in ,

Majlis Tayangan Eksklusif Filem We’re The Millers – Sensasi Selebriti

Ini adalah hadiah Budiey kepada pembaca setia blog ini! 

[dropcap]Y[/dropcap]uhuuuuu! Anda mahu menghadiri Majlis Tayangan Eksklusif Filem We’re The Millers – Sensasi Selebriti bersama beberapa orang selebriti terkenal yang dijemput khas?

Kalau anda boleh hadir, ah-haaa nah! Inilah satu-satunya peluang anda untuk menjadi antara penonton pertama menyaksikan filem drama komedi terbaru yang pasti menghiburkan ini.

Filem We’re The Millers adalah filem komedi terbaru yang dibintangi Jason Sudeikis dan Jennifer Aniston. Filem arahan Rawson Thurber ini menarik kerana ia menceritakan tentang kisah sebuah keluarga yang aneh & kelakar habis dan mereka terjebak dengan dadah! Filem ini dijayakan oleh pelakon terkenal Jennifer Aniston, Jason Sudeikis, Emma Roberts, Nick Offerman, Kathryn Hahn, Will Poulter, Ed Helms.

Bagaimana jika Budiey berikan kepada anda RM100,000 dan apa yang anda perlu lakukan adalah untuk menyamar sebagai bapa kepada empat orang ahli keluarga? Bunyi macam mudah je kan? Tetapi nak menjaga keluarga palsu empat beranak ni bersama-sama adalah lebih susah daripada apa yang kita sangkakan.

the-millers

Sinopsis Filem We’re The Millers :

Ini bukan sebuah keluarga… tapi keluarga olok-olok untuk mengaburi mata pihak berkuasa…agar mereka senang untuk menyeludup ganja. Jason Sudeikis terpaksa melakukannya sebab diugut oleh Ed Helms. Jadi untuk memudahkan kerja penyeludupan dia membayar atau mengambil Jennifer Aniston menyamar sebagai isteri, Emma Roberts & Nick Sebagai anaknya… bergerak sebagai keluarga mereka pergi ke Mexico untuk mengambil ganja yang telah dijanjikan kepada Ed Helm.

Filem ini dilakonkan oleh pelakon terkenal Jennifer Aniston, Jason Sudeikis, Emma Roberts, Nick Offerman, Kathryn Hahn, Will Poulter, Ed Helms.

Apa yang berlaku seterusnya? Semuanya terjawab bermula 29 Ogos 2013 ini!

Sensasi Selebriti dengan kerjasama Warner Bros. Pictures ingin menghadiahkan 130 keping tiket untuk pembaca yang boleh menghadirkan diri di majlis ini yang akan diadakan pada:

Tarikh:
27 Ogos 2013 (Hari Selasa)

Masa:
8.30 malam

Tempat:
Hall 6, TGV 1Utama, Bandar Utama

[pullquote align=”right”]Sebanyak 130 keping tiket perlu dimenangi! Cepat hantar penyertaan anda![/pullquote]

Anda ingin hadir? Senang sahaja. Anda hanya perlu menyertai peraduan ini dengan menjawab soalan yang diberikan serta lengkapkan slogan dengan gaya yang paling kreatif.

Seorang pemenang akan mendapat 2 keping tiket untuk hadir di Majlis Tayangan Eksklusif Filem We’re The Millers di TGV 1Utama, Bandar Utama.

Ingat hashtag ini: #TheMillersBersamaBudiey

Apa yang korang perlu buat ialah:

Langkah 1:
Sila klik butang LIKE entri ini, Google + & share di Facebook milik anda, jika anda mahu menyertai Majlis Tayangan ini dan komenlah apa pendapat anda tentang filem ini di ruangan komen. Sila cari butang LIKE, butang Google + (g+) dan butang share Facebook di bawah tajuk entri ini. Jangan lupa LIKE sekali Facebook ini:  www.facebook.com/WarnerBrosMalaysia

Langkah 2:
Sila cipta slogan kreatif anda dan hantar melalui emel bersama jawapan pada soalan di bawah. Selain itu, anda WAJIB juga Tweet slogan ini di Twitter.

Kepada yang ada Twitter, sila gunakan hashtag event ini iaitu #TheMillersBersamaBudiey. Tweetkan slogan anda tidak lebih 140 huruf.

Slogan: Saya mahu hadir di #TheMillersBersamaBudiey kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Jika anda tiada Twitter, boleh letak di Facebook. Tapi sebaik-baiknya di Twitter ya sebab senang Budiey nak reTweet dan baca.

Langkah 3:
Sila emelkan slogan anda itu:

Slogan: Saya mahu hadir di #TheMillersBersamaBudiey kerana…. (tidak lebih dari 100 huruf)

Sertakan juga maklumat peribadi:
Nama:
Twitter:
Alamat surat menyurat:
Email:
Nombor telefon:

Hantarkan jawapan anda kepada:

dengan tajuk email: Majlis Tayangan Eksklusif Filem We’re The Millers – Sensasi Selebriti 

Tarikh tutup peraduan:
26 Ogos 2013

Pemenang akan dihubungi oleh Budiey melalui email & Twitter.

Peringatan: Sila tulis tajuk emel anda dengan betul ya. Kalau salah tajuk emel ni, nanti Budiey tak dapat kasi sebab takde dalam list carian kat emel. Orait?

Terima kasih kepada Warner Bros. Pictures dan pembaca Sensasi Selebriti yang sentiasa memberikan sokongan. Bertemu lagi di peraduan dan kuiz yang akan datang.

Jangan lupa untuk menonton filem ini mulai 29 Ogos 2013.

Jom layari dan LIKE Fanpage: www.facebook.com/WarnerBrosMalaysia

Jangan lupa follow Budiey di Twitter (@budiey) and ‘Like’ Fanpage Budiey Dot Com untuk mengetahui ulasan filem dan berita terkini tentang dunia hiburan.

We’re the MillersWe’re the MillersWe’re the Millers

We’re the Millers

We’re the Millers

Written by Budiey

Penggemar filem seram yang obses dengan gajet & teknologi terkini dan masih tegar menjadi pengendali portal hiburan & gaya hidup sejak tahun 2007. Kini aktif menjadi Youtuber & Podcaster yang menemubual selebriti dalam BORAK SINI HABIS SINI dan menerbitkan program BULETIN VIRAL di Budiey Channel.

South East Asian Motorcycle Business Forum 2013

Video Lirik Lagu Katy Perry ROAR Berkonsep Emoji SMS