Amelia Henderson dan Sean Lje serta pemenang peraduan yang dianjurkan oleh penaja merasa terhibur apabila berpeluang untuk beramah mesra dan menonton episod 3 Keluarga Pontimau lebih awal daripada siaran televisyen.

Majlis tayangan eksklusif ini turut diserikan dengan kehadiran Kuat Harimau dan Power Root yang menaja drama terbitan Filmscape Sdn. Bhd. ini. Selain daripada pelakon utamanya, majis ini turut meriah dengan kehadiran pelakon pembantu yang turut mewarnai drama ini seperti Esma Daniel, Julia Ziegler, Jaslin Puasa, Akhmal Rizal dan Jasmine Suraya Chin serta pengarah bersama Norhanisham (Labu).

Majlis Tayangan Eksklusif KELUARGA PONTIMAU Meriah

Drama komedi aksi ini telah mula bersiaran di slot Aksi bermula 6 Oktober lalu dan diarahkan oleh Khabir Bhatia dan Nurhanisham (Labu). Skrip pula ditulis oleh Ashraff Zain dan Sharmaine. Drama ini turut dilakonkan oleh Yasmin Hani, Isma Daniel, Julia Ziegler, Kismah Johar, Jaslin Puasa, Akhmal Rizal, Jasmine Suraya dan ramai lagi.

Menurut Cik Sherina Nordin, Pengurus Besar Kumpulan, Pengurusan Jenama dan Rancangan TV3 & TV9,

“Setelah sekian lama direhatkan, slot aksi kembali dengan drama komedi aksi yang ditunggu-tunggu peminat. Drama Keluarga Pontimau ini adalah sesuatu yang baharu dan unik daripada drama-drama aksi yang telah dipertontonkan sebelum ini. Selain membariskan pelakon-pelakon hebat seperti Marsha Milan dan Keith Foo, penggunaan teknologi CGI oleh pengarah telah meletakkan drama ini dalam kelasnya tersendiri dan juga dengan penghayatan pelakon menjadikan drama ini lebih hidup. Kami menerima respon positif oleh para penonton dan untuk episod pertamanya sahaja drama ini telah memperoleh hampir 2 juta tontonan.”

Keluarga Pontimau adalah hasil imaginasi penulis novel fiksyen bernama Rayyan (Dazrin Kamaruddin), yang mendapat idea hasil pemerhatian sikap jiran-jirannya yang bermacam ragam lalu timbul idea untuk menulis mengenai “Keluarga Pontimau”. Keluarga Pontimau mengikut imaginasi Rayyan ialah sebuah keluarga hasil perkahwinan campur Pontianak dan Harimau Jadian. Keluarga ini baru berpindah ke kawasan kejiranan baharu di Saujana Bookit.

Eddy (Keith Foo), ketua keluarga merupakan harimau jadian yang memiliki kekuatan luar biasa, berusia 150 tahun dan memakan daging mentah. Memiliki paras rupa yang agak kacak, penuh dengan keyakinan diri tetapi agak malas dan perbuatannya tidak menunjukkan kebijaksanaannya. Berlainan pula dengan isterinya, Elvira (Marsha Milan) seorang Pontianak dengan gaya elegan dan sedikit kreatif. Walau sedikit gila-gila, Elvira memiliki kuasa memukau serta mampu terbang.

Elvira cuba untuk memahami dan mempelajari mengenai kehidupan manusia seperti memasak, menguruskan rumah tangga, menghias rumah dan bermacam lagi tetapi sering sahaja usahanya itu menimbulkan masalah apabila dilakukan secara berlebihan.

Mereka memiliki dua orang anak kembar iaitu Joe dan Sabrina. Joe (Sean Lje) mewarisi DNA kedua ibu-bapanya. Dia yang paling kuat, bijak dan matang di antara mereka. Joe sering memastikan keluarganya tidak menimbulkan kekecohan dan hidup seperti manusia biasa. Tidak seperti ahli keluarganya yang lain, dia hanya makan sayur dan tidak berminat dengan daging ataupun darah. Lain pula perwatakkan anak perempuan mereka iaitu Sabrina (Amelia Henderson).

Sabrina berumur 20 tahun dan meningkat umur seperti hayat orang biasa, tidak seperti ibunya. Mewarisi kecantikan Elvira, dia seorang yang diva, manja dan sering memeningkan kembarnya, Joe. Kelemahannya ialah dia akan bertukar menyerupai seekor harimau yang comel apabila malam menjelma.

Majlis Tayangan Eksklusif KELUARGA PONTIMAU Meriah

Majlis Tayangan Eksklusif KELUARGA PONTIMAU Meriah

Majlis Tayangan Eksklusif KELUARGA PONTIMAU Meriah

Majlis Tayangan Eksklusif KELUARGA PONTIMAU Meriah

Kerana keanehan keluarga mereka juga membuatkan jiran mereka iaitu Jabar (Isma Danial) dan Julia (Yasmin Hani) ingin menyiasat mengenai Keluarga Pontimau ini. Apakah mereka dapat menyesuaikan diri dengan dunia manusia dan adakah rahsia mereka akan terbongkar? Teruskan mengikuti ragam Keluarga Pontimau yang pastinya akan mencuit hati dengan karenah mereka pada setiap hari Selasa, jam 10.00 malam di TV3.

Majlis Tayangan Eksklusif KELUARGA PONTIMAU Meriah

Majlis Tayangan Eksklusif KELUARGA PONTIMAU Meriah

Majlis Tayangan Eksklusif KELUARGA PONTIMAU Meriah

Majlis Tayangan Eksklusif KELUARGA PONTIMAU Meriah

Majlis Tayangan Eksklusif KELUARGA PONTIMAU Meriah

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

Al-Manna Hargai Media & Penggiat Seni di Pelancaran AJARKAN AKU SETIA

Yana Samsudin & Syafiq Kyle Duta Media Sosial ASK 2015 & Peraduan Cabaran #ASK2015